Assalamua’laikum.

Yes. Tahniah Malaysia menang 2-1 kalahkan Myanmar. Sejak separuh masa pertama lagi, kelibat Wan Zack dan Junior benar-benar menyusahkan benteng pertahanan Myanmar. Wan Zack cukup cemerlang malam ni dengan 2 tendangan hampir masuk. 1 kena palang, 1 kena tiang. Terbaiklah!

Harimau Muda A

Jaringan pertama oleh Irfan hasil sondolan (baca:tandukan) Junior memang cukup cantik. Set-piece hasil sepakan percuma yang diambil oleh Wan Zack memang cukup menarik. Serius, memang cantik set-piece ni. Gol ni memang berbaloi!

Gol kedua hasil sepakan percuma oleh Wan Zack membuktikan dia berbaloi berkelana ke Jepun. Memang bestlah! Puas hati dan tahniah buat jurulatih Ong Kim Swee dan barisan pemain Harimau Muda A. Barisan pertahanan juga cukup kental menahan asakan. Memang ketatlah korang jaga! Best!

Klik Untuk tonton video jaringan Irfan Fazail & Wan Zack!

Akhir kata, tahniah Harimau Muda A. Kita tunggu perlawanan terakhir menentang Thailand nanti.

@hafizmd –  Malaysia selangkah ke akhir Pestabola Merdeka!

Published by Hafizmd

Artikel ditulis berdasarkan pengalaman peribadi dan juga melalui pembacaan. Sebarang kehilangan, kerosakan dan komen pembaca adalah tanggungjawab anda. Dapatkan bantuan pakar berkaitan jika memerlukan khidmat nasihat yang tepat. Jika entri ini bermanfaat, mohon 'Like, Tweet & G+' kepada rakan anda. Terima kasih dan selamat membaca.