Piala FA 2014. Giliran Pasukan Mana Disingkir?

keputusan terkini selangor vs terengganu 4 mei 2014

Assalamua’laikum.

Piala FA 2014. Minggu lepas, aku tak sempat sangat nak tengok game Piala FA. Ada 2 game minggu lepas. Pahang menang bergaya singkirkan Lions XII di gelanggang kebal mereka. 1 game lagi, cukup panas! JDT vs T-Team. Tak sempat habis, terpaksa ditangguhkan dulu selepas ada insiden yang tak best berlaku sebaik saja tamat separuh masa pertama!

Jadual Piala FA 4 Februari 2014

1. Jom kita tengok dulu jadual Piala FA. Petang ni dah ada game.

Selangor 0:1 Sarawak
Sel PKNS FC 20:45 Terengganu
Kedah 20:45 Perlis
Pulau Pinang PBAPP FC 20:45 PDRM
Kelantan 20:45 Sabah
Sime Darby 20:45 KL Felda United FC

2. Siaran langsung?

  • Selangor vs Sarawak (Astro Arena 801, 4.45 petang)
  • Kelantan vs Sabah (Astro Arena 801 8.45 malam)
  • PKNS vs Terengganu (RTM 1, 8.45 malam)

3. Nampak tak. Kalau Sarawak & Sabah menang malam ni, memang sejarah dapat singkirkan ‘tailong’ Liga Super! Memang best live Piala FA hari ni…yeahhhh

4. Aku harap, Terengganu menang malam ni. Tak kisahlah berapa gol, janji menang. Itu ajer.

JDT vs T-Team. Apa dah jadi?

1. Insiden panas yang aku rasa tak sepatutnya berlaku dalam era bola sepak profesional. Aku sempat tengok video panas “pergaduhan” dalam terowong selepas tamat 1st half tu. Ada yang kata ini konspirasi nak jatuhkan JDT dan TMJ. Entahlah. Korang rasa camne?

2. Ada yang kena tumbuk? Inilah yang paling panas. Di laman sosial, aku dah nampak bibit-bibit kebencian antara peminat dua pasukan ni. Memang tak best langsung gaduh-gaduh weh! Apa barang sebab bola kita maki caci antara kita? Rileks sudahlah. Aku tak nampak apa yang berlaku, sebab video yang ada tunjuk pun tak jelas. Tapi, 4 laporan polis dah dibuat. Jadi, kita tunggu ajerlah apa sudahnya.

3. Mana semangat kesukanan peminat bola sepak Malaysia? Jangan gaduh-gaduh sebab bola. Main bola dan kita minat bola, buatkan kita bersatu seluruh Malaysia. Bukan caci maki ikut sedap mulut korang jer. Ingat yer.

@hafizmd – Bola sepak tetap jadi sukan nombor 1 Malaysia, tapi cerita rasuah dan gaduh-gaduh sesama peminat ni yang boleh rosakkan kemeriahan sukan ni…hohoho