Terkini Jadual Bola Sepak: Piala Malaysia 2011…

Assalamua’laikum.

Berita sukan bola sepak Malaysia

Kalau kita peminat tegar bola sepak Malaysia, pasti tahu yang perlawanan pertama dahpun selesai 6 September lepas. Bagi peminat setia Terengganu (maksudnya, akulah tu…), menang 3-0 ke atas Sime Darby tak memberi apa-apa makna yang besar tapi banyak lagi benda yang pemain Terengganu perlu buktikan.

Pasukan pilihan seperti Kelantanpun agak ‘semput’ juga sebelum menang 2-0 ke atas Sarawak di Kuching selain kejutan skuad T-Team yang menewaskan juara 32 kali Piala Malaysia, Selangor 1-0 di Kuala Terengganu.

Tapi dalam seronok baca dan menonton Piala Malaysia 2011, tup tup timbul cerita ada bookie yang mula atur perlawanan. Harap semua pemain dapat bertahan dengan godaan wang ringgit dan mempertahankan maruah diri serta bola sepak Malaysia. Janganlah jadi macam satu masa tu, habis ranap era bola sepak dek kerana rasuah!

Baiklah, berikut perlawanan pada 10 September 2011 Piala Malaysia peringkat kumpulan…

Kumpulan A

  • Kedah 1 vs Sabah 2 (Stadium Likas)
  • Perak 2 vs Johor 1 (Stadium Ipoh)

Kumpulan B

  • Terengganu 3 vs Selangor PKNS 2 (Stadium Sultan Ismail)
  • Negeri Sembilan 5 vs Sime Darby 0 (Stadium Tuanku Abdul Rahman)

Kumpulan C

  • Kelantan 2 vs Johor FC 1 (Stadium Sultan Mohd)
  • Felda United 1 vs Sarawak 0

Kumpulan D

  • Selangor 2 vs PDRM 0 (Stadium Shah Alam)
  • Kuala Lumpur 2 vs T-Team 1

Aku rasa, kumpulan A dan B boleh dikatakan kumpulan sukar tapi rencah dan rentak bola sepak Piala Malaysia memang lain macam. Aura dan prestijnya selalu membuatkan pasukan-pasukan pilihan kempunan. Harap Piala Malaysia 2011 ada keputusan yang mengejutkan, barulah lebih seronok dan teruja!

Pasukan mana anda sokong dan pilih jadi juara tahun ni?

® hafizmd – Aku? Sudah pasti Peteh Ganu Peteh!