4 Teknik Rangsang Leptin Untuk Mudah Kuruskan Badan!

Senaman mudah bakar lemak di perut peha di rumah

Assalamua’laikum.

Teknik mudah kuruskan badan? Mana ada. Semuanya nak kena usaha. Tiada perkara yang mudah tanpa usaha, tanpa penat lelah, tanpa berpeluh, tanpa dipandang pelik, tanpa perlu berkorban, tanpa perlu menahan godaan. Ini semua asam garam yang akan bertukar menjadi kenangan manis buat mereka yang berjaya turunkan berat badan walaupun hanya 1kg sebulan. Ianya tetap satu kejayaan!

Rangsang Hormon Leptin Untuk Mudah Kuruskan Badan?

Apa itu hormon leptin? Pendek cerita, hormon leptin ni dihasilkan oleh tisu-tisu lemak. Fungsi? Leptin ni mengawal aturan pengambilan makanan dan berat badan kita. Bila sebut jumlah pengambilan makanan, maknanya termasuklah  rasa kenyang dan lapar serta selera makan. Berat badan –> antaranya metabolisma badan dan kadar tenaga yang diambil untuk fungsi tubuh. (Sumber: Hormon Leptin)

Apa jadi bila hormon leptin tinggi atau rendah dalam darah? Bila leptin rendah, kita cepat rasa lapar. Bila tinggi/cukup dalam sistem, kita rasa ok jer.

Orang obes takde hormon leptin ke? Ada. Banyak, tapi oleh sebab leptin seakan “ditindas/dikunci” oleh lapisan lemak tebal menyebabkan leptin tak dapat berfungsi dengan baik. Menyebabkan mereka yang ada masalah berat badan berlebihan, akan cepat rasa lapar dan makan pun berselera.

Bagaimana nak rangsang hormon leptin dalam badan untuk bantu mudah kuruskan badan? Saya kongsikan 4 cara di bawah sebagai usaha untuk turunkan berat badan.

Asas untuk baiki tindakbalas hormon leptin dalam badan kita ialah dengan membakar lebih banyak lemak!

1. Jangan malas bergerak!

  • Buat senaman kardiovaskular. Contohnya berjalan selama 30 minit. Kenalah konsisten dan insyaAllah, kadar metabolisma badan kita juga turut meningkat!
  • Buat senaman bebanan. Senaman ni memang bakar lemak dan kalori serta kuatkan otot-otot badan. Boleh lihat mereka yang ke gym, memang boleh berjaya kuruskan badan. Semakin banyak otot yang dapat kita bina, makin bagus metabolisma badan kita. Jadi, automatik hormon leptin boleh berfungsi dengan baik. Barulah mudah kuruskan badan!

Klik SINI –>

cara senaman mudah kuruskan badan
Rajin atau malas? Mudah nak kuruskan badan?

2. Banyakkan makan buah dan sayur dalam menu kita!

  • Bagus makan buah dan sayur sebab apa? Sebab kaya dengan phytonutrients (cth: carotenoid and flavonoid) yang boleh menjadi agen membantu kerintangan badan kita terhadap leptin. Tak faham? Takpe. Janji rajin makan buah dan sayur! hohoho….
  • Nak makan buah/sayur apa? Senang jer. Makan betik, lobak, bayam, tomato (kaya karotenoid). Geng berries (blueberry, ceri, buah citrus, bawangm coklat gelap <— kaya flavonoid) Nampak tak? Nak kuruskan badan bukan mudah, kena makan sayur dan buah. Ni culas makan sayur…hehehe

3. Tambah sumber Omega-3!

  • Ini lemak baik. Makanlah ikan, sayuran berdaun hijau, adik-beradik kekacang. Jangan gelojoh sangat. Makan sederhana jer. Nanti tak pasal-pasal, bertambah berat badan sebab makan berlebihan!

4. Ucap selamat tinggal kepada makanan segera dan makanan siap proses!

  •  Kenapa? Mudah jer. Sebab makanan siap proses (tak kisah dalam tin atau botol), biasanya dah dibubuh garam, gula, bahan pengawet, bahan pewarna dan macam-macam lagi bahan kimia. Semua benda ni boleh kacau hormon leptin punya tindak balas. Jadi, paling bagus, kita cuba masak sendiri. Kita boleh kawal berapa sudu garam dan gula nak letak. Betulkan?

Teknik lain untuk kuruskan badan? Boleh dapatkan panduan di bawah:

Klik SINI –>

Inilah 4 teknik yang kita boleh buat dengan mudah, pantas dan tanpa perlukan kita melabur dan melebur banyak sangat kosnya. Betik baru berapa ringgit berbanding ubat kurus di pasaran. Kalau nak beli juga ubat kurus, belilah. Takde orang larangpun. Pilihan masing-masing. Omega-3 tu, kalau payah sangat, belilah supplemen yang ada di pasaran. Berlambak tinggal nak beli jer.

Kata nak mudah kuruskan badan,kan? Akhir kata, bersamalah kita menjaga nikmat kesihatan yang Allah pinjamkan kepada kita. InsyaAllah, dengan badan yang sihat, mutu ibadah kita kepada Allah lebih terbaik dan tinggi mutunya! InsyaAllah.

@hafizmd – Terima kasih membaca 4 Teknik Rangsang Leptin Untuk Mudah Kuruskan Badan!