Prestasi blog setakat ni..
Setelah lebih setengah tahun saya dalam arena blogging ni, boleh dikatakan macam-macam yang saya dapat. Semestinya paling best dapat ramai kenalan walaupun hanya di alam maya. Walau tak pernah bersua muka, tapi keramahan anda semua, macam kita satu sekolah dulu daa..
Rasa tak keterlaluan juga kalau saya kata yang kadang-kadang terasa member-member di alam maya lebih senang untuk kita bersembang (secara blogging) dan terasa ada chemistry yang tersendiri. Malah kadang-kadang atau terlebih kadang (faham ke ni?hehe), entri member-member siap jadik topik perbincangan dengan isteri (sape yang kami bincangkan?..hohoho) sebab entri-entri mereka ni sungguh menarik dan tertarik. Maklumlah, mungkin juga sebab kami tak aktif sangat pada muka buku tu. Tu yang blog anda semua diterjah walau tanpa tinggal jejak.
Ok. Bagaimana pula dengan prestasi blog ini?
10 Pengomen Terhebat: Saya mulakan dengan intipati yang paling penting kerana tanpa kamu semua (samada yang tinggal jejak atau tidak), adalah sumber utama kekuatan blog ini. Apa guna ada blog tanpa pengunjung? Nanti dikata syok sendiri pula. Maka, 10 pengomen sejati yang berjaya menduduki takhta adalah;
- Suri
- Fiezaradzi
- Zik
- Hafiz Mohd
- Lp Lum
- Nadri
- Aktechpage.com
- Azizan
- Etomyam
- X-po
Terima kasih pada semua yang sudi tinggalkan komen dan juga singgah di sini. Maka, saya berbesar hari untuk meletakkan 3 banner di sebelah kanan blog kepada 3 pengomen bertuah iaitu Suri, Fiezaradzi dan Zik.
Tapi banner itu akan saya ubah mungkin sebulan sekali mulai bulan Ogos ini. Maka bulan depan, mungkin ruang banner itu akan diisi oleh anda pula.
Unique Visitor: Sepanjang hampir 7 bulan berblogging, prestasi blog ni boleh dikatakan agak stabil tapi mengikut mood admin blog ni. Kalau sindrom murung melanda, memang bilangan unique visitor (UV) akan menurun dan Alexa ranking akan meningkat tanpa belas kasihan.
Bermula bulan Januari, memang sikit saja bilangan pengunjungnya. Maklumlah baru jer keluar dari “perut” bapa. Alhamdulillah, setiap bulan menunjukkan peningkatan walaupun hanya sedikit. Alhamdulillah, bulan Jun paling ramai (Awstat masa ni ada masalah) sudah semestinya penangan Piala Dunia! Menggunakan statistik bulan Jun inilah saya apply Innity (perlu lebih 6000 UV sebulan)..hahaha..tapi tak letak pun kat blog..hahaha lagi..
Bulan Julai, sindrom kemurungan mula melanda mungkin sebab Jerman kalah hohoho tapi masih ada yang sudi bertandang.
Maka, bermula bulan Ogos, saya cuba kembali aktif untuk menyumbang apa saja yang boleh memberi manfaat dan mungkin menceriakan hari-hari kita semua..InsyaAllah
Entri dan keyword paling glamer: Satu lagi, tak dinafikan, kalau pandai main cinta dengan keyword, insyaAllah UV akan sentiasa stabil dan meningkat, tapi kena pandai ambil kesempatan dan rajin update. Contoh terbaik masa Piala Dunia bulan Jun lalu.
- Entri Jadual perlawanan bola sepak piala dunia afrika selatan 2010 – 3824 views
- Entri Keputusan terkini perlawanan bola sepak piala dunia 2010 afrika selatan – 3225 views
- Entri Nak download wallpaperposter piala dunia afrika 2010 – 2108 views
- Entri Kahwin muda antara kebaikan dan keburukan – 1331 views
- Entri Kamu ada blog? Kenapa kamu begitu sayang blog kamu? – 921 views
3 yang teratas adalah pasal Piala Dunia, tapi sebenarnya keyword yang sentiasa stabil masuk ke blog ini melalui carian di Search Engine ialah fakta pelik tapi benar dan kahwin muda. Agaknya memang orang kita suka baca benda-benda pelik tapi benar dan bersifat santai.
PR dan Alexa: Page rank masih lagi kekal PR1 walaupun dikatakan google telah mula mengupdate PR bermula Julai lalu. Okla kan? Nasib baik tak turun. Alexa pula naik turun semestinya bergantung kepada kekerapan entri-entri terkini.
Dengan maklumat kat atas tu, memang kena lebih berusaha gigih dan lebih rajin update mahupun bermain dengan kata kunci yang sentiasa hangat dan segar..adeh..pening juga tu, tapi disinilah keseronokannya kalau kita minat SEO. Banyak lagi yang kena belajar ni..
Target: Harap hujung tahun ini, Alexa ranking boleh mencecah bawah paras 500K dan PR2 dan ke atas. Maka, baru ada daya tujahan yang kuat bila dah ada target camni. Biar realistik bukan fantastik (betul ke?).
® hafizmd – tu saja kali ni. Terima kasih pada semua yang sudi singgah, tinggal jejak kat mana-mana pun..thanks 😀
Maklumlah baru jer keluar dari “perut” bapa. — teringat akan mimpi yang dikhabarkan.. ahhaa..
tima kasih.. blog saya de banner.. hehee.. nak lagi bulan depan.. ceh.. hihi.. tamak nih.. tak kisah la.. yg ptg, tuan blog ni de misi die.. moga terus berblog..
.-= fiezaradzi´s last blog ..Hamil Dan Puasa =-.
boleh..sape2 pun boleh..thanks bgi support 😀
mimpi?isk..syuuuu..
@hafizmd, bro mmpi berdua ke malm tadi date kat atas pokok mangga ya heeeee..
@suri, hehe..bukan..hehe
Semoga akan terus maju dan maju..
.-= Pejuang Kesenian Extreme´s last blog ..Sumbangan Komen Anda Di Entri Blog =-.
Terima kasih..moge PKE juge akan maju lagi..
sama2 kasih bro..blog ni da makin mantap..klu bro rajin updte lg mantap..ranking alexa ng PR pon da makin bagus tu..hehehe..moga lps ni ada update yg best2 kat sini,,:)
.-= azizan4444´s last blog ..Edisi Sabtu Bila Blogger Teruna Berkumpul =-.
itu yg nk kene buat tuh..rajin dan isi yg best..baru mantop..thanks zizan bagi pandangan 😀
Salam hafiz, kira oklah tue, taklah macam blog mama. Ranking berjuta-juta lemon.. 🙂
takpe MM, walau berjuta2 lemon..isinya best dan pedas macam cili padi.. 😀
moge MM terus maju!
tahniah bro, memang mantap dah tu
.-= mijie´s last blog ..Selamat menyambut ramadhan =-.
terima kasih..slow2 jer lagi..kene byk belajar tip2 dari otai cam mijie ni..:D
Salam bro.
Ok juga tuh prestasi blogs.
Tak lama tuh naik la prestasi 😉
.-= hafidz´s last blog ..Ramadhan 1431 Hijrah =-.
salam..insyaAllah..kene usaha kuat lagi ni..:D
wah..semakin mantap blog ni…all the best dan selamat berpuasa utk mu 🙂
thanks donny..baru nak belajar ni..hehe 😀
makin maju blog ni..
entri jadual perlawanan paling tinggi views..syabas 🙂
.-= Mr.Z´s last blog ..Program Realiti Jika Rasulullah SAW Berada Di Hadapan Kita =-.
alhamdulillah..adalah sikit2..baru start belajar..thanks bro 😀
Hebat..tahniah!
.-= adamfaiz´s last blog ..Jodoh Di Batang Pokok =-.
@adamfaiz, terima kasih..tapi takla hebat..saje kongsi supaye termotivasi diri ni..hehe
wah terima kasih bro… letak banner.. sebulan.. erm… peningkatan yang mendadak gak tuh bro.. akan sentiasa support bro..
.-= zik´s last blog ..Harga ayam naik mendadak =-.
sama-sama..terima kasih sbb selalu singgah sini dan tinggal komen..peningkatan sbb ade member2 macam zik yg sudi support..thanks 😀
mantap..memang dah semakin mantap..setahun sudah berlalu…hasilnya memberangsangkan. tahniah bro…=)
@hafizarshad, terima kasih..masih perlu belajar banyak perkara lagi ni..thanks singgah 😀
@hafizmd, ada satu lagu tu berbunyik begini..kenapa singgah kalau tak masuk…..huhu…so..memang pegang kata2 tu..mesti masuk dan ucap selamat atleast..=)
@hafizarshad, thanks bro..suke ngn lagu ni.hehe
salam ramadhan buat bro hafiz dan skluarga..
uh..nampaknya smua insan dah mula mmbuat kaji dari blog sendiri nie heee..bagus juakan sb kita tahu takaty mana ptrestasi kita spjang minggu dan bulan nie..
tahniah bro hafiz..tnks sb ada gak banner suri kat situ.. 🙂
@suri, salam ramadhan..hehe..salah satu care nk motivasikan diri ni..
thanks juge sbb selalu singgah sini..:D
semoga semangat blogging tetap membara!
.-= Mus´s last blog ..Oh Tidak! Macam Aku Kenal Saja Gambar Ni Cuba Teka Mana Yang Sama =-.
@Mus, yeah…mesti terus membare..yeahh
semakin meningkat! tahniah bro..
.-= Mus´s last blog ..Oh Tidak! Macam Aku Kenal Saja Gambar Ni Cuba Teka Mana Yang Sama =-.
@Mus, terima kasih..semuanya sbb ade kawam2 macam anda dan anda semua..thanks
Updatelah prestasi bulan sepetember lak bro.. 🙂
.-= Azuan´s last blog ..Download Drama Chinta Akasia TV3 =-.
insyaAllah…akan diupdate seberapa segera…thanks sbb kasi ingat yer 😀