Malaysia vs Myanmar Pestabola Merdeka 2013!

Assalamua’laikum.
Malaysia vs Myanmar 9 September. Amacam? Puas hati tak Malaysia menang 1-0 dengan Singapura? Keseluruhannya, ambe rasa banyak lagi yang Malaysia mampu tunjukkan petang tu, cuma keadaan padang bak bendang membataskan pergerakan bola dan pemain. Namun, kelibat ketua pasukan Irfan Fazail, Wan Zack dan Putera Nadher cukup menarik dan mengujakan!
Malaysia U-23 vs Myanmar U-23 Pestabola Merdeka
Malam ni, perlawanan kedua Malaysia vs Myanmar pasti tertumpu kepada serangan pantas barisan Myanmar dan kekentalan barisan pertahanan Malaysia. Mungkin jurulatih Ong Kim Swee akan bermula dengan line-up yang sedikit berbeza berbanding semasa perlawanan menentang Singapura Sabtu lalu.
Nik Shahrul Azim pastinya akan dikerah habis-habisan malam ni. Kelibat Junior Eldstal (Putera Nadher Amarhan Maderner) yang nampak ada di mana-mana pasti merunsingkan barisan tengah dah serangan Myanmar. Tak sabor ambe nak tengok lagi kelibat mamat sorang ni. Cukup rajin turun naik!
Wan Zack pulak kena “marah” dengan sebilangan penyokong Malaysia yang tak tahan dengan perangainya yang suka bermain secara solo. Apa nak buat, memang mamat ni cukup bagus dengan bola di kakinya. Tak kisahlah, selagi peluang ada untuk score, ambe pun akan tendang bola ke arah gol lawan. Peluang depan mata, seorang pemain bola memang teruja habis! Akhirnya, perlawanan pasti juga tertumpu kepada kapten Malaysia U-23, Irfan Fazail yang banyak menggerakkan bola ke depan untuk menghasilkan jaringan. Gandingan Irfan-Nazmi cukup serasi!
Siaran langsung dan live streaming
Jangan lupa, malam ni ada siaran langsung Malaysia vs Myanmar di TV9 dan Astro Arena 801. Link live streaming boleh ke link ini –> Malaysia vs Myanmar.
@ hafizmd – Malaysia U-23 vs Myanmar U-23 Pestabola Merdeka. Malaysia menang 3-1 malam ni. InsyaAllah.
yap. moga dapat kemenangan kedua.
ameen..dah menang…dapat masuk final plak
harap Myanmar menjadi mangsa kedua…
benar bagai didoa…jd mangsa dah
tunggu perlawanan malam nanti
yeahh! malaysia boleh
Hehe.tahniah buat pasukan Malaysia..semoga usaha lagi keras ekk..
yeah! mesti kerja keras
terbaik punya ulasan..boleh diundang untuk menjadi pengulasan sukan dalam TV
hohoho…jauh lagi bro…ambe sikit2 jer boleh ulas, lebih2 tak reti
tengok kejap masa lawan dengan Singapura…boleh gelak bila pemain dia tahan dengan tangan…dapat kad merah terus
pandai dia elak gol…hohoho
bleh makan mlm ni, pacak depan tv skit sambil mkn kerepek.
makan kerepek hati2 bro..jgn tercekik
Dah siap dengan kacang tanah nak menonton di bilik hotel – status dalam tempoh traveling kerja.
terbaik! sambil travel pun smpat layan bola…terbaiklah bro
wan zack mmg dh style begitu.
mmg suka main solo..tp takpelah…sbb dia mmg power
ya allah ku bermohan kepada mu supay akau manangkanlah pasukan malaysi..
ameen
tahniah harimau muda berjaya benamkan myammar 2-1.
alhamdulillah…moga jadi juara edisi pestabola kali ni
Paling menarik untuk skuad kali ni adalah kehadiran Junior Eldstal, belum pernah dalam sejarah bola sepak alaf baru Malaysia ni mempunyai pemain yang rajin. Faham-faham aje lah, pemain-pemain Malaysia dalam ‘era melingkup’ macam sekarang ni rata-ratanya berat ponggong.
Setuju. Junior mmg cukup menonjol. Tak sia2 coach Ong ambil dia.
Moga juara dan meningkat prestasi skuad harimau muda A
Awal, kawe dah ready depan goal..oppss depan TV utk tengok bola semalam… 😀
terbaik! ni dah ready ganti keeper ni…keh3
tengok kejap pastu tido hahaha beselah tengok sorang2 kan