Piala FA 2014. Giliran Pasukan Mana Disingkir?

Assalamua’laikum.
Piala FA 2014. Minggu lepas, aku tak sempat sangat nak tengok game Piala FA. Ada 2 game minggu lepas. Pahang menang bergaya singkirkan Lions XII di gelanggang kebal mereka. 1 game lagi, cukup panas! JDT vs T-Team. Tak sempat habis, terpaksa ditangguhkan dulu selepas ada insiden yang tak best berlaku sebaik saja tamat separuh masa pertama!
Jadual Piala FA 4 Februari 2014
1. Jom kita tengok dulu jadual Piala FA. Petang ni dah ada game.
Selangor | 0:1 | Sarawak |
Sel PKNS FC | 20:45 | Terengganu |
Kedah | 20:45 | Perlis |
Pulau Pinang PBAPP FC | 20:45 | PDRM |
Kelantan | 20:45 | Sabah |
Sime Darby | 20:45 | KL Felda United FC |
2. Siaran langsung?
- Selangor vs Sarawak (Astro Arena 801, 4.45 petang)
- Kelantan vs Sabah (Astro Arena 801 8.45 malam)
- PKNS vs Terengganu (RTM 1, 8.45 malam)
3. Nampak tak. Kalau Sarawak & Sabah menang malam ni, memang sejarah dapat singkirkan ‘tailong’ Liga Super! Memang best live Piala FA hari ni…yeahhhh
4. Aku harap, Terengganu menang malam ni. Tak kisahlah berapa gol, janji menang. Itu ajer.
JDT vs T-Team. Apa dah jadi?
1. Insiden panas yang aku rasa tak sepatutnya berlaku dalam era bola sepak profesional. Aku sempat tengok video panas “pergaduhan” dalam terowong selepas tamat 1st half tu. Ada yang kata ini konspirasi nak jatuhkan JDT dan TMJ. Entahlah. Korang rasa camne?
2. Ada yang kena tumbuk? Inilah yang paling panas. Di laman sosial, aku dah nampak bibit-bibit kebencian antara peminat dua pasukan ni. Memang tak best langsung gaduh-gaduh weh! Apa barang sebab bola kita maki caci antara kita? Rileks sudahlah. Aku tak nampak apa yang berlaku, sebab video yang ada tunjuk pun tak jelas. Tapi, 4 laporan polis dah dibuat. Jadi, kita tunggu ajerlah apa sudahnya.
3. Mana semangat kesukanan peminat bola sepak Malaysia? Jangan gaduh-gaduh sebab bola. Main bola dan kita minat bola, buatkan kita bersatu seluruh Malaysia. Bukan caci maki ikut sedap mulut korang jer. Ingat yer.
@hafizmd – Bola sepak tetap jadi sukan nombor 1 Malaysia, tapi cerita rasuah dan gaduh-gaduh sesama peminat ni yang boleh rosakkan kemeriahan sukan ni…hohoho
Isu tumbuk tu dah kira serious allegation. Oleh itu, biarlah pihak polis yang menyiasatnya. Tambahan pula, T-Team dikatakan telah membuat lapuran polis mengenai hal tersebut. Oleh itu, semua pihak harus memberi kerjasama pada polis agar kes ini dapat diselesaikan. Setakat ini video yg ditayangkan agar kurang jelas utk buat kesimpulan.
Itulah. Dah masuk balai. Ada peguam segala bagai. Mmg serius…kacau betullah. Bila nak settle ni..
Video mmg tak jelas…tak nampak apa2 pun
entahlah kalau membabitkan JDT mesti ada saja yg tak kena..pening arr..
Itulah. Pening ar..
Aku tak pahamlah kenapa harus bertumbuk
Tahu tak mereka
Bolasepak itu ialah untuk bersatu,bukan untuk berpecah
Aku pun tak faham. Main bola jer pun. Relaks sudahlah
haderkk.. kalau mau gaduh2.. baik main guli sorang2 di tengah2 padang sana lah.. huhuhu
pasal bola sampai nak bertumbuk.. aderkkkk
hahaha…main guli lagi bagus…
pasal bola jer, peminat pun gaduh..entah ape2 jer
macam-macam cerita. tak tahu mana satu yang betul..
Dah masuk bab main tuduh-tuduh plak dah..haru betullah jdt vs t-team ni
terpaksa bergantung pada PKNS Selangor ajelah nampak gayanya. Abang besar sudah kalah tadi..
Tahniah adik kecik…ceh!
yehh..PKNS sudah menang!
tak best sungguh kalau gaduh-gaduh luar padang…
gaduhlah atas padang…huhu
nanti tengok siapa benar siapa silap…
hahaha..tu yg tak best tu..sekarang dah masuk balai..haru betullah
Emm PKNS sekarang ni nampak semakin menjadi..hehe
Tensen ambe….haha