Buffet Ramadhan Casa Ombak – This Is Something Different!

Assalamua’laikum. Buffet Ramadhan Casa Ombak. Anda mencari tempat untuk berbuka puasa? Inginkan kelainan menikmati menu buffet Ramadhan?

Casa Ombak “This Is Something Different InsyaAllah memberikan kelainan dan kenangan manis kepada anda di bulan Ramadhan ini.

buffet ramadhan casa ombak terbaik kuala lumpur
Buffet Ramadhan Casa Ombak menjanjikan kelainan untuk anda.

Buffet Ramadhan Casa Ombak “This Is Something Different

Tagline “This is something different” membayangkan suasana dan pengalaman yang berbeza buat anda yang berkunjung ke Casa Ombak untuk menikmati buffet Ramadhan. Konsep santai dengan ruang terbuka ala-ala taman sememangnya menjanjikan keselesaan terutama kepada pengunjung yang datang bersama anak-anak. Pasti konsep ala taman sebegini sedikit sebanyak ‘melegakan’ anak-anak yang sentiasa sukakan tempat yang terbuka dan santai. Percayalah, anak-anak pasti akan lebih seronok dan teruja untuk menikmati hidangan buffet Ramadhan di Casa Ombak ini.

buffet ramadhan casa ombak kuala lumpur
Berbuka santai di Buffet Ramadhan Casa Ombak.
buffet ramadhan casa ombak berbuka sambil beramal
Berbuka sambil beramal untuk tabung Gaza di Casa Ombak.

Berbuka sambil beramal di Casa Ombak!

Tidak cukup dengan konsep santai ini, pihak pengurusan Casa Ombak Sdn. Bhd sentiasa prihatin dengan isu semasa lebih-lebih lagi melibatkan saudara kita di Palestin. Tiada yang lebih menggembirakan bilamana kita tidak melupakan nasib saudara-saudara kita yang ditimpa ujian.

Atas dasar persaudaraan sesama agama inilah, saya percaya pihak Casa Ombak telah pun mengambil inisiatif kutipan derma khas untuk Tabung Gaza. Satu usaha yang cukup murni dan bermakna lebih-lebih di saat kita berbuka puasa. Hikmah Ramadhan dirai bersama. This is really something different! Tahniah!

Menu buffet Ramadhan di Casa Ombak?

Menu di buffet Ramadhan Casa Ombak disediakan secara buffet stall terbuka. Anda bebas memilih aneka juadah hidangan yang tersedia dalam suasana yang cukup santai dan tenang. Pelbagai hidangan kampung tersedia dan juga instant cook stall corner untuk anda!

Jom kita cuci mata dengan menu seleksi pilihan di Casa Ombak yang semestinya HALAL.

menu buffet ramadhan berpatutan casa ombak
Antara kuih muih di Casa Ombak!
buffet ramadhan casa ombak menu kampung nasi kerabu terbaik
Nasi kerabu pun ada!
menu sup buffet ramadhan casa ombak
Berbuka tak nak makan nasi? Jangan risau. Seleksi mee/meehon sup untuk anda!

Ini baru sedikit! Banyak lagi seleksi pilihan buffet Ramadhan untuk anda jamah di Casa Ombak. Kambing golek pun ada!

Promosi & pakej yang ditawarkan di Buffet Ramadhan Casa Ombak?

Tempahan boleh dibuat untuk individu, berkumpulan, berkeluarga mahupun untuk tempahan syarikat. Semuanya akan diuruskan untuk anda.

Dewasa : RM 55.00 seorang
Kanak-kanak : RM 27.00 seorang ( umur 5 – 12 tahun )

Pastinya harga yang ditawarkan adalah berbaloi dengan apa yang bakal anda nikmati.

Kepada anda yang ingin membuat tempahan Buffet Ramadhan Casa Ombak, boleh hubungi pihak Casa Ombak Sdn Bhd dengan segera di talian:

Call/Whatsapp : Akma Omar 013-2680001
Tel : 03 21818750
Call/Whatsapp : 013 624 1417
Call/Whatsapp : 012 662 1062
Facebook page : Ombak Creative page

Tempat solat yang selesa juga disediakan untuk muslimin dan muslimah.

Orang kuat Buffet Ramadhan Casa Ombak?

Jom kita kenali serba ringkas orang kuat di sebalik Casa Ombak. Anda boleh kenali mereka dengan lebih mesra di lokasi buffet Casa Ombak. Semuanya ramah-ramah belaka!

  • Ombak Creative adalah sebuah syarikat pengurusan majlis dibawah pengurusan Casa Ombak Sdn Bhd.
  • Telah menjalankan pengurusan majlis lebih 10 tahun. Sememangnya cukup cekap! Anda jangan risau jika ingin membuat tempahan syarikat. Pastinya terbaik!
  • Team Ombak Creative berpengalaman menguruskan katering, majlis perkahwinan, majlis koprat dan persendirian.
  • Lokasi kami terletak di Casa Ombak Banglo, No. 22 Jalan Damai off Jalan Ampang. Merupakan lokasi yang berkonsepkan ala taman yang cukup santai.

lokasi buffet ramadhan casa ombak kuala lumpur

Bersediakah anda merasai pengalaman santai berbuka puasa bersama insan tersayang di Casa Ombak? Rasai sendiri Buffet Ramadhan Casa Ombak – THIS IS SOMETHING DIFFERENT!

Contest Duit Raya Casa Ombak ini dianjurkan oleh AkmaOmar.com, ditaja oleh Pengurus Perkahwinan Ombak Creative, Lelaki Kacak, Roti Boom Asli, Custom Tshirt, Denaihati.com, Inspired Magazine, Profhariz.com, KitePunye.com, Zoncinta.com, Jawatan Kosong Kerajaan, Exam PTD