E-book Pilihan:Tak Kenal Maka Tak Cinta

Assalamua’laikum.

E-buku Islam:Tak Kenal Maka Tak Cinta. Alhamdulillah. Antara banyak e-book yang ambe beli, inilah antara e-book yang paling berbaloi dan cukup berharga. Sahihlah sebab pertama ialah kerna naskhah ini adalah garapan Ustaz Hasrizal iaitu pemilik blog . Ambe kalau bab bahan bacaan, memang tak berkira sangat. Nak-nak kalau buku Islam tentang komunikasi berkesan, tips rumahtangga dan sejarah Islam. Ustaz Hasrizal antara penulis kegemaran ambelah kiranya. Kenapa ambe kata e-book Islam pertama Ustaz Hasrizal ni sangat berbaloi dan berharga? Nak tau? Meh dekat sikit, ambe nak citer…

Muka Depan Ebook Tak Kenal Maka Tak Cinta

Ebook SaifulIslam.comKata orang, “Jangan nilai sesuatu sekadar tengok kulit saja”…tapi untuk e-book ini, ambe menang terpikat sebab muka depannya. Tagline “Masih ada jurangkah di antara kira?” memang kena sangat dengan pelbagai isu atau masalah sosial sekarang. Ambe sebagai seorang abah, pekerja dan ahli masyarakat pastinya ingin memperbaiki mutu komunikasi dalam keluarga, kat tempat kerja dan masa bersosial di luar. Itu yang ambe terus sambar ebook ini. Ambe nak tau apa yang kita sering terlepas pandang dalam cara kita bersosial, berkomunikasi dengan anak-anak dan aktiviti seharian.

Gaya Persembahan Ebook

Malas nak baca buku/ebook yang tebal? Maka, inilah jawapannya. Penuh ilustrasi dengan 50 watak kartun berrwarna-warni. Tajuk-tajuk yang disampaikan memang dekat bebenor dengan kehidupan kita. Contohnya tajuk ‘Manual’ seperti di bawah. Ada teks, subteks dan semiotik. Kadang-kadang terasa pedasnya membaca e-book ni. Terkena batang hidung sendiri!

ebook blog saifulislam.com online

Cinta di Jalan-NYA

Setiap halaman ebook ni memberi sejuta tafsiran. Ambe yakin, kita pasti akan terasa pedas dan pedih dengan setiap perincian karikatur dan dialog pendek yang disampaikan. Pendek, ringkas, padat, tepat dan mengena!

Tahniah Ustaz Hasrizal. Ambe dah baca 2 kali, dan ambe akan baca lagi. Tiap kali ambe baca dan renung dalam-dalam, tiap kali tu jugak ambe akan dapat muhasabah diri dan periksa balik diri ambe ni. Gambar karikatur dan ilustrasi ebook ni memang berkesan!

Harga Ebook Tak Kenal Maka Tak Cinta

Ambe ada dengar bijak pandai berkata, “Kalau sesuatu itu berharga, mahal atau murah waima percuma sekalipun, orang tetap akan menghargainya. Kalau sesuatu itu buruk, percumapun orang tak nak…” Dengan harga RM25.90 (promosi sampai 31 Ogos) memang sangat berbaloi dengan intipati setebal 50 mukasurat. Tak percaya? Kenalah anda beli sendiri dan baca setiap patah dialog, gambar dan isi tersirat di setiap ilustrasi yang dilakar. Memang sesuai sangat kita baca waktu kita puasa ni. Taklah kita kosong jer tak baca apa-apa. Betul tak?

Berminat nak beli?

Kalau ada yang berminat, ambe kongsikanlah link (link affiliate ambe) dibawah;

Janji kita pakat sama baca, cuba faham, teliti dan perbaiki diri dan keluarga masing-masing. InsyaAllah, ada kebaikannya.

p.s- Ebook adalah dalam format pdf. Jadi, senanglah nak baca kat ipad atau kat smartphone anda. Best!

@hafizmd – E-book Islam Pilihan:Tak Kenal Maka Tak Cinta. Ambe baru balik tempah cermin mata =)