Kedah vs JDT! Kedah Bakal Buat Kejutan?

Assalamua’laikum.
Kedah vs Johor DT. Ini perlawanan yang ambe tunggu malam ni. Kedah. Lama sungguh tak tengok aksi siaran langsung Kedah. Kedah sekarang ni, main dalam Liga Perdana, tapi bukan bermakna senang nak dibuli. Kalah 1-3 di Larkin dalam pusingan pertama suku akhir rasanya bukan masalah besar untuk Kedah malam ni. Apa resepi Kedah jika nak jinakkan Harimau Selatan?
Pasukan Pilihan ke Separuh Akhir Piala FA?
1. Ok. Tengok dulu jadual suku akhir kedua Piala FA malam ni.

2. Kedah vs JDT – Kelebihan memang untuk JDT dengan kelebihan 2 gol tapi Kedah hanya perlu score 2-0 untuk layak ke separuh akhir. Kalau Kedah dapat letak Pablo Aimar & Figueora ‘dalam poket’ mereka, rasanya besar kemungkinan ada kejutan malam ni. Kalau tak, Kedah mungkin merana malam ni macam yang Selangor terima malam tu. Kedah atau JDT? Ambe nak tengok kejutan, ambe pilih Kedah!
3. PDRM vs Pahang – Coach Dollah Salleh sekali lagi akan buat magik malam ni. PDRM ada kelebihan beraksi di laman sendiri. Pahang yang tewas 0-2 dengan Terengganu minggu lalu, pasti tampil berbeza malam ni. Ambe pilih Pahang!
4. Kelantan vs PKNS – PKNS tetiba nampak kurang sikit powernya dalam 2 game last ni. Kelantan nampak berbisa dan serasi dengan formasi 4-4-2. Formasi asas yang membenam T-Team 3-0 minggu lalu. PKNS, mampukah benam Kelantan di Kota Bharu malam ni? Ambe pilih Kelantan.
5. Felda United vs Sarawak – Sarawak tengah ceria menang 1-0 hari tu. Sarawak ambe tengok dalam posisi terbaik untuk layak ke separuh akhir Piala FA 2014. Sarawak atau Felda United? Ambe pilih Sarawak!
6. Siaran langsung di Astro Arena 801: Kedah vs Johor DT!

@hafizmd – Ambe tengok jerlah kali ni. Terengganu dan T-Team dah balik awal…hohoho
pilihan yang pelbagai pulak deme ni..hahaha..semoga ada kejutan untuk peminat bola sepak..haha..dan semoga apa yang deme jangkakan ini tepat..hehe
hehhee…dah team ganu takde bro..ginilah jadinya…hahaa
gambar tu memang smart habis lah..
mmg terbaik!
Adehh.. JDT bro.. bukang alang-alang team nak dikejutkan he he.. Luaskan kuasamu ngauummm…
hehehe…gua suke elemen kejutan…tp sayang…jdt mmg cukup perkasa =) tahniah JDT!