#CakapYangBaikSaja Memadukan Hati Manusia!

#saysomethingnice dengan lidah

Assalamua’laikum.

#CakapYangBaikSaja. Bercakaplah perkara yang elok-elok. InsyaAllah kita akan jadi lebih positif. Lidah kita ni bukan senang nak jaga. Kerana lidah kita yang tebalnya tak sampai seinci, hubungan keluarga boleh putus. Bak pepatah “kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.” Inilah kuasa lidah yang Allah berikan sebagai satu senjata yang boleh menjadi madu dan racun bukan saja kepada tuannya malah kepada telinga yang mendengarnya!

Lidah ‘Memadukan’ Hati Manusia

 Benar. Kerana lidah, banyak benda boleh selesai dengan baik dan aman. Sebab kerana lidah jugaklah, perkara kecil seperti kucing jiran sebelah termakan seekor ikan kering yang dijemur pun, boleh bertukar menjadi drama tragedi terhebat tahunan.

#saysomethingnice blog

Kerana lidah jugaklah, ada adik-beradik tak bertegur sapa. Ini bukan auta, tapi fakta yang anda boleh perhati dalam-dalam di sekeliling malah mungkin terjadi dalam keluarga kita juga.

Lidah. Satu struktur antara dua tulang dagu yang mampu menyebabkan kita terjerumus ke dalam neraka Allah. Wanau’zubillah. Ini ambe bukan ambe reka-reka, ianya disebut sendiri oleh Rasulullah SAW;

“Siapa yang menjamin bagiku apa yang ada diantara dua tulang dagunya (lidah) dan apa yang ada di antara dua kakinya (kemaluannya), maka aku menjaminnya syurga.” ~ HR. Bukhari, At-Tirmidzi dan Ahmad

Lidah juga mampu melunakkan hati-hati manusia yang keresahan. Lidah yang banyak mengalunkan zikir kepada Allah dalam apa jua bentuk sekalipun, insyaAllah mampu melegakan segala kesakitan dan keresahan jiwa kita.

Kalimah Laailaha illallah mampu diucap hanya dengan pergerakan lidah tanpa melibatkan pergerakan bibir! Cubalah sekarang…

Tidakkah ini satu petanda lidah benar-benar mampu menjadi sumber “madu” terbaik buat hati-hati kita yang bernama manusia? Gunakanlah lidah sebaik mungkin. Memang tepat masanya apa jua kempen yang ada di laman sosial seperti kempen #SaySomethingNice sempena Merdeka. Kita panjangkan kempen ni sepanjang masa selagi kita boleh bercakap =)

Pakat sama-sama kita didik lidah kita sendiri. Lidah orang, jangan sibuk nak kacau yer….hehehe

@hafizmd – #CakapYangBaikSaja pasti memberi tonik positif buat diri kita. Entri ni khas ambe tujukan buat diri sendiri. Jika ada baiknya, Alhamdulillah. Jika kurang, tegurlah ambe yer =)