Menyorok belakang pokok atau CCTV?
Ramai agaknya yang tarik nafas lega bila Kabinet dah tarik balik tindakan senarai hitamkan kepada sesiapa yang buat kesalahan traffik, tapi tawaran hebat ini hanya sah sampai 28 Februari tahun depan saja. Ramailah yang bertepuk tangan tanda gembira. Antaranya mungkin mereka yang sebelum ni risau sampai takleh tido malam sebab fikirkan takleh nak renew roadtax dan lesen, maka sekarang boleh tarik nafas lega sikit. Boleh ke JPJ untuk settlekannya. Untuk bacaan lanjut tentang berita ini, boleh ke laman ini yer..hehe.
Apa yang menarik perhatian ialah cadangan untuk menggantikan pegawai penguatkuasa yang kita selalu tengok kat lebuhraya tu dengan sistem CCTV. Kadang-kadang kita tengok ada kat belakang pokok, belakang tiang dan sebagainya. Sekarang, kelibat mereka akan dikurangkan dan diganti dengan CCTV.
Bagaimana benda ni berfungsi yer? Saya rasa, CCTV akan dipasang kat mana-mana saja yang mereka rasa menjadi tempat tumpuan penggguna jalanraya merempit dan sebagainya. Contohnya jalan lurus, jalan yang ada garisan berkembar dan jalan yang ada larangan berhenti di kawasan kecemasan. Kalau tak silap, dah ada rasanya CCTV dipasang dijalan-jalan utama untuk kawalan sistem trafik. Ada sapa tau?
Apa rasionalnya pasang CCTV ganti penguatkuasa? ermm..mesti ramai yang berfikir termasuk saya juga…kalau dah memang spesis bawak laju dan main pintas ikut sedap rasa jer..letaklah CCTV ke, penguatkuasa ke, papantanda yang ayatnya memang power punye ke, tabiat laju tu tetap sama juga. Betul tak?
Jadi kat mana rasionalnya nak diadakan sistem baru ni? Saya rasa begini. Kalau sistem ini berjaya dilakukan, ada beberapa kelebihan antaranya ialah;
1. Lebih banyak laluan dan lokasi dapat dipantau dengan lebih berkesan termasuk kawasan yang berisiko tinggi kemalangan seperti jalan turun bukit. Mana pernah kita lihat ada penguatkuasa teropong kita kat kawasan camni.
2. Pemandu mungkin akan lebih berhati-hati sebab banyak tempat yang ada speed trap. Biasanya, kalau sistem sekarang, kalau dah terlepas satu hot spot, kira okla. Tapi dengan sistem baru, mana nak tahan kalau katakan sepanjang perjalanan balik dari KL-Penang ada 10 CCTV. Pasti nak tak nak, kita akan lebih ikut had laju melainkan memang kita banyak duit sampai tak tahu nak buat ape..hehe..betul tak?
3. Sistem baru ni membolehkan pegawai traffik bekerja lebih efisen dan selamat. Mana taknya, duduk teropong tepi jalan. Kadang-kadang tengah panas lagi, semata-mata nak pastikan kita ikut peraturan. Aduhai, apa nak jadi kita ni? (walaupun kadang-kadang memang kita terpaksa bawak lebih laju dari biasa!).
4. Kemungkinan untuk menurunkan kes kemalangan jalan raya akan berkurangan atas sebab-sebab seperti di atas.
Itu kelebihan. Apa kekurangannya pula? Mungkin kita sebagai pengguna dah tahu kat mana letaknya CCTV. Jadi, sepanjang laluan yang tiada CCTV, apa lagi? Bedallah nak taram laju mana pun. Betul ke? Selain mungkin ia melibatkan kos yang besar untuk pelaksanaannya. Contohnya, masa ke China 2 tahun dulu, memang ada sistem CCTV ni di lebuhraya. Mana laluan yang takde CCTV, pemandu teksi tu sedap je balun sampai 170-180 km/h. Tiba-tiba je perlahan. Bila ditanya kenapa? Rupanya ada CCTV daa..adalah dalam 4-5 kali jugak.
Walau bagaimanapun, sistem ini masih dalam perbincangan dan bagaimana sistemnya berfungsi belum diketahui lagi. Saya sebagai rakyat marhain ni berharap kalau benar sistem ni mampu mendidik pengguna jalan raya lebih berhemah, elok dipanjangkan dan dibincang dengan lebih mendalam.
Maka, kita bagaimana? Suka yang menyorok tu ke atau sistem CCTV? Andai sudi, tinggalkan komen di bawah ni yer..
Mana nak periksa kita kena saman traffik? Boleh ke pautan ini >>>>>>> Check saman traffik
® hafizmd – fakta RM10 juta saman dalam 10 tahun? Fuhh..banyak tuh. Kalau semua bayar, banyak benda yang boleh dibuat. Mungkin juga gejala rasuah dikalangan segelintir mereka dapat diselesaikan.
Assalamualaikum.
Lega. Barakah Ramadhan.
Tak boleh nak salahkan ‘ekor’ semata.
Kekadang ada antara kita yang sengaja buat nakal.
Bila kena ‘ekor’ baru nak tengadah…
TQ
@RasaHatiku, waa’laikummussalam..
Itulah..kadang2..kite jadi naik sheikh bile naik kereta..jadi lupe peraturan..jadi kene beringat selalu..
Alhamdulillah..moge barakah Ramadhan dpat kite sma2 car dan hayati..ameen
selain dari CCTV tak ada cara lain ke? takut nanti slow masa CCTV aje, macam contoh dlm artikel ni, aku lebih suka pendekatan mendidik sikap dan perangai tu…entahlah
.-= etomyam´s last blog ..Promosi Termurah Serunding Istimewa Kampung Laut =-.
setakat ni, aku raselakan bro..itu yg kabinet terfikir nk upgrade ganti saman ekor yg kdang2 menyusahkan pengguna (kes2 salah saman ekor)..
pasal didik tu, akupun setuju bro..tapi dah berape byk ops sikap, papan tanda,iklan kat mane2 jer..tapi hasilnye tak begitu memuaskan..susah juge kalau pengguna tetap tak sedar2..
setuju dgn ganti kepada cctv tu
bagus2..kalau setuju..maksudnye mesti ade kebaikan di situ..
setakt nie takda saman.. huhu..untungla yang kena saman beribu-ribu tuh….
.-= zik´s last blog ..Harga ayam naik mendadak =-.
Bgus kalau takde saman..maksudnye zik mmg pemandu yg berhemah 😀
yg kene saman tetap kene bayar juge samada ansuran atau sekaligus..takde diskaun..
mmg de baik buruknya.. yg buruk tu leh jadi baik, jika cctv tu mmg orang tak tau.. so, ok la kan.. tapi lau dorang jenis kaya-raya… tak kisah kot.. ikut suka la kan..
tapi mmg pun, pendekatan mendidik tu lebih bagus.. tapi berapa ramai sangat yang nak terdidik tu kan..
.-= fiezaradzi´s last blog ..Hamil Dan Puasa =-.
@fiezaradzi, soklan terbaik..berapa ramai yg terkesan dan terdidik ngn kempen..ermm..tu yg susah nk ubah tu..harap kite tergolong dlm yg terdidik tuh..ameen
salam..
manusia jika dah tak der disiplin dalm diri bgtulah jadinya..yongang langgang le khdupan yang d laluinya…
pikir cara normal klu kita ikut peraturan dgn btul rasanya tak mungkin duit kita akn mglir pada denda tsbutkan ..dah tentu kita blh g makan dgn duit tu..bwa kluga jalan2 kan bagus huhu..
@suri, salam, msalah pasti ade bile manusia mula kurang disiplin..huuhh
itu sudah pasti suri..jalan2 mmg best..hehe 😀
Saya rasa perancangan ini sukar untuk dilaksanakan, sebab selain memerlukan kos yang tinggi untuk pemasangan, kerajaan terpaksa menyediakan satu lagi bajet untuk kos penyelenggaraan. Saya rasa bukan sedikit CCTV yang akan menjadi mangsa vandalisme suatu hari nanti sekiranya ia dilaksanakan. Masa tue masalah lain pulak yang timbulkan?.
.-= Mama Murai´s last blog ..Menulislah untuk pembaca- bukan untuk mesin pencari! =-.
ini 1 benda jugak yg kerajaan perlu pantau..vandalisme..mmg tak dinafikan..ramai sgt rakyat malaysia yg gatal tgn..takleh tgk benda2 camni..sengal betullah diorang ni..
moge ade jalan terbaik utk atasi masalah ni..pasti yg utama..pengguna perlu berubah!
rasa kos agak tinggi la nak melaksanakan cctv ni..
keberkesanan pula pada pemandu tak tahu pula, ada orang jenis tak ambil kesah je..didikan penting.. 🙂
.-= Mr.Z´s last blog ..Buang Bayi Hukuman Mati Mandatori! =-.
kos tu..aku rase pasti agak tinggi..mklumlah..kamera berkelajuan tinggi..pe2pun..setuju juge ngn bro..didikan memang penting..tapi masalahnya…ape saje kempen yg dibuat..berape byk ops sikap yg dibuat..macam tuang air atas daun keladi ajer..sedeh jer
rasanya apapun langkah kerajaan tidak akan berjaya kalau sikap pengguna tak berubah..
.-= kulanz´s last blog ..Hidangan Berbuka Puasa- Nasi Kerabu- Ayam Percik dan Mee Kari =-.
ini mmg tepat sgt bro..kalau pengguna still ngn perangai camtu juge..letaklah ape saje..tapi mungkin ini salah satu care nak mendidik pengguna supaye lebih berhemah..harapnye berjaye kalau dilaksanakan..
elok gak tu pakai cctv dan kalau boleh tak yah celah pokok kasi terang2 nampak siap sign bord besar… apa nak disorok kalau nak dipatuhi… kalau di sorok mungkin ada pengguna merasakan ” alah ni nak telan duit la ni, kasi orang kantoi (ada udang sebalik batu)” jadi apa saja arahan untuk sipatuhi pasti tak di ikuti pasal di anggap tak ikhlas… sekadar pandangan aku sahaja bro..
ade point penting juge tuh..sbb mmg aku rase ramai yg berfikir -ve sebegitu..lagi bgus kalau terang lagi bersuluh..mcam bro cakap..kadang2 kesian juge tgk polis tgh panas teropong speed trap..thanks bro kongsi pandangan 😀
masing2 punya pendapat tentang bemda ni..ada pro kontra..apa pon kerjasama semua pihak penting untk menjayakn benda2 cmni..klu harap 1 pihak xkn berhasil.
.-= azizan4444´s last blog ..Edisi Sabtu Bila Blogger Teruna Berkumpul =-.
betul tuh..pasti ade pro dan kontra..harap kalau benda ni diperbincangkan dgn semua pihak terutama wakil pengguna..baru pengguna yg akan lebih mendapat untungnye nanti..
salam bro hafiz..baru2 nie ada kawan sepejabat tak boleh nak renew roadtax dkt JPJ pasal ada saman..tp entah mcmana, org dkt JPJ blh tutup saman tu utk membolehkan kawan renew road-tax..bayaran pada org dalam bergantung kpd bilangan saman…
.-= Nadri´s last blog ..Senarai Kopitiam Francais & Hotel Yang Memiliki Sijil Halal =-.
@Nadri, ini yg tak sedap dengar ni..dahlah kene saman..pasti ade duit bawah meja lagi..double trouble tuh..huuu
@hafizmd, huhu..klu nak idupkan lesan g mana heeee.. dah lama tak idupkan..kena jalani exam lagi daa huhu..
@suri, kalau lesen kete dah mati..rasenye ade tempoh tertentu utk kite kene duduk exam lagi..kalau setahun dua..mungkin terus boleh sambung kot..hihi
lepasni kalau otek tak nyorok pun wat dek je la ek bawak laju2..janji selamat sudah….anda mampu mengubahnya…
@hafizarshad, hehe..sempoi jer..tapi kalau kene saman..kene bayar juge..ohhoho