50% Diskaun Ebook Ustaz Hasrizal Tak Kenal Maka Tak Cinta!

Asssalamua’laikum.

Ebook Ustaz Hasrizal Tak Kenal Maka Tak Cinta. Tajuk ebook ni memang best! Saya pernah tulis review ebook ni, “Ebook Pilihan: Tak Kenal Maka Tak Cinta“. Kalau tak kenal, macam mana kita nak cinta, nak sayang. Betul tak? Nak berkenalan dengan sesiapa saja pun ada caranya. Masalahnya sekarang, dalam dunia kita yang serba perasan sibuk ni, banyak benda yang kita lupa dan terlepas dalam bab membina hubungan yang baik sesama rakan sekerja, jiran tetangga termasuklah dalam keluarga kita sendiri. Jadi, ebook Ustaz Hasrizal ni datang tepat pada waktunya!

Ebook dengan watak kartun

Apa yang menariknya ebook Ustaz Hasrizal ni, isinya disampaikan dalam bentuk ilustrasi/kartun. Cukup santai tapi memang menikam jiwa dan perasaan. Ini antara ebook yang saya beli dan cukup puas hati. Cara komukasi kita ni banyak kalinya boleh merosakkkan hubungan sesama kita.

Kita cakap main lepas jer. Kita rasa kita saja yang betul. Kita lupa pepatah Melayu, “kerana mulut badan binasa”. Dek mulut celupar kita, kita putus kawan, dibuang kerja malah lebih teruk ada rumahtangga bercerai-berai. Kita GAGAL berkomunikasi dengan berkesan!

Jadi, ebook Ustaz Hasrizal ni bakal tunjukkan cara berkomunikasi yang berkesan untuk kita tangani masalah sosialΒ  yang selalu kita lalui setiap hari dalam pelbagai keadaan. Tengok saja contoh ilustrasi di bawah. Barangkali, ramai yang selalu buat kerja tak ikut manual. Hasilnya, rosak dan kerugian berganda.

Ebook Ustaz Hasrizal ni ibarat buku panduan kita untuk audit diri sendiri dalam cara kita berkomunikasi. Cukuplah, cerita panjang-panjang tak best juga. Ini ebook yang saya rekomen untuk anda beli dan faham sama-sama. Boleh kasi hadiah ebook ni pada suami, isteri, abang, adik, kakak, bakal suami, bakal isteri dan termasuklah bos anda!

KLIK SINI Beli ebook Tak Kenal Maka Tak Cinta karya Ustaz Hasrizal

Hanya RM18.50 (50% Diskaun Sempena Ramadhan)

@hafizmd – Ebook Ustaz Hasrizal. Banyak masalah timbul disebabkan mulut kita…ermmmm