E-book Pilihan:Tak Kenal Maka Tak Cinta

- 9 August 2012. Updated 22 January 2013Agama

Assalamua’laikum.

E-buku Islam:Tak Kenal Maka Tak Cinta. Alhamdulillah. Antara banyak e-book yang ambe beli, inilah antara e-book yang paling berbaloi dan cukup berharga. Sahihlah sebab pertama ialah kerna naskhah ini adalah garapan Ustaz Hasrizal iaitu pemilik blog SaifulIslam.com. Ambe kalau bab bahan bacaan, memang tak berkira sangat. Nak-nak kalau buku Islam tentang komunikasi berkesan, tips rumahtangga dan sejarah Islam. Ustaz Hasrizal antara penulis kegemaran ambelah kiranya. Kenapa ambe kata e-book Islam pertama Ustaz Hasrizal ni sangat berbaloi dan berharga? Nak tau? Meh dekat sikit, ambe nak citer…

Muka Depan Ebook Tak Kenal Maka Tak Cinta

Ebook SaifulIslam.com Kata orang, “Jangan nilai sesuatu sekadar tengok kulit saja”…tapi untuk e-book ini, ambe menang terpikat sebab muka depannya. Tagline “Masih ada jurangkah di antara kira?” memang kena sangat dengan pelbagai isu atau masalah sosial sekarang. Ambe sebagai seorang abah, pekerja dan ahli masyarakat pastinya ingin memperbaiki mutu komunikasi dalam keluarga, kat tempat kerja dan masa bersosial di luar. Itu yang ambe terus sambar ebook ini. Ambe nak tau apa yang kita sering terlepas pandang dalam cara kita bersosial, berkomunikasi dengan anak-anak dan aktiviti seharian.

Gaya Persembahan Ebook

Malas nak baca buku/ebook yang tebal? Maka, inilah jawapannya. Penuh ilustrasi dengan 50 watak kartun berrwarna-warni. Tajuk-tajuk yang disampaikan memang dekat bebenor dengan kehidupan kita. Contohnya tajuk ‘Manual’ seperti di bawah. Ada teks, subteks dan semiotik. Kadang-kadang terasa pedasnya membaca e-book ni. Terkena batang hidung sendiri!

ebook blog saifulislam.com online

Cinta di Jalan-NYA

Setiap halaman ebook ni memberi sejuta tafsiran. Ambe yakin, kita pasti akan terasa pedas dan pedih dengan setiap perincian karikatur dan dialog pendek yang disampaikan. Pendek, ringkas, padat, tepat dan mengena!

Tahniah Ustaz Hasrizal. Ambe dah baca 2 kali, dan ambe akan baca lagi. Tiap kali ambe baca dan renung dalam-dalam, tiap kali tu jugak ambe akan dapat muhasabah diri dan periksa balik diri ambe ni. Gambar karikatur dan ilustrasi ebook ni memang berkesan!

Harga Ebook Tak Kenal Maka Tak Cinta

Ambe ada dengar bijak pandai berkata, “Kalau sesuatu itu berharga, mahal atau murah waima percuma sekalipun, orang tetap akan menghargainya. Kalau sesuatu itu buruk, percumapun orang tak nak…” Dengan harga RM25.90 (promosi sampai 31 Ogos) memang sangat berbaloi dengan intipati setebal 50 mukasurat. Tak percaya? Kenalah anda beli sendiri dan baca setiap patah dialog, gambar dan isi tersirat di setiap ilustrasi yang dilakar. Memang sesuai sangat kita baca waktu kita puasa ni. Taklah kita kosong jer tak baca apa-apa. Betul tak?

Berminat nak beli?

Kalau ada yang berminat, ambe kongsikanlah link (link affiliate ambe) dibawah;

Harga Promosi! Beli Ebook Pertama Ustaz Hasrizal

Janji kita pakat sama baca, cuba faham, teliti dan perbaiki diri dan keluarga masing-masing. InsyaAllah, ada kebaikannya.

p.s- Ebook adalah dalam format pdf. Jadi, senanglah nak baca kat ipad atau kat smartphone anda. Best!

@hafizmd – E-book Islam Pilihan:Tak Kenal Maka Tak Cinta. Ambe baru balik tempah cermin mata =)

{ 23 comments… read them below or add one }

rahman August 9, 2012 at 7:19 pm

berbaloi sangat harga tu

Reply

hafizmd August 10, 2012 at 10:58 am

Mmg berbaloi2. Ambe beli masa prapelancaran lagi murah..hehe

Reply

amirulfaiz August 9, 2012 at 11:40 pm

InsyaAllah, ambe akan cuba beli. :)

Reply

hafizmd August 10, 2012 at 10:58 am

InsyaAllah, bagus ebook ni bro… =)

Reply

Jebeng Otai™ August 10, 2012 at 5:29 am

yela..format pdf ini leh masuk dlm smartfon atau tablet..mmg sng nk baca time2 tunggu bs aau masa terluang..

Reply

hafizmd August 10, 2012 at 10:56 am

Tu yg best tu. Time2 sebelum tidur, lehla selak dua tiga helai =)

Reply

Izzuddin Fauzi August 10, 2012 at 11:53 am

Yeha…. Murah je… Bolehla membeli jap lagi :)

Reply

daddydee August 10, 2012 at 2:51 pm

Menarik karikatur dan ayat digunakan…sinis dan mendalam…insyallah akan saya dapatkan…

Reply

daddydee August 10, 2012 at 2:52 pm

baruku tahu rupanya beliau juga penulis buku yang pernah aku baca sebelum ini…

Reply

auc dot com August 10, 2012 at 8:27 pm

hmmm mcm menarik nih :)

Reply

titan August 10, 2012 at 11:29 pm

tunggu ain maisarah belikan lah. haha..

Reply

zik September 2, 2012 at 11:29 pm

maknanya tunggu kucing bertanduk la jawabnya..hehe

Reply

hafizmd September 3, 2012 at 2:04 pm

@zik, mmg takde le tuh…hahaha

Reply

budak felda August 11, 2012 at 4:18 pm

murah dah tu :)

Reply

izwan August 11, 2012 at 5:16 pm

ada ilustrasi mudah sikit nak faham isi kandungan

Reply

keretahitam August 11, 2012 at 6:06 pm

Patut dapatkan satu ebook ini..memang bagus!

Reply

pipoq August 12, 2012 at 1:33 am

asalkan bermanfaat ilmunya, tak salah berkorban harta dijalan yang betul..

Reply

maza August 12, 2012 at 6:47 pm

maza dah lama bercita2 nak bikin e-book sendiri..

entahbila nak jadi pun tak tahu. hehehe

Reply

sweetkurma August 13, 2012 at 2:49 pm

alhamdulillah, nampak sangat2 menarik, nanti ada kelapangan nak click lah…terimakasih atas informasi yang baik ini

Reply

ProfHariz August 14, 2012 at 11:45 am

InsyaAllah ada rezeki lebih akan beli :)

Reply

suri August 14, 2012 at 4:11 pm

tgu gift dr bro plk heee

Reply

Khidhir August 26, 2012 at 3:35 pm

beli berbaloi. cuma nak baca nya je nanti terasa malas. haha. nak kena kuatkan semangat

Reply

albaihaqie December 29, 2012 at 4:52 pm

bagus buku ni….
tapi tak sempat beli lagi

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }