Berbalang kuih raya 2011 tanda terima kasih…
Assalamua’laikum.
Alhamdulillah. Lama sangatlah tuan rumah bercuti. Memang cuti sakan sungguh! Mana taknya, kena singgah dua negeri yang jika dihitung menjadikan jumlah jarak perjalanan melebihi 1,000 km. Demi keluarga tercinta, lautan dalam sanggup kami harungi (tapi mesti naik kapal yer…hehe).
Dek kerana nak tinggalkan blog bercuti tanpa entri sepanjang bercuti, sempat juga mencari kata kunci yang agak-agak menarik dan hasilnya memang menjadi juga. Ada jugalah pengunjung dari enjin carian dan pastinya dari teman blogger semua. Terima kasih atas sokongan. Walau sibuk makan kuih dan layan tetamu, sempat juga singgah kat sini melayan 1,2 entri.
Terimalah 10 blogger paling mesra dan ngetop sepanjang bulan Raya Merdeka, bulan Ogos 2011…
- bEe
- DLSL
- Akubiomed
- Fiezaradzi
- Anif
- Dnobiz
- Mama Murai
- Kak Long
- Maza
- Adele
Benarlah kata-kata bijak pandai SEO, kalau kena caranya, traffik blog boleh mencurah-curah masuk setiap hari.
Tapi, aku bukanlah pemburu traffik yang tegar, sesekali trafik masuk lebih dari biasa jadilah.
Seronok juga tengok tetiba graf naik mencanak, turunpun menjunam….hehehe
Tajuk ada letak berbalang kuih, tapi mananya? Ok ok. Ni diaaa kuihnya untuk tatapan 😀
Semoga semua rakan-rakan dan pengunjung blog ni sentiasa dirahmati dan diredhai Allah jua.
Terim kasih daun keladi, lepas ni mailah lagi….
® hafizmd – kuih raya memang masih ada kat atas meja…semalam tak sentuh, hari ni belum tentu… 😀
kita bukanlah spjg masa nak duk mgadap blog kan..sbb tu lah kena pandai main SEO..baru traffik masyuk..hehe
eh,ada nama sy di situ..tak sangka..terima kasih dan semoga trus ceria 😀
betul adele…jadi kenalah belajar serba sikit pasal seo kan?
terima kasih kembali adele 😀
eh kuih beli ni..bukan kuih buat huhu
tepat sekali…semuanya dibeli dan diberi oleh boss…keh3
rasanya klu cinta d berpi pilihan mau amik cuti bt kuih sndri,,tapi lst minit smpt gak buat,bro yng best ngetop tu bro bg ar hadiah bendera sorg satu heee..
guaru jer tu
hehe…kalau opis sendiri…mau masih cuti lagi ni…hehe
best la ayat bro… “Demi keluarga tercinta, lautan dalam sanggup kami harungi”
kerana keluarga kita masih ada lagi disini.. kerna keluargalah kita masih sanggup meniti kehidupan ini…
setuju…mereka antara sumber semangat kita..
hoho..bak sikit kueh raya..dah habis nih..
@titan,
hahah saat saat macam ni la baru selera nak jamah biskut raya datang balik
@dnoBiz, suri kt pjbt ada kuih raya makn sorg2 mmg tak bst huuu..bila bos nak tmbah pkje ni huu…
sapa2 dok ipoh meh dtg sini huuu
@suri, mmg sorang2 tak best…
samalah saye, tinggal berdua kat opis, semua dah pakat quit sorang2
@dno, nak2 kalau ada yg temankan? hehee
boleh2…kena datang makan kat sini..hehe
bro share sket tips2 nk buat seo…
saye ni taklah pandai sgt main seo ni…tp kalau betul2 nak serius…boleh terus ke blog ariffshah.com
ini mmg pakar seo..
sama2 kita belajar
alamak tak tersenarai lah pulak… selamat hari raya bro… banyak kuih raya dihidangkan … tak dijemput makan ker….
terima kasih bro sudi singgah lagi di sini…
jemput2 bro…jgn malu2
aku masih tersenarai nampaknya… terima kasih Fiz..
Balang kuih rumah aku hanya tinggal serdak je 😀
terima kasih kembali dno
wuih…mmg suka kuih bebenor ni…hehe
ni aku sedang ngunyah kacang ni
tak tau bila nak habis
best pulak makan kacang raya
hehe
kalau kacang…mmg feveret, mau habis berbalang2 tuh….heeehe
Terima kasih tersenarai komentar disini. 🙂 Nampak kuih Raya pun sudah mula menyusut
Terima kasih kembali AB.
Kuih raya pun dah sampai penghujungnya…hee
patut de gambar kuih dlm hp.. huhu.. tul, kuih raya byk lagi.. siapa nak dtg, sila angkat tangan..
hehe…pinjam hp orang, mmg lah…keh3..
siapa nak datang? cepat2…
Oh, tak sangka nama saya pun ada kat situ. Terima kasih kerana penghargaan ini. Semoga pemilik blog ini pun akan terus dirahmati dan diredhai Allah jua.
Terima kasih MM sebab selalu juga singgah sini dan lontar komen2 yg bernas
Ameen Ya Rabbal A’lamin
Wa selamat ya yang sudah dibalang kuih raya terima kasih 🙂
semuanya sudah selamat