Berbalang kuih raya 2011 tanda terima kasih…
Assalamua’laikum.
Alhamdulillah. Lama sangatlah tuan rumah bercuti. Memang cuti sakan sungguh! Mana taknya, kena singgah dua negeri yang jika dihitung menjadikan jumlah jarak perjalanan melebihi 1,000 km. Demi keluarga tercinta, lautan dalam sanggup kami harungi (tapi mesti naik kapal yer…hehe).
Dek kerana nak tinggalkan blog bercuti tanpa entri sepanjang bercuti, sempat juga mencari kata kunci yang agak-agak menarik dan hasilnya memang menjadi juga. Ada jugalah pengunjung dari enjin carian dan pastinya dari teman blogger semua. Terima kasih atas sokongan. Walau sibuk makan kuih dan layan tetamu, sempat juga singgah kat sini melayan 1,2 entri.
Terimalah 10 blogger paling mesra dan ngetop sepanjang bulan Raya Merdeka, bulan Ogos 2011…
Kamu ada blog? Kenapa kamu begitu sayang blog kamu?
Medium penyampaian melalui blog sudah menjadi begitu berkuasa. Kuasa pena blogger pula semakin diperhati dan diamati. Isi penyampaian semakin diperhalusi dan diselidiki. Semuanya gara-gara aduka taruna kegilaan memiliki blog sendiri. Tak kisahlah blog percuma seperti blogspot dot com atau wordpress dot com mahupun blog berbayar. Boleh dikatakan, tak kira tua muda, tua, kecil atau besar, semuanya sudahpun ada blog syok sendiri. Buktinya, Maria Amelia Lopez adalah blogger tertua di dunia yang berumur 97 tahun (sudahpun meninggal dunia).
Persoalannya, kenapa dan mengapa kita suka sangat berblogging? ‘Best’ sangat ke bila ada blog? Sampai mungkin kita didatangi penyakit insomnia bila malam tiba? Jadi, mari kita sama-sama jawab, kenapa kita suka berblogging dan sayangkan blog kita. Mungkin ada yang menarik dan pelik untuk dikongsi bersama. Saya mulakan dulu dengan :
- Sebab saya suke baca blog orang lain. “Lain padang, lain belalang”.
- Kat tempat kerja, tak ramai pekerja. Jadi, cari kawan biar ramai sikit walaupun hanya di alam maya.
- Nak buat blog jadi harta. Mana tahu, boleh masukkan dalam wasiat nanti-nanti.
- ……
- ……
- …..
® hafizmd – Anda-anda sekalian, tolong penuhkan senarai ini yer. Takkan tengok saja. ![]()
3 Blogger Sensasi
5 Entri Terkini
5 Ulasan Terkini
- tehr: Wah, dapat tempat ketiga la
Tahniah kepada semua dan kepada tuan... - akubiomed: Top terdiri 2 lelaki kacak dan 1 wanita jelita. Tanniah kepada...
- Azman: Tahniah kepada pemgomen terbanyak.
- anif:
Yey! Kali ini Saya berada dalam senarai! - HAFIZMOHD.COM: avatar di sidebar kanan. Menyusul kemudian review blog di...






