Buang bayi, gantung mandatori atau penjara 20 tahun..

Sempat juga layan Buletin Utama tadi. Antara berita yang cukup menarik ialah penguatkuasaan serta-merta hukuman gantung sampai mati atau penjara maksimum 20 tahun kepada si pembuang bayi.

Kalau tak silap, Akta Jenayah 302 akan diguna pakai bagi kesalahan ini iaitu samada bayi yang dijumpai sudah mati @ diklasifikasikan sebagai berniat untuk membunuh. Keputusan samada dijatuhkan hukuman gantung mandatori atau penjara 20 tahun akan diputuskan melalui peguam negara.

Diharap, dengan adanya hukuman yang sebegini berat, mampu membuatkan mana-mana individu yang menyimpan hasrat untuk melakukan zina, mahupun membuang bayi berfikir berjuta kali sebelum melakukan perkara terkutuk ini.

Antara snippet dari Buletin Utama;

>> Satu pasangan remaja Islam di Melaka mengaku bersalah membuang bayi. Berusia 18 tahun dan 17 tahun.

>> Kes buang bayi yang terbaru (kalau tak silap) ialah di Kota Damansara, berhampiran Kolej SEGI.

>> Jumlah kes buang bayi untuk tahun ini (Januari hingga Ogos 2010) ialah sebanyak 64 kes.

Jadi, apa kata anda dengan hukuman ini? Sapa setuju?

® hafizmd – moga sifat kemanusiaan kembali hidup dalam diri manusia itu sendiri..