Komisen Pertama Ashadee Bulan Mei

Assalamua’laikum. Korang pun dah pandai jana duit online,kan? Terbaiklah! Aku baru nak start belajar cara jana wang online dengan blog. Yang bestnya, aku buat duit ni betul-betul tanpa modal. Betul. Takde modal langsung. Maksud aku kat sini ialah tanpa keluarkan sesen pun. Modal tenaga dan masa mestilah ada…hohoho

bukti buat duit dengan blog
RM2 jer?

Cara jana wang online tanpa modal

1. Bukti kat atas tu memang yang aku punya. Bukan aku rembat bukti orang lain.

2. RM2.00 mungkin tak banyak bagi sesetengah orang, tapi itu tak penting bagi aku. Sebabnya, selagi RM2 tu boleh dijana setiap hari contohnya, hasil setiap bulan cukup lumayan juga. Dah lepas belanja famili beli apa yang patut.

3. Aku cakap tanpa modal sesen pun? Betul tu. Hasil RM2 ni bukan yang aku tulis/buat di blog ni. Aku tulis kat blog percuma iaitu di platform BLOGSPOT.

4. Korang pun mesti ada banyak lagi blog blogspotkan? Daripada kita biarkan bersawang, baik kita tulislah apa-apa yang patut. Ada rezeki, adalah hasilnya dari blog tu. Kuncinya kena rajin. Jangan tiru aku, malas betullah! Tensen aku.

5. Takpun, korang guna facebook/twitter/instagram korang tu. Pepandailah up status. Jangan kasi semak sangat dengan up hampir setiap jam. Itu spam namanya. Belajarlah buat ayat yang meruntun jiwa untuk orang klik. Ada orang klik, mana tahu hati terbuka untuk daftarkan diri. Depa daftar, hang dapat RM2 setiap orang. Best tak?

PERCUMA: Belajar cara jana wang RM800 secara sambilan dari rumah

6. Tak yakin boleh buat duit cara ni? Takpe, korang gi baca apa yang pakar buat duit dengan blog tulis kat sini –> ” Awak, saya tak yakinlah

7. Buat blogger khasnya untuk aku, jom kita baca sekali lagi entri Denaihati tentang ‘Blogger adalah pemikir hebat.” Ada benda yang belum kita faham betul-betul agaknya.

Sekian entri motivasi untuk aku sendiri. Kalau korang rasa termotivasi, baguslah. Kalau tak rasa apa-apa, itu maknanya korang dah memang level lagi tinggi. Tahniah aku ucapkan. Terbaiklah!

Ada calon Penolong Pegawai Arkib tak? Kalau ada, boleh baca entri ini –> Contoh soalan peperiksaan bertulis S27 Penolong Arkib

@hafizmd – Hidup untuk memberi. Jomlah kita beramal dengan tagline ni.