Menang Buku Percuma Sekarang!

Assalamua’laikum.

Kali terakhir ambe berikan buku percuma kepada pengunjung blog ialah pada 21 Oktober tahun lepas. Anda boleh baca entri tu di sini: Jurukomen Bertuah yang ke 10,000. Untuk kesekian kalinya, kali ni ambe sekali lagi kembali untuk memberi buku percuma kepada pengunjung yang bertuah. Bagaimana nak menang? Apa syaratnya? Nak kena buat entri ke?

Sebelum tu, baik ambe jelaskan kenapa ambe dengan sukacitanya nak memberi buku percuma kepada pengunjung blog ni.

  1. Ambe ada dapat sikit duit hasil affiliate. Jadi, ambe kongsikan sikit hasilnya dengan memberi buku percuma kepada anda.
  2. Buku yang bakal diberi percuma ada kaitan dengan situasi semasa di Palestin sana. Demi memahami aspirasi dan  semangat persaudaraan sesama Islam, ambe suka untuk berkongsi buku tersebut.
  3. Sekarang, ambe dalam mood cabaran Kontest iPhone 5 Gadget Impian. Inilah saatnya ambe cuba nak perkenalkan blog ambe yang tak seberapa ni kepada dunia blogging yang luas. Ala-ala nak menjenamakan blog gitu.

Cara Menang Buku Percuma!

  1. Pergi ke entri ini, iPhone 5 Gadget Impian
  2. Ada beberapa butang di sebelah kiri entri iaitu butang perkongsian sosial: Like Fb, Tweet dan Google Plus (g +1).
  3. Tugasan anda: Klik salah satu butang (nak klik semuapun lagi bagus…hehe). Digalakkan untuk menekan butang g +1 sebagai tanda sokongan kepada penyertaan ambe dalam kontest iPhone 5 gadjet impian ni.
  4. Maksudnya, ambe tidak memaksa anda untuk klik g +1. Kalau takde akaun g +1, boleh daftar baru guna email anda. Kalau tak nak klik g +1, boleh klik butang Tweet dan kongsikan dengan rakan Twitter anda atau boleh Like dan kongsikan dengan rakan facebook anda. Mudahkan?
  5. Tarikh tutup? Jam 11.59 malam, 24/12/12.
  6. Itu sahaja yang anda perlu buat. Hanya tekan butang perkongsian sosial untuk entri iPhone 5 gadjet impian.

Cara Pilih Pemenang Buku Percuma!

  1. Bila anda dah klik butang sosial tu, jangan lupa untuk tulis komen di entri ini @ di entri iPhone 5 Gadjet Impian.
  2. Anda tulis camni. Contohnya, “Saya dah g +1/like/tweet untuk entri ini”. Itu sahaja. Mana-mana blogger yang dah tulis camni, tak perlu lagi ulang proses ni. Ambe akan tulis automatik nama anda semua.
  3. Automatik ambe akan masukkan nama anda beserta dengan nombor cabutan bertuah anda dalam entri, Senarai Peserta Cabutan Bertuah Buku Percuma (akan dikeluarkan selepas ini).
  4. Dua kali cabutan bertuah akan dibuat bila-bila masa sahaja dari sekarang hinggalah tarikh tutup 24/12/2012.
  5. Cabutan bertuah bakal dijalankan oleh tangan ambe sendiri. Jadi, moga-moga nama anda yang naik nanti yer =)
  6. Seorang hanya layak untuk menang sebuah buku sahaja (kalau dah menang dalam cabutan pertama, kiranya untuk cabutan kedua tidak lagi untuk memberi peluang kepada yang lain).
  7. Perlu ada blog ke? Tak perlu. Janji ada email (untuk g +1), ada akaun FB (untuk like) atau akaun Twitter. Kalau takde semua? Maaf, tak dapatlah ambe menolongnya kali ini.
  8. Sesiapa saja boleh masuk. Tak kisahlah anda masuk kontest iPhone 5 gadget impian ini atau tak.

Perhatian: Hanya klik butang sosial di entri iPhone 5 Gadget Impian sahaja yang akan membolehkan anda layak untuk masuk cabutan bertuah.

Kalau ada yang cuba untuk tidak berlaku jujur (contohnya tidak tekan butang tapi tulis dah buat, anda tanggunglah sendiri akibatnya. Itu urusan anda dengan diri  anda sendiri yang tak jujur). Noktah.

Buku Yang Bakal Dimenangi?

2 buah buku yang ambe nak kongsikan ialah Buku Gadis Kecil Di Pinggir Gaza dan Perang Arab-Israel 1973.

Tak kisah berapa ramai yang masuk, ambe tetap akan berikan buku ini kepada mereka yang bertuah.   Kalau ramai sangat yang masuk, dengan izin Allah, ambe akan tambah lagi buku percuma.

 Terima kasih untuk sokongan anda terhadap blog ini. Segala masa dan usaha anda di sini amatlah dihargai. Moga ada kebaikan yang kita dapat hasil usaha dan perkongsian ini.

 @hafizmd –  Kalau sudi, tinggalkan nama g+1 anda untuk ditambah dalam circle g+1 ambe.  Kalau ada nak tanya, silalah tinggalkan komen di bawah yer. Terima kasih.