Jom Pakat Ulangkaji 6 Adab Berbuka Puasa
Assalamua’laikum.
Adab berbuka puasa Ramadhan mengikut sunnah Rasulullah S.A.W. Sedia atau tak, insyaAllah berpuasalah kita. Jangan kita lupa, puasa bukan takat tahan lapar nafsu makan, tahanlah kita dengan macam-macam nafsu yang menggoda seluruh jiwa dan pancaindera kita. Hikmah berpuasa Ramadhan nak kena rebut selagi ada ruang dan peluang. Untuk sama-sama kita tambah keberkatan semasa berbuka, eloklah kita pakat-pakat peringat diri dan keluarga masing-masing tentang 6 adab yang wajar kita buat masa berbukan puasa Ramadhan nanti. Jomlah kita yop!
Adab ketika berbuka puasa
1. Segera berbuka bila masuk waktu
Masuk saja waktu Maghrib, eloklah kita terus berbuka puasa tanpa bertangguh. Sesuai dengan maksud hadith Nabi Muhammad SAW ((Riwayat Bukhari & Muslim);
“Manusia sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa.”
2. Berdoa ketika berbuka puasa
Rugi kalau kita lupa untuk berdoa masa nak berbuka puasa ni. Sebabnya Rasulullah bersabda (Riwayat Ibn Majah) yang bermaksud;
“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka.”
3. Berdoa kepada mereka yang menjamu kita berbuka puasa
Sebagai tanda terima kasih, wajar kita berdoa kepada mereka yang bermurah hati memberi kita makanan/minuman untuk berbuka.
4. Berbuka puasa dengan rotab, tamar atau air.
Jelas lagi terang, makanan yang paling afdal dan baik untuk berbuka puasa ialah apa jua jenis kurma atau air. Bukannya rokok mahupun ayam golek, tapi kalau ayam golek yang ada, janganlah ditangguh pula.
“Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar, dan jika tiada tamar, maka baginda meminum beberapa teguk air.” (RiwayatAhmad & Tarmizi)
5. Tidak melampau ketika berbuka
Di sinilah antara cabaran paling besar. Membeli kita perut lapar memang benar-benar mencabar bagi manusia yang mudah tergoda. Ingatlah pesan Allah dalam surah al-A’raf ayat 31 yang bermaksud;
“Dan makan dan minumlah kamu, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Dia tidak suka orang yang berlebih-lebihan. “
6. Segera solat Maghrib selepas berbuka jika makanan belum dihidang
Jika makanan dah siap dihidang, makruh untuk tinggalkan hidangan sepertimana maksud hadith Rasulullah SAW (Riwayat Bukhari dan Muslim);
“Apabila dihidangkan makan malam seseorang kamu, sedangkan solat jamaah sedang didirikan, maka mulailah dengan makan malam. Janganlah dia tergopah-gapah sehinggalah dia selesa.”
Seeloknya kita makan berat selepas solat Maghrib kerana waktu Maghrib ni pendek saja. Ditakuti, kita leka dengan tarian ayam golek, nyanyian kuih lapis dan deruan air sirap bandung.
Jomlah selagi lagi ambe peringat diri sendiri yang hina ni untuk tingkatkan amalan dan kurangkan kontroversi sepanjang bulan Ramadhan.
Bulan Ramadhan bukannya bulan untuk kita menyeksa perut kita dengan pelbagai juadah, tetapi bulan mendidik hati kita untuk menjaga kesihatan dalaman dan luaran.
*andai ada yang silap, mohon diperbetulkan*
@hafizmd – Adab berbuka puasa cara dan style Rasulullah SAW. Nafsu buas manusia bukan mudah nak ditundukkan yop!
Rujukan asal: Buku Adab Ramadhan
InsyaAllah akan praktikkan.
”’
Tak sabar nak puasa ramadhan di Malaysia.
Alhamdulillah, Asyrof sudah di Malaysia sejak 4 julai. 🙂
Moga Asyrof teruja bila kembali ke Mlaysia dan bila tu dpt result semasa peperiksaan baru2 ni di sana.
Alhamdulilah Ramadhan yang dicintai telh bergitu hampir
Bolehlah peringatkan diri sendi serta ormng lain tentang adab berpuasa dan berbuka puasa agar puasa ynag kita lakukan di siang hari emmdapat rahmat dan pahala berlipat kali ganda.
Tak sabar nak memulakan puasa Ramadan…nak mengumpul pahala sebanyak mungkin. Insya Allah…
bab bersegera berbuka tu aku sukaaa..
semoga menjadi panduan untuk kita semua..kalau pergi bazaar tu kena kawal nafsu membeli.. 🙂
Assalamu’alaikum Hafiz…
Mudah-mudahan jadi panduan dan tips khusus buat para muslimin dan muslimat sekelian sempena kedatangan bulan Ramadhan yang just around the corner….selamat menyambut cahaya Ramadhan dari Kak Ummi untu Hafiz sekeluarga ya… 🙂
apa-apa masalah dunia sekalipun doa makan jangan di lupakan
Tak sabar nak berpuasa ni
kalau mulakan makan berat sangat, maghrib pun lewat la…
selamat berpuasa bro dan semua.
Hehe..saya pun nak buat mcm apa yang deme cakap ni lah..nak makan nasi lepas solat..biasa lepas makan, perut knyg, duk rilek dulu..sedar tak sedar dah nak masuk isyak..memang tak patut buat mcm tu bulan ramadhan kali ni..insyaAllah akan berubah..hehe
Ramadhan semakin hampir,selamat berpuasa ye bro
Baca adab-adab ini teringat video Productive Ramadan 🙂
Ramadan Kareem
Video2 PR mmg terbaik!
mmg bagus lah nasihat bro tu.. terutamanya no 5 tu..
mmg ramai kantoi sbb bila kat bazar dgn perut kosong, dengan selera nafsu yg tinggi dan dengan byk juadah.. confirm terover over beli…..
dgn adanya nasihat bro nie.. semoga kita beringat2 ketika di bazar…
Betul tu bro. Beli dgn mata ni amat2 bahaya….
Mmg nak kena kawal nafsu membeli, kalau tak, gagallah kita
bukak puasa dengan teh o panas, asyyikkk