Live Streaming JDT vs Pahang 5 Mei Separuh Akhir Piala FA 2014
Assalamua’laikum. Live Streaming JDT vs Pahang 5 Mei Separuh Akhir Piala FA 2014. Aksi panas JDT vs Pahang tahun lalu pasti masih dikenang oleh kedua-dua penyokong. Boleh ke Pahang cari bekalan selesa malam ni di Larkin? Atau JDT bakal mengganas membedil gawang Pahang?
Keputusan terkini: JDT 1 vs Pahang 1 (Full time)
Gol dihasilkan oleh Luciano Figueroa melalui satu set piece menarik hasil tendangan percuma Safiq Rahim.
Gol Pahang dijaringkan Matias Conti. Juga hasil 1 set piece yang ditanduk kemas oleh Damion kemudian disambar tangkas Matias untuk jaringan penyamaan.
Minit 42: Kecoh! Mahali dikasari Damion. Mat Yo campur tangan. Macam nak gaduh jer! Kad kuning untuk Mat Yo & Saifulnizam. Damion terselamat!
Minit 45: Antonia hampir menjaringkan gol kedua. Sayang tandukan tersasar.
-Tamat separuh masa pertama: JDT 1 vs Pahang 1-
Live streaming & keputusan terkini JDT vs Pahang 5 Mei
Klik –> Tonton live streaming Johor DT vs Pahang 8.45 malam | 5 Mei
Siaran langsung di Astro Arena 801 & RTM 1
1. Pahang dengan magis coach Zainal Abidin Hassan. Aku yakin, malam ni pasti Pahang bermain serang habis-habisan untuk cari gol awal. Jika Pahang dapat gol awal, JDT pasti tertekan. Damion Stewart pasti jadi pertahanan paling sibuk malam ni.
2. Penyerang Pahang. Matias Conti dan ‘orang besi’ Dickson Nwakaeme paling banyak menyusahkan barisan pertahanan lawan musim ni. 2 orang ni top 3 penjaring terbanyak Liga Super selain nombor 1 milik Paulo Rangel. Keupayaan Dickson menggelecek dan kehebatan tandukan Matias Conti mampu menjadi ingauan ngeri JDT!
3. Hafiz Kamal. Nama yang semakin naik sekarang ni. Makin menjadi selepas dipanggil menyarung jersi skuad kebangsaan. Mampukah Hafiz Kamal beraksi penuh bertenaga?
Senjata baru Johor DT!
Marcos Antonio Elias Santos dan Jorge Pereyra Diaz. Senjata baru JDT. 2 pemain yang menggantikan Pablo Aimar dan Baihakki Khaizan. Mungkinkah ada aksi samba malam ni? Apakah Damion Stewart dan barisan pertahanan Pahang bakal terpaku dengan ‘tarian’ dan larian samba?
Perlawanan Johor DT vs Pahang pastinya menjanjikan perlawanan yang menghiburkan peminat bola sepak tanahair.
Ayuh semua penyokong, jaga disiplin masing-masing dan jangan memalukan sukan bola sepak Malaysia dengan tindakan luar kawalan korang!
@hafizmd – Aku rasa, keputusan JDT vs Pahang malam ni berkesudahan dengan seri 2-2 =)
masih rancak melayan bola tak tidur malamlah jawabnya heee..
Ok. Jika tiada aral melintang atau awek menggoda, kawe duduk depan TV malam ni. Come Man Utd.. errr tak de ke?
Bagus2…hehe
Manu? Errrrm
Hahaha..malam ni main elok-elok yer..semoga berjaya..haha
luaskan kuasamu JDT… u can do it ^_^
mesti sengit prlawanan malam ni..
luaskan kuasamu JDT, seri pula … berat sikit misi lepas ni…
Main di Kuantan nnti mmg lebih perit.
Apapun..hrp takde insiden mcm tahun lepas..
keputusan perlawanan malam ni seri pula
bagus juga game tadi
kedua pasukan sama hebat
Best. Sesuai dh jadi top team
aisehh..seri aje hari ini..
Gua suka 2 team ni seri..hehe
he.. namapun seri jadi team seri-seri
Ok, kawe dah tengok malam tadi. Tak impress dengan Marcos Antonio Elias Santos dan Jorge Pereyra Diaz yet. Mungkin belum serasi lagi. Luciano had a poor game by his standard biarpun dia score. Work-rate dia bagus tetapi mungkin dia tertinggal boot scoring di rumah. Mungkin JDT should have brought satu lagi striker berkualiti utk partner Luciano. Bagus beli Conti je. Proven goal scorer! Di bahagian tengah Safiq Rahim, Nazrin Nawi dan Haris Harun sudah cukup bagus tu. Tak perlu ubah lagi. Hmmm.. kawe rasa ler ahak ahak.. apa-apa pun entertaining game sbb rancak dan pantas biarpun 1-1.
Nice analysis bro. Mybe 2 player import tu tak serasi lg. Mungkinlah.
Safiq nmpak bagus passing dia. Mcm dah buat comeback jer.
Conti mmg terbaik!
Main di Darul Makmur lepas ni..harap Pahang akan manfaatkan main tempat sendiri..
Pahang punya kelebihan jaringan di tempat lawan sekarang..
best tgk perlawanan semalam, babak kedua baru rancak