Bersenam Sambil Bergaya Dengan Puma

Assalamua’laikum.
Puma. Antara jenama sukan terbaik dunia! Maka, sudah pasti anda biasa dengar jenama Puma. Betul tak? Mustahil tak tahu, sebab ianya amat dikenali di seluruh dunia dengan pemasaran produk melebihi 120 buah negara. Kalau ikut sejarahnya, ianya ditubuhkan pada tahun 1924 oleh Adolf dan Rudolf Dassler sebelum mereka mengambil keputusan untuk menubuhkan syarikat masing-masing pada 1948 iaitu Adidas dan Puma.
Jom sihat bergaya bersama Puma.
Syarikat yang berasal dari Jerman ini adalah sebuah syarikat multinasional yang menghasilkan kasut sukan, pakaian sukan dan aksesori untuk lelaki dan wanita yang menjalani kehidupan sihat dan aktif. Dengan pengalaman lebih daripada 80 tahun di dalam industri ini, Puma adalah antara jenama pakaian sukan yang menjadi kegemaran di seluruh dunia. Kita lihat saja deretan barisan pemain bertaraf antarabangsa yang menjadi duta mereka.
Antara nama-nama terkemuka industri sukan yang ditaja oleh Puma ialah seperti Pele, Diego Maradona, Cesa Fabregas, Rickie Fowler, Sergio Aguero, Radamel Falcoa, Olivier Giroud, Yaya Toure dan tak ketinggalan manusia terpantas abad ini, atlet Jamaican iaitu Usain Bolt.

Puma taja jersi Arsenal! Ini berita sensasi paling terkini. Bermula 1 Julai, Puma akan mengeluarkan jersi dan baju latihan untuk pasukan Arsenal termasuk semua barangan eksklusif Arsenal di seluruh dunia. Nampak tak betapa Puma semakin menjadi peneraju jenama sukan di dunia?
“Puma merupakan syarikat yang memiliki sejarah unggul dalam sukan bola sepak dan kami berbangga dapat menjalinkan kerjasama dengan mereka” – Ivan Gazidis, Ketua Pegawai Eksekutif Arsenal.
Koleksi baju sukan yang bermutu tinggi seperti Puma pastinya menjadi pilihan utama bagi mereka yang aktif bersukan. Selari dengan itu, Puma Malaysia amat terkenal sebagai sebuah jenama yang menawarkan koleksi sukan bermutu tinggi untuk pelanggan lelaki dan wanita mereka. Lebih menarik, sejak beberapa tahun kebelakangan ini ianya telah memperlihatkan beberapa perubahan yang cukup ketara dalam koleksi mereka. Rekaan Puma semakin menarik dan trendy daripada sebelum ini. Serius, koleksi baju sukan Puma sungguh menawan!
Bagi pemerhati dan peminat setia mereka, perubahan ini membawa satu dimensi baru buat sebuah jenama sukan. Ianya memperlihatkan jenama sukan tidak lagi berada di takuk yang lama, sekadar menghasilkan pakaian sukan yang ‘dull’ atau membosankan. Sebaliknya mereka berani mengambil inisiatif baru dengan menggabungkan elemen sukan serta trend fesyen terbaru untuk produk mereka.

Pakaian sukan dilihat lebih menarik dan sesuai untuk digunakan kerana direka menepati cita rasa setiap orang. Ini memberikan kelebihan buat mereka untuk lebih menonjol berbanding jenama lain. Bagi pembeli pula ini bermakna mereka mempunyai lebih pilihan dalam memilih sesuatu produk yang sesuai dengan personaliti mereka juga. Memang benar-benar memahami citarasa pelanggankan?

Shopping online koleksi Puma dengan cepat dan mudah!
Sekarang, semuanya mudah di hujung jari. Jika anda peminat koleksi kasut sukan Puma, dapatkannya secara online di Zalora Malaysia kerana mereka mempunyai koleksi yang cukup besar untuk aktiviti bola sepak, berlari, lifestyle, kasual, malah termasuk juga bag dan pakaian sukan lain.
Kini, anda tidak lagi perlu risau untuk membeli produk sukan kegemaran anda jika tidak dapat menjumpainya di kedai-kedai biasa. Jimatkan masa dan wang anda dengan beli-belah secara online. Shopping online adalah jauh lebih mudah dan anda dapat menikmati pelbagai tawaran hebat di www.zalora.com.my serta dapatkan info fesyen terkini di The Style Loft Zalora juga.
Apa tunggu lagi? Jomlah sihat bersenam bergaya dengan Puma!
@hafizmd – Baru ada sehelai baju Puma, itu pun dah lama beli tapi masih ‘sedap’ dipakai. Memang puas hatilah dengan Puma!
seumur hidup tak pernah beli ini barang huhu…rasa kalau nak dapat molek beli di zalora ada banyak pilihan boleh buat.
pst..hujung minggu boleh cuci mata lama sikit di internet
bolehlah sesekali mencuba… =)
suka dengan logo puma
ada potongan harga ke, bro?
hoho…tak pasti plak..hehe
logo di garang ooo
puma brand berjenama femes tu. rugi kalau tak beli kan. so far, tak pernah lagi aku beli kat zalora, biasa takat kasut tu kat Al Ihsan je beli.
Mmg femes.Maklumlah, ramai juga atelt hebat yg ditaja PUMA
Memang bergaya kalau mengenakan jenama sukan yang berjenama.
Rasa lebih rajin nanti..hee
Assalamualaikum bro.
Brand PUMA memang salah satu brand kegemaran kawan.Harganya pun boleh lah kita memikirkan untuk membeli produknya.Sekarang PUMA pun banyak keluarkan design dan rekaan produk baju,kasutnya yang sgt menarik.
Waa’laikumussalam
Memang menarik…kacau jiwa betullah design puma ni..
Tak pernah lagi beli barangan sukan puma, biasa beli jenama adidas saja…adik beradik mereka juga…
Puma pun semakin menunjukkan taring…nak2 baju sukan ngn kasut sukan PUMa
Brand yg dulunya senyap seketika..kemudian mereka timbul dengan menaja pelbagai pasukan serta model2 yanh terkini..kini jenama ini mampu untuk bersaing dengan jenama2 terkemuka yang lain..
Kembali bersaing!
puma dikira branded dalam pasaran dunia…
Mau tak branded bro…atelt power2 tu yg ditaja
nampaknya Puma hendak kembali bersaing dengan jenama sukan popular seperti Nike dan Adidas…
Betul tu. Sekarang ni, PUMA nombor 3 belakang Nike dan Adidas
Emm ingt kisah masa zaman sekolah dulu..kasut puma ni lah yang membuatkan saya merajuk dengan mak..yer la..mak masa tu mana mampu nak beli kasut macam ni..haha..bila dah besar ni, tak rasa nak pakai pulak..emm betul tu..sekarang ni hujung jari aje..sediakan kos secukupnya..haha
hahaha..kuat ngajuk mase kecik2..keh3…
itulah..semuanya mudah, tapi paling penting jgn kita ambil mudah
jenama terkenal macam ni memang lumrahnya mahal.
Sebab itu saya guna BATA sahaja 🙂
BATA pun ok gak..tp nak lagi ok…kasut2 yg berjenama…bukan apa, jahitan lebih kemas dan tahan lasak
vote for adidas!
eh..puma! 🙂
hohoho…jgn silap yer…haha
tak pasti ada tak koleksi PUMA..
dulu agak popular masa zaman sekolah
p/s: advertorial ke ni?hehe
ce tgk gobok jap..mana tau…ada
hehehehe
hoho..beli baju puma la plakk. hehe
belum lagi…hehe
saya xkisah sgt psl jenama brg2 sukan ni sbb saya jenis xsuka sukan.. hahha
tp masa sekolah dulu, boleh minat plak dkt adidas… kikikii
adidas pun adik beradik puma gak.dua2 best
dulu-dulu seluar jeans puma pun ada, sekarang macam takde atau tak jumpa…brang besar macam ni tak risau pasal qualiti dan ketahanannya, dah terbukti dan dah lama wujud.
Sekarang PUma dah rebranding lain agaknya
Kualiti mmg terbaiklah
minat gak ngan jenama puma nih…ada sepasang kasut lari usain bolt, buat jogging petang2…hehe…
Best tu…brang jenama macam ni, mmg puas hati..tahan lama..tu yg penting