Celoteh Hariz #1 Hariz Nak Baby!
Assalamua’laikum.
Alkisahnya bermula bila saya saje test skill buat ayat anak nombor 2, Hariz. Nak banyakkan lagi sel-sel neuronnya bersambung. Barulah lebih cepat tangkap ilmu-ilmu baru. Ok. Sebenarnya, ini kali pertama saya tampilkan Hariz dalam ruangan CELOTEH.
Celoteh Hariz #1 Hariz Nak Baby!
“Adik Hariz, adik nak baby tak?” saya saje tanya.
“Nak…adik nak baby,” laju pulak Hariz ni jawab. Macam eksited sangat bunyinya…hohoho
“Ok. Kalau camtu, adik Hariz nak baby boy ke baby girl?” saya tanya lagi. Nak tengok, dia nak kawan yg macam Kakak ke atau macam dia, boy.
“Ermmmmm…adik nak baby KUCING,” ini jawapan Hariz penuh keterujaan.
Baby kucing? Patutlah Hariz sebut nak 4 baby sekaligus minggu lepas!
Berpeluh juga ambe dengar masa tu. Rupanya baby kucing…hahahahaha
Oklah. Sekadar hiburan santai untuk korang semua. Jangan kita lupa untuk sentiasa borak-borak dengan anak-anak. Banyak benda yang mereka nak cerita sepanjang mereka tak jumpa kita seharian. Jadi, walaupun kita penat, luangkan masa kita untuk dengar celoteh mereka.
Kalau bukan kita yang dengar, siapa lagikan?
Sebelum ni, biasanya Kakak yang selalu ambil ruang ini dengan celotehnya yang banyak kali buat kami suami isteri tergelak dan bersyukur betapa cekap dan petahnya Kakak berbicara. Antara celoteh Kakak yang boleh dibaca ialah;
@hafizmd – Memang kadang-kadang penat kerja, kita lupa dan buat -buat lupa nak layan anak-anak, tapi ingatlah…anak-anak harta kita yang paling bernilai! Bukan setakat di dunia, malah di akhirat jua.
masa yang berkualiti, adalah masa bersama anak-anak
Setuju…ini yg penting
Terbaik sheikh..
Moment best masa dengan anak2x yg masih kecil lagilah
Tengok ragam dan keletah anak2x..
Cuba tanya anak nak mummy angkat tak?
Kih3x
Alhamdulillah.
hahahahaha…bab mummy angkat tu…hahahahaha
uih, yg ni memang tak boleh ni.. tak patut… hehe
@fieza….hehehhehehe
blom nak adik lagi la tu 🙂
kanak2 mmg suka dgn kucing 🙂
hehe…kucing mmg cute
memang kenal dengan kopi tu…heeee. bolehlah dah tu cepat-cepat…
hohoho..kopi sis nurmisnan mmg glamer..
insyaAllah..ameen
wakakaka….
anak maza sedang mabuk nak membela arnab.. siang tadi dia sudah paw atuknya beli arnab.. mujur arnab mainan sahaja.. kalau arnab hidup, haderkkk…sengal juga gigi ni.. huhuhu
keh3…arnab ok gak…tp arnab betul macam leceh sikit nak jaga…nak2 tmpat tak cukup tanah nie…hoho
sesibuk macam mana pun kita perlulah melayan kerenah anak-anak…
Betul tu. kalau tak, dgn sape mereka nak main? betul tak bro?
betul.
Jangan lupa, selalu semak kerja sekolah anak-anak..
Betul tu. Jgn nak harap cikgu 100%
alahai… baby kucing yg dia nak.. huhu~
hahaha..tp dia sebenarnya takut kucing…
memang dah sampai masa tu untuk bagi adik…
insyaAllah..moga dimurahkan rezeki..ameen =)
Seronok melayan si kecil. Mereka ini spontan memberi jawapan. 🙂
Jawapan spontan tu yg buat kita gelak tu..hehe
Hahahaha..4 baby sekaligus..memang termenun jauh mak ayahnya…hahahahahaha..buleh dah tu bagi adik tu..haha
hahaha…mau tak berpeluh…hahahaha
insyaAllah…moga dimurahkan rezeki ni…ameen
ya kena keluarkan juga mencari kucing eee..cari betina dan jantan ok jer tu..haaaa 😛
ha boleh sangat ya admin mesti senyum kiri dan kanan
saya suka melayan ..sakat tapi dia minta adik betul2 punya bukan macam bro hafiz tu.adik lelaki pening hoo nak jawab.