Bersenam Sambil Bergaya Dengan Puma

topi dan kasut puma

Assalamua’laikum.

Puma. Antara jenama sukan terbaik dunia! Maka, sudah pasti anda biasa dengar jenama Puma. Betul tak? Mustahil tak tahu, sebab ianya amat dikenali di seluruh dunia dengan pemasaran produk melebihi 120 buah negara. Kalau ikut sejarahnya, ianya ditubuhkan pada tahun 1924 oleh Adolf dan Rudolf Dassler sebelum mereka mengambil keputusan untuk menubuhkan syarikat masing-masing pada 1948 iaitu Adidas dan Puma.

Jom sihat bergaya bersama Puma.

Syarikat yang berasal dari Jerman ini adalah sebuah syarikat multinasional yang menghasilkan kasut sukan, pakaian sukan dan aksesori untuk lelaki dan wanita yang menjalani kehidupan sihat dan aktif. Dengan pengalaman lebih daripada 80 tahun di dalam industri ini, Puma adalah antara jenama pakaian sukan yang menjadi kegemaran di seluruh dunia. Kita lihat saja deretan barisan pemain bertaraf antarabangsa yang menjadi duta mereka.

Antara nama-nama terkemuka industri sukan yang ditaja oleh Puma ialah seperti Pele, Diego Maradona, Cesa Fabregas, Rickie Fowler, Sergio Aguero, Radamel Falcoa, Olivier Giroud, Yaya Toure dan tak ketinggalan manusia terpantas abad ini, atlet Jamaican iaitu Usain Bolt.

Zalora Malaysia Puma
Usait Bolt & Puma

Puma taja jersi Arsenal! Ini berita sensasi paling terkini. Bermula 1 Julai, Puma akan mengeluarkan jersi dan baju latihan untuk pasukan Arsenal termasuk semua barangan eksklusif Arsenal di seluruh dunia. Nampak tak betapa Puma semakin menjadi peneraju jenama sukan di dunia?

“Puma merupakan syarikat yang memiliki sejarah unggul dalam sukan bola sepak dan kami berbangga dapat menjalinkan kerjasama dengan mereka” – Ivan Gazidis, Ketua Pegawai Eksekutif Arsenal.

Koleksi baju sukan yang bermutu tinggi seperti Puma pastinya menjadi pilihan utama bagi mereka yang aktif bersukan. Selari dengan itu, Puma Malaysia amat terkenal sebagai sebuah jenama yang menawarkan koleksi sukan bermutu tinggi untuk pelanggan lelaki dan wanita mereka. Lebih menarik, sejak beberapa tahun kebelakangan ini ianya telah memperlihatkan beberapa perubahan yang cukup ketara dalam koleksi mereka. Rekaan Puma semakin menarik dan trendy daripada sebelum ini. Serius, koleksi baju sukan Puma sungguh menawan!

Bagi pemerhati dan peminat setia mereka, perubahan ini membawa satu dimensi baru buat sebuah jenama sukan. Ianya memperlihatkan jenama sukan tidak lagi berada di takuk yang lama, sekadar menghasilkan pakaian sukan yang ‘dull’ atau membosankan. Sebaliknya mereka berani mengambil inisiatif baru dengan menggabungkan elemen sukan serta trend fesyen terbaru untuk produk mereka.

topi dan kasut puma
Cool betullah design Puma!

Pakaian sukan dilihat lebih menarik dan sesuai untuk digunakan kerana direka menepati cita rasa setiap orang. Ini memberikan kelebihan buat mereka untuk lebih menonjol berbanding jenama lain. Bagi pembeli pula ini bermakna mereka mempunyai lebih pilihan dalam memilih sesuatu produk yang sesuai dengan personaliti mereka juga. Memang benar-benar memahami citarasa pelanggankan?

beg baju jenama puma
Memang makin kacak bergaya dengan Puma!

Shopping online koleksi Puma dengan cepat dan mudah!

Sekarang, semuanya mudah di hujung jari. Jika anda peminat koleksi kasut sukan Puma, dapatkannya secara online di Zalora Malaysia kerana mereka mempunyai koleksi yang cukup besar untuk aktiviti bola sepak, berlari, lifestyle, kasual, malah termasuk juga bag dan pakaian sukan lain.

Kini, anda tidak lagi perlu risau untuk membeli produk sukan kegemaran anda jika tidak dapat menjumpainya di kedai-kedai biasa. Jimatkan masa dan wang anda dengan beli-belah secara online. Shopping online adalah jauh lebih mudah dan anda dapat menikmati pelbagai tawaran hebat di www.zalora.com.my serta dapatkan info fesyen terkini di The Style Loft Zalora juga.

Zalora Malaysia Puma

Apa tunggu lagi? Jomlah sihat bersenam bergaya dengan Puma!

@hafizmd – Baru ada sehelai baju Puma, itu pun dah lama beli tapi masih ‘sedap’ dipakai. Memang puas hatilah dengan Puma!