Apa Ubat Pencegahan Terbaik?

Assalamua’alaikum.

Apa Ubat Pencegahan Terbaik? Apa jawapan anda kalau ditanya soalan ni? Kita biasa dengar tentang pepatah glamer sepanjang zaman, “mencegah lebih baik dari merawat.” Pepatah ni untuk elak kita menjadi seperti pepatah ini, “sudah terhantuk baru terngadah.” Betul tak? Jadi, apa ubat pencegahan yang paling super best? Jomlah layan entri pendek ambe ni sambil sama-sama kita fikir dan cuba hadam mana yang baik 😛

Macam mana nak mencegah?

Setiap benda ada asasnya. Jadi kalau kita tahu asasnya, semuanya jadi mudah. Macam nak kendali mesin, kena ada SOP (standard operation procedure). Bukan setakat ada, tapi nak kena FAHAM. Iya, ubat terbaik pencegahan ialah FAHAM.

Bila kita faham, semuanya jadi senang untuk diikut dan dilaksana. Yang menjadi masalah ialah kita tak faham dan takde usaha untuk memahami. Apatah lagi saling memahami? Tak rugi ke kita?

ubat mencegah penyakit sosial

Ambe sempat baca entri terkini Blogger Kak Akma Omar tentang Kes Perceraian Di Malaysia. Gi baca untuk ambil iktibar dan buat sempadan.

Antara sebab berlaku perceraian ialah sudah hilang rasa saling memahami. Dah tak boleh nak terima kekurangan dan saling menampung lompang kekurangan pasangan. Paling sedih bila ada suami yang tinggalkan isteri bergantung tak bertali. Suami yang tak faham hak sebenar seorang isteri bakal menyebabkan isteri menjadi seperti istilah “isteri bukan, janda pun bukan.”

Jomlah kita pakat sama-sama belajar untuk FAHAM dan kalau tak faham, kenalah berusaha untuk bertanya sebab kunci ilmu ialah TANYA.

@hafizmd – Apa Ubat Pencegahan Terbaik? Sakit kepala jugak bila ada manusia yang buat-buat tak faham!