Belajarlah Untuk Redha…

Assalamua’laikum.
Redha. Redha ni maksudnya kita berlapang dada dalam setiap perkara yang Allah berikan kepada kita. Semua perkara termasuk peraturan Allah, qada’ dan sesuatu ketentuan untuk kita sama ada baik mahupun buruk. Kita takde rasa terpaksa atau dipaksa bila buat apa yang Allah tetapkan dan berlapang dada dalam setiap kebaikan dan keburukan yang kita terima. Inilah salah satu kecintaan dan kepatuhan kepada Allah s.w.t.
Belajarlah Untuk Redha
Sebagai peringatan khasnya untuk diri saya sendiri, saya kongsikan hadith Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Muslim. Maksudnya;
“Dan jika sesuatu kesusahan mengenaimu janganlah engkau berkata: Jika aku telah berbuat begini dan begitu, begini dan begitulah jadinya. Melainkan hendaklah kamu katakan: Allah telah mentaqdirkan dan apa yang ia suka , ia perbuat ! ” Kerana sesungguhnya perkataan: Andaikata… itu memberi peluang pada syaitan”.
Kita ni terkadang banyak rasa runsing dan risau dalam banyak perkara kehidupan sementara. Rasa sesak nafas tak cukup duit, rasa terbeban dengan lambakan kerja, ditambah macam-macam masalah lagi. Kita rasa macam tak kena.
Inilah masanya untuk saya terutamanya dan kita semua untuk muhasabah diri bahawa semua yang berlaku waima sehelai daun gugur pun adalah semuanya dalam perancangan Allah. Penting juga untuk terus berusaha, usaha dan usaha. Doa itu salah satu usaha kita. Jangan kita lupa yer…
Sentiasalah kita ucap ikut apa yang Baginda Rasulullah s.a.w ucap bila baginda mendapat berita baik, baginda ucapkan “Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatnya menjadi sempurnalah kebaikan”.
Bila Baginda s.a.w. dapat berita kurang senang, baginda ucap, ” Segala puji bagi Allah atas segala perkara”.

@hafizmd – Bila kita redha, kita akan rasa lapangnya dada…Allahuakbar!
redha bukan bermaksud mengalah
bukan juga bermaksud berhenti berusaha
Terbaik cikgu! terima kasih
Juga membawa maksud berlapang dada diatas ketentuan Allah SWT.
bagus entry ni, buat aku terfikir sejenak
sama2 kita hadam…ameen
Redha bermaksud kita sedar segalanya ditentukan oleh Allah
Terbaik. Sma2 kita redha dan sentiasalah berusaha dan berdoa
Setuju sangat supaya belajar redha dengan apa yang berlaku menjadikan kita lebih tabah dan cekal.
Itulah kejayaan yg boleh kita kecap hasil sabar..
terima dengan seadanya qada’ & qadar Allah…
tetapi harus diiringi dengan usaha dan doa…
hanya doa senjata orang mukmin…
Terima kasih boh utk peringatan ni..alhamdulillah
bila kita redha hidup akan terasa lebih tenang dan setiap perkara dapat dilalui dengan lebih mudah 🙂
Betul tu. Setiap benda pasti Allah dah tulis ketentuannya…doa dan doa doa dan doa
ya. Dah usaha, kena reda dan berdoa.
Setuju 100%
Apabila membaca entri ini, teringat pula petua DUIT…
D – Doa
U – Usaha
I – Ikhtiar
T- Tawakal
Ianya tetap berlandaskan keredhaan dalam berusaha…
peringatan untuk semua…terima kasih bro…!!!
Terim kasih kembali
aku pernah ceritakan kisah belajar untuk redha ni dalam artikel “belajar tinggi mana pun takan sama dengan gaji cristiano ronaldo”. apa yang bro cakap tu betul, kita belajar untuk mencari ilmu. jadi, redha lah semoga berlapang dada. aminn.
Terbaik! Niat menuntut ilmu kerana itulah suruhan agama. Yg lain datang kemudian.
terima kasih bro berkongsi pandangan
Kita redha dengan ujian kesenangan.tapi bolehkah kita redha dengan ujian kesusahan,kedukaan?
Dua ujian yg Allah beri..senang susah
Ok..terima kasih bro kongsikan..rasa lebih bersemangat sekarang ni..redha walaupun pahit ia tetap ada hikmahnya…
Benda yg kita tak suka tu mmg pahit, pahit tu ubat… =)
Mudah-mudahan hidup kita sentiasa diberkati oleh-Nya.
Peringatan untuk diri sendiri jg, terima kasih atas perkongsian yg brmanfaat ni 😉
tq atas ingatan..sedang dalam proses mendidik diri untuk redha..masih banyak lagi yang nak kene perbaiki ni..
belajar untuk redha,.belajar untuk menerima ketentuan,. tq dia atas peringatan ini..
Intinya tetap harus berdoa dan berusaha.
Pematangan diri dan pemahaman iman yang tinggi akan membentuk akhlak yang baik. Berperilaku yang sopan yang berpedoman kepada sunah rasul akan memberikan keselamatan…
Alhamdulillah hadir ujian. Tanda Allah sayang 😀
ridho bukan berarti pasrah,,,tapi usaha sampai batas kemampuan sisanya Allah
kita harus terus ikhlas melakukan sesuatu