Bayaran Komisen Pertama Ashadee 2014

Assalamua’laikum.
Serius, ini baru kali pertama. Yang pertama, nikmatnya memang tak terkata. Ingat sampai bila-bila. Dikenang sebagai pembuka bicara. Oh! Inilah komisen Ashadee ku yang pertama…hahahaha. Bagi aku yang memang amatur habis bab SEO ni, Alhamdulillah dapatlah juga merasa komisen Ashadee hasil affiliate. Susah? Memang susah, sebab banyak juga artikel yang aku tulis sebagai umpan usaha menunggu hasilnya. Sabar itu memang penting.
Ashadee Lubuk Buat Duit!
Baru dapat sekali dah cakap lubuk duit? hohoho…sabar tuan puan cik adik manis. Ini semua adalah impian aku untuk menjadikan Ashadee sebagai salah satu punca pendapatan sampingan bermula tahun 2014 ni. Aku tahu, ramai otai-otai yang sudah berjaya buat ribu-riban dengan Ashadee. Tengok saje bukti yang ditunjukkan oleh Sifu T, Sifu H. Awas, jangan sampai juling biji mata korang!
Kalau nak berjaya, kenalah ikut jejak langkah mereka yang dah berjaya. Itu yang aku akan pegang untuk capai target aku ni. InsyaAllah, paling busuk pun 4 kali sebulan. 1 komisen seminggu. Apa? Teruk sangat target ni? Terpulanglah. Ini target awal untuk pemain affiliate amatur macam aku ni. Nak target 40000 komisen Ashadee sebulan pun boleh, tapi aku sedar tahap usaha aku celah mana kuatnya!

Dah capai target ciput ni, baru aku kasi naik target tu. Pastinya usaha perlu ‘dilipatkalisupergandakan’ untuk capai sasaran yang lebih besar. InsyaAllah, ada satu kelas pemantapan blogging yang aku dah book tempatnya. Harap-harap sempatlah aku kumpul duit untuk tambah ilmu. Tanpa ilmu, tak ke mana sangatlah usaha aku ni. Semuanya perlukan ilmu.
Nak dapat banyak, carilah produk yang kasi komisen besar punya. Yang aku dapat ni, kecil-kecilan jer. Nak yang tangkap yang besar, mata kail biasanya perlu besar juga!
Jadi, nasihat untuk diri aku sendiri dan korang semua, jangan kedekut sangat nak beli atau pergi menuntut apa jua ilmu. Haaaa, jangan lupa 8 Mac 2014, ada SBB2014. Kat situ nanti, ramai blogger yang super power datang. Jom pakat luangkan masa untuk ke sana sambil santai-santai, bolehlah korek apa-apa ilmu blogging dengan mereka semua.
@hafizmd – Entri ni khas untuk naikkan semangat aku dan korang semua. Bukannya nak menunjuk-nunjuk. Jangan putus asa! Bersama menuju kecemerlangan dunia dan akhirat….yeahhhh!
wah banyak juga tu, ini nilai terkumpul ke, satu produk je…
terkumpul dan 1 produk jer aku berani sentuh betul2 takat ni…huhu
Ni kalau rajin boleh masyuk ni
Hebat2… Lepas ni mesti ada yang menyusur lagi.
ameen…baru belajar bro..
terima kasih
Permulaan yang cukup memberangsangkan tu. Tahniah! 🙂
Alhamdulillah. Moga rakan2 semua juga dimurahkan rezeki dan limpahan rahmat Allah jua..
terima kasih bro Anif
rezeki jugak tu tuan
alhamdulillah…rezeki Allah
boleh dapat lebih banyak tu lagi nanti.
insyaAllah cikgu..ameen
Nilai duit bukan ukuran kan..yang pasti hati kita tu rasa puas dengan apa yang telah kita lakukan..hehe..gud job bro..semoga makin murah dan bertambah-tambah rezekinya..aminnnn
Terbaiklah boh!
ameen ameen ameen…ameen utk kita semua
Yup..aminnn….hehe
tahniah!! wah byknya tu komisennya, belum pernah lg dpt komisen ashadee ni
alhamdulillah.thanks aju =)
insyaAllah..adalah lpas ni..ameen
den tumpang gembira buat bro…tahniah..!!
tahniah bro…
sy paham kegembiraan dpt hasil pertama tu 😉
terbaiklah bro..teringin juga saya nak dapat macam tu..anyway tahniah bro!
tahniah bro, insyaAllah bakal ada menyusul nanti, terbaiklah…
wah tahniah
rezeki pasif yg mudah jika kena gaya 🙂
belum penah dapat lagi setakat ni
wow… lepas ni akan byk masuk lagih nih.. tahniah ya bro..
Dulu saya mengeluh sukar membuat duit dengan program Affliates. Sekarang ini sudah 3 kali buat jualan dengan Ashadee. 🙂
ni mesti penangan hasil coaching fb ads hari tu, kan bro AB?
tahniah bro sentiasa berusaha..moga semakin sukses!
tahniah
nampaknya lepas ni makin laju la masuknya
boleh buat duit simpanan…hehehe..
tahniah bro.. dah boleh makan pizza hut bersama family nie 😀
nampak gaya sudah ada geng yeah…
dh ada satu..bakal ada banyak la nanti..ehehe
Ameeen…nak kena kerja kuat lagi