Prestasi blog setakat ni..

Setelah lebih setengah tahun saya dalam arena blogging ni, boleh dikatakan macam-macam yang saya dapat. Semestinya paling best dapat ramai kenalan walaupun hanya di alam maya. Walau tak pernah bersua muka, tapi keramahan anda semua, macam kita satu sekolah dulu daa..

Rasa tak keterlaluan juga kalau saya kata yang kadang-kadang terasa member-member di alam maya lebih senang untuk kita bersembang (secara blogging) dan terasa ada chemistry yang tersendiri. Malah kadang-kadang atau terlebih kadang (faham ke ni?hehe), entri member-member siap jadik topik perbincangan dengan isteri (sape yang kami bincangkan?..hohoho) sebab entri-entri mereka ni sungguh menarik dan tertarik. Maklumlah, mungkin juga sebab kami tak aktif sangat pada muka buku tu. Tu yang blog anda semua diterjah walau tanpa tinggal jejak.

Ok. Bagaimana pula dengan prestasi blog ini?

10 Pengomen Terhebat: Saya mulakan dengan intipati yang paling penting kerana tanpa kamu semua (samada yang tinggal jejak atau tidak), adalah sumber utama kekuatan blog ini. Apa guna ada blog tanpa pengunjung? Nanti dikata syok sendiri pula. Maka, 10 pengomen sejati yang berjaya menduduki takhta adalah;

  1. Suri
  2. Fiezaradzi
  3. Zik
  4. Hafiz Mohd
  5. Lp Lum
  6. Nadri
  7. Aktechpage.com
  8. Azizan
  9. Etomyam
  10. X-po

Terima kasih pada semua yang sudi tinggalkan komen dan juga singgah di sini. Maka, saya berbesar hari untuk meletakkan 3 banner di sebelah kanan blog kepada 3 pengomen bertuah iaitu Suri, Fiezaradzi dan Zik.

Tapi banner itu akan saya ubah mungkin sebulan sekali mulai bulan Ogos ini. Maka bulan depan, mungkin ruang banner itu akan diisi oleh anda pula.

Unique Visitor: Sepanjang hampir 7 bulan berblogging, prestasi blog ni boleh dikatakan agak stabil tapi mengikut mood admin blog ni. Kalau sindrom murung melanda, memang bilangan unique visitor (UV) akan menurun dan Alexa ranking akan meningkat tanpa belas kasihan.

"unique visitor tahun ini"

Bermula bulan Januari, memang sikit saja bilangan pengunjungnya. Maklumlah baru jer keluar dari “perut” bapa. Alhamdulillah, setiap bulan menunjukkan peningkatan walaupun hanya sedikit. Alhamdulillah, bulan Jun paling ramai (Awstat masa ni ada masalah) sudah semestinya penangan Piala Dunia! Menggunakan statistik bulan Jun inilah saya apply Innity (perlu lebih 6000 UV sebulan)..hahaha..tapi tak letak pun kat blog..hahaha lagi..

Bulan Julai, sindrom kemurungan mula melanda mungkin sebab Jerman kalah hohoho tapi masih ada yang sudi bertandang.

Maka, bermula bulan Ogos, saya cuba kembali aktif untuk menyumbang apa saja yang boleh memberi manfaat dan mungkin menceriakan hari-hari kita semua..InsyaAllah

Entri dan keyword paling glamer: Satu lagi, tak dinafikan, kalau pandai main cinta dengan keyword, insyaAllah UV akan sentiasa stabil dan meningkat, tapi kena pandai ambil kesempatan dan rajin update. Contoh terbaik masa Piala Dunia bulan Jun lalu.

3 yang teratas adalah pasal Piala Dunia, tapi sebenarnya keyword yang sentiasa stabil masuk ke blog ini melalui carian di Search Engine ialah fakta pelik tapi benar dan kahwin muda. Agaknya memang orang kita suka baca benda-benda pelik tapi benar dan bersifat santai.

PR dan Alexa: Page rank masih lagi kekal PR1 walaupun dikatakan google telah mula mengupdate PR bermula Julai lalu. Okla kan? Nasib baik tak turun. Alexa pula naik turun semestinya bergantung kepada kekerapan entri-entri terkini.

Dengan maklumat kat atas tu, memang kena lebih berusaha gigih dan lebih rajin update mahupun bermain dengan kata kunci yang sentiasa hangat dan segar..adeh..pening juga tu, tapi disinilah keseronokannya kalau kita minat SEO. Banyak lagi yang kena belajar ni..

Target: Harap hujung tahun ini, Alexa ranking boleh mencecah bawah paras 500K dan PR2 dan ke atas. Maka, baru ada daya tujahan yang kuat bila dah ada target camni. Biar realistik bukan fantastik (betul ke?).

® hafizmd – tu saja kali ni. Terima kasih pada semua yang sudi singgah, tinggal jejak kat mana-mana pun..thanks 😀