Kamu ada blog? Kenapa kamu begitu sayang blog kamu?

blog Medium penyampaian melalui blog  sudah menjadi begitu berkuasa. Kuasa pena blogger pula semakin diperhati dan diamati. Isi penyampaian semakin diperhalusi dan diselidiki. Semuanya gara-gara aduka taruna kegilaan memiliki blog sendiri. Tak kisahlah blog percuma seperti blogspot dot com atau wordpress dot com mahupun blog berbayar. Boleh dikatakan, tak kira tua muda, tua, kecil atau besar, semuanya sudahpun ada blog syok sendiri. Buktinya, Maria Amelia Lopez adalah blogger tertua di dunia yang berumur 97 tahun (sudahpun meninggal dunia).

Persoalannya, kenapa dan mengapa kita suka sangat berblogging? ‘Best’ sangat ke bila ada blog? Sampai mungkin kita didatangi penyakit insomnia bila malam tiba? Jadi, mari kita sama-sama jawab, kenapa kita suka berblogging dan sayangkan blog kita. Mungkin ada yang menarik dan pelik untuk dikongsi bersama. Saya mulakan dulu dengan :

  1. Sebab saya suke baca blog orang lain. “Lain padang, lain belalang”.
  2. Kat tempat kerja, tak ramai pekerja. Jadi, cari kawan biar ramai sikit walaupun hanya di alam maya.
  3. Nak buat blog jadi harta. Mana tahu, boleh masukkan dalam wasiat nanti-nanti.
  4. ……
  5. ……
  6. …..

® hafizmd – Anda-anda sekalian, tolong penuhkan senarai ini yer. Takkan tengok saja. 😀

Published by Hafizmd

Artikel ditulis berdasarkan pengalaman peribadi dan juga melalui pembacaan. Sebarang kehilangan, kerosakan dan komen pembaca adalah tanggungjawab anda. Dapatkan bantuan pakar berkaitan jika memerlukan khidmat nasihat yang tepat. Jika entri ini bermanfaat, mohon 'Like, Tweet & G+' kepada rakan anda. Terima kasih dan selamat membaca.