#CakapYangBaikSaja Memadukan Hati Manusia!

- 11 September 2013Agama

Assalamua’laikum.

#CakapYangBaikSaja. Bercakaplah perkara yang elok-elok. InsyaAllah kita akan jadi lebih positif. Lidah kita ni bukan senang nak jaga. Kerana lidah kita yang tebalnya tak sampai seinci, hubungan keluarga boleh putus. Bak pepatah “kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.” Inilah kuasa lidah yang Allah berikan sebagai satu senjata yang boleh menjadi madu dan racun bukan saja kepada tuannya malah kepada telinga yang mendengarnya!

Lidah ‘Memadukan’ Hati Manusia

 Benar. Kerana lidah, banyak benda boleh selesai dengan baik dan aman. Sebab kerana lidah jugaklah, perkara kecil seperti kucing jiran sebelah termakan seekor ikan kering yang dijemur pun, boleh bertukar menjadi drama tragedi terhebat tahunan.

#saysomethingnice blog

Kerana lidah jugaklah, ada adik-beradik tak bertegur sapa. Ini bukan auta, tapi fakta yang anda boleh perhati dalam-dalam di sekeliling malah mungkin terjadi dalam keluarga kita juga.

Lidah. Satu struktur antara dua tulang dagu yang mampu menyebabkan kita terjerumus ke dalam neraka Allah. Wanau’zubillah. Ini ambe bukan ambe reka-reka, ianya disebut sendiri oleh Rasulullah SAW;

“Siapa yang menjamin bagiku apa yang ada diantara dua tulang dagunya (lidah) dan apa yang ada di antara dua kakinya (kemaluannya), maka aku menjaminnya syurga.” ~ HR. Bukhari, At-Tirmidzi dan Ahmad

Lidah juga mampu melunakkan hati-hati manusia yang keresahan. Lidah yang banyak mengalunkan zikir kepada Allah dalam apa jua bentuk sekalipun, insyaAllah mampu melegakan segala kesakitan dan keresahan jiwa kita.

Kalimah Laailaha illallah mampu diucap hanya dengan pergerakan lidah tanpa melibatkan pergerakan bibir! Cubalah sekarang…

Tidakkah ini satu petanda lidah benar-benar mampu menjadi sumber “madu” terbaik buat hati-hati kita yang bernama manusia? Gunakanlah lidah sebaik mungkin. Memang tepat masanya apa jua kempen yang ada di laman sosial seperti kempen #SaySomethingNice sempena Merdeka. Kita panjangkan kempen ni sepanjang masa selagi kita boleh bercakap =)

Pakat sama-sama kita didik lidah kita sendiri. Lidah orang, jangan sibuk nak kacau yer….hehehe

@hafizmd – #CakapYangBaikSaja pasti memberi tonik positif buat diri kita. Entri ni khas ambe tujukan buat diri sendiri. Jika ada baiknya, Alhamdulillah. Jika kurang, tegurlah ambe yer =)

{ 20 comments… read them below or add one }

Bahrain September 11, 2013 at 9:41 am

terlajak perahu kita boleh undur tapi terlajak kata binasa semuanya..

Reply

puteri kasih September 11, 2013 at 10:16 am

lidah tidak bertulang…sentiasa perlu berhati hati meluahkan kata agar tiada hati yang terluka :)

Reply

nazray September 11, 2013 at 10:50 am

Kalimah Laailaha illallah mampu diucap hanya dengan pergerakan lidah tanpa melibatkan pergerakan bibir! Cubalah sekarang… betul la. Indah nya :)

Reply

Hafizul September 11, 2013 at 11:07 am

Hehe..betul tu bro..peringatan juga buat diri saya..

Reply

Nadot September 11, 2013 at 12:18 pm

akan cube insaff… sbb lidah sy boleh tahan gak bile bercakap.. hihihi…

Reply

Biomedical Science September 11, 2013 at 2:05 pm

Fikirlah dahulu sebelum cakap, bila dah terlanjur kata, susahlah

Reply

blogger lelaki September 11, 2013 at 3:54 pm

betul tu bro..lidah itu umpama pedang..tajam hirisannya mampu menikam qalbu

Reply

KiD September 12, 2013 at 12:24 am

kerana mulut badan binasa.. kena cakap yang baik saja.. :)

Reply

hafizmd September 13, 2013 at 12:54 am

macam pantun plak…hehe

betul tu bro kid =)

Reply

akubiomed September 12, 2013 at 12:30 am

Berfikir sebelum bertindak. Berfikir panjang memikir akibatnya.

Reply

hafizmd September 13, 2013 at 12:54 am

Itu yg penting. Kena fikir elok2 sebelum nak bercakap

Reply

Rina September 12, 2013 at 8:35 pm

Kita harus pandai2 dalam menggunakan lidah sebab ini bisa jadi mata pisau yang kadang bisa menguntungkan dan bisa merugikan

Reply

hafizmd September 13, 2013 at 12:48 am

Benar tu Rina. Lidah mampu runtuhkan sebuah ikatan persahabatan juga

Reply

kakiblog September 12, 2013 at 10:18 pm

kalau ada perkara bagus boleh bercakap..dan kalau tiada lebih baik diam sahaja,

Reply

hafizmd September 13, 2013 at 12:47 am

setuju…diam lebih baik

Reply

Irwan Alessa September 13, 2013 at 11:35 am

Lidah lebih tajam dari pisau walaupun zahirnya kita tahu lidah tak boleh membunuh.. hoho

Reply

hafizmd September 16, 2013 at 5:45 pm

betul tu..sbb lidah ramai yg boleh “terbunuh”

Reply

Hafizul October 11, 2013 at 9:38 pm

Lidah dan wang ringgit..perghh kena jaga baik2 tu..

Reply

Datin Tyka September 18, 2013 at 8:47 am

paling mudah saat roh nak tarik… guna lidah sahaja.. Subhanallah

Reply

hafizmd September 18, 2013 at 9:22 am

Allahuakbar! moga kita diberi keringanan dalam menempuhnya dgn ucapan Laailaha illallah

Reply

Leave a Comment