‘Perangkap’ Cinta Suami Orang?
Assalamua’laikum.
Pernah dengar cerita cinta si gadis dan suami orang? Cinta itu memang buta, tapi banyak juga rumahtangga yang roboh akibat kebutaan ini. Ambe rasa, memang ramai yang terpesona dengan perwatakan dan keterampilan seorang lelaki yang nampak matang, cool, segak dan bijak berkata-kata. Ciri-ciri ini antara daya penarik bak ‘tarian tango mentadak beracun‘ yang mampu melayukan seorang gadis mentah. Apa lagi ciri-ciri seorang suami orang atau suami kita sendiri?
1. Lihat jari dan…
Ini paling mudah. Biasanya, kalau suami orang mesti paling tidak ada sebentuk cincin. Kalau ada, mungkin itu cincin kahwinnya. Namun, ada juga lelaki yang suka pakai 3-4 bentuk cincin. Cincin mata kerbau, mata burung helang. Itu tak masuk yang ada simpan dalam poket lagi. Jadi, lihat pada cincin yang bercirikan sebuah ikatan, contohnya cincin mata delima. Takpun lihat saiz perutnya. Ada ke depan tak sikit tak? Kalau ada, peratusan dia seorang suami orang meningkat sebanyak 20-30%.
2. Elak topik dan tempat tententu
Biasanya, seorang suami orang akan cuba elak untuk bersembang soal keluarga, anak dan percutian. Kalau adapun, peratusan matanya untuk memandang mata anda amatlah rendah sekali. Suami orang juga biasanya akan cuba mengelak sesetengah tempat tertentu seperti pusat membeli belah dan pasar. Mana tidaknya, takut terserempak dengan isteri sendiri yop! Ada yang kena makan ketam mentah nanti…
3. Tidak sepenuhnya pada anda
Contoh paling mudah ialah jika berjalan-jalan di tempat awam, mesti dia akan nampak kurang selesa dan serba tak kena. Maklumlah, takut ada jiran atau sedara yang nampak…tak ke kantoi? Kalau ajak keluar hari minggu, mesti ada alasan tersendiri. Padahal, diri dah ada anak bini!
4. Halangan panggilan telefon
Namapun suami orangkan, pasti ada simpan no isteri. Jadi, perkara paling mereka takut ialah kalau handphone mereka jatuh ke tangan si gadis. Ada juga yang jenis taktikal, ada 3-4 handphone. Satu lagi, mesti dia akan tetapkan pukul berapa si gadis boleh telefon. Biasanya lepas pukul 12 malam ataupun waktu kerja.
Itu baru sekadar 4 ciri-ciri suami orang. Percayalah, dalam sebuah perhubungan, antara intipati tarian yang paling utama ialah kepercayaan dan kejujuran. Kalau anda pandai bertango, itu memang bonus. Mudah kata, adanya dua perkara ini, 4 perkara di atas tak perlu langsung untuk diselidiki. Apa kata anda?
@ hafizmd-Ambe tumpang gembira dengan khabar ceria rakan blogger yang dapat hadiah daripada kenaikan page rank. Ambepun tau hasil entri Denaihati.com.
hemm. aku rasa aku takpe kan? haha..
takpe untuk sementara dulu la..satu masa nanti mungkin boleh merasa makan ketam mentah kot..hehehe
keh3…mau kena kepit ngn sepit baru tau…haha
@titan, rasa2 macam mana? takde kot macam tu kot..
@fieza, dia nak pasang 4…hahaha
@titan, ko takpe, ain maisarah dah tunggu…
pssst..dia rela diduakan ke?hee
mntk jauh la..heheh
Itulah. Nanti habis huru hara
Biasanya lelaki yang dah berkahwin ni ada karisma & berkerjaya stabil.. sebab tu ramai gadis suka.
Tu yg payah tuh..karisma tu lebih
Perut dan laki memang tak boleh dipisahkan…hahhahah
Mungkin juga trend perempuan suka pada laki orang…orang dah suka takkan nak tolak….hahahha
sokong tu,laki orang lebih matang gitu kan hahaha – ai macam ada jer nih hehehe..
heheheh lain nadanyer tu hehehe…
tapi masalahnya skrg dah jadi trend..hihihi…:)
@BF,agaknya suami org ni nampak cool kot?
yeke kot matang skit dr bdk zaman skrg lebeh kpd k-pop hehhe..:)
amboi amboi amboiiiiii
ehem ehem ehem…
@Bro Man, hahaha…setuju sgt…habislah daddy lepaih ni..hihi
hahaha..mmg petanda dah tuh…
mmg trend, dah byk dengar kes camni…
rezki ke namanya ni?hahaha
setia pada yg satu jer..hehe
setia pada yg satu,lain buat spare part tak gitu Jebeng? hehehe
@bro man, hahahhaa…buat spare yg tak tahan tuh….hehe
mmg tak sejatilah klu gthu heee
@JO, bagus2…baru sejati =)
bab perut tu memang susah nak dinafikan..hahaha..
tapi sebenarnya ada kelebihan rupanya perut kedepan gitu bila dah bergelar suami ni..
apa kelebihannya pipoq?hehe
perut yang agak kedepan tu boleh buat ‘sangkut’ anak tau bila kita dukung dia..hahaha
Kalau aku berterus terang jer kat gadis tu yang kita dah kawin,kalau dia nak jugak tak leh wat apa lah kan hehehe…proceed jer lah..
rezeki tu namanya….. cissss
@Kak SK, rezki katanya jgn ditolak…hoho
klu adil sebaik mmg rugi nolak.ni stu dh pening hee apal lagi ank nak handle lagi2 asik seru bini jer heee bt sgala keje umh nak sndri buat sian bini..lki tahu ada wet kwin jer..
@bro man, hahaha..tp mmg ade kes camni, dah tau, tp still nak jugak…tersepit lelaki tuh…isk3
aderk! bocor rahsia sudah…
kena fikirkan teknik2 yg lain ni!
hahahaha
hahaha..kang jumpa teknik baru, update kat sini yer…hahaha
kalau nak tau lebih lanjut kenalah tanya pakar (kak sweetkurma)….layanzzzz π
bukan setakat pakar biasa, berpengalaman luas lagi…heee
@DH, mesti ramai yg nak menuntut ilmu nng akak =)
@Kak SK, ini mmg pakar segala pakar ni…cepat2!
sha dulu minta sangat agar tak kacau suami org….. alhamdulillah tuhan makbulkan…..
Alhamdulillah. Mmg ikut situasi sekrang, byk rumahtangga yg jadi hura hara
tu byk peningkatan kes cerai.. dn pasagn tak setia waduh gawat sigh
Orang muda zaman sekarang suka juga pakai cincin batu yang besar. Sudah macam tok bomoh pun ada. π
keh3…betul tu bro…mcam2 nama ada
boleh tahan..ngeh3..bgi pompuan yg nak secure , better pastikan tanda2 ini sblm buat keputusan. haha! ^^ TIPS PANDUAN HIDUP
Betul tu. Jgn menyesal dikemudian hari
Cincin dan perut memang sy takde,.. masih maintain. π Fuuuh lega! BTW, tepuk sebelah tangan tak berbunyi kan…
Maknanya single n still available…
harap2 tak de la org nak tackle laki chek.. haha.. susah hati oo.. lagi satu, lau yg leh buat klakar tu lagi pompuan suka..
kesian isteri lau de suami yg acam ni.. sedih tak siapa tahu
Ambe setia pada awak sorang jer…insyaAllah =)
Bab tengok perut tu, haha, memang agak kritikal disitu. π Kebiasaannya perut seorang suami terjaga rapi dari sebarang rasa lapar. Haha.
hahaha..tu yg lebih sikit tuh.. =)
haha. nice entry hafiz π
mamat bru je nk jadi blogger smula..dah lma berhnti blogging huhu
perot mmg soong bangt sih hee.. btw bab pki cincin ada gak kenal teman2 slu pakai gtu hee.
apapun kejujuran dalam perhubungan mesti ada…elakkan wasangka buruk…
Hehe..betul dah tu apa yang diceritakan..perkara tu biasanya akan dielak oleh lelaki yang dah kawin..waaahh kak ct pengalaman lebih tu dalam bab ni..hahaha
panduan menarik untuk para gadis π
jari saya takde sebentuk cincin, perut pun tak ke depan. anak ada sorang. isteri pun baru sorang. hurm..
hehe =)
gadis kena berhati2…kalau sudah jodoh…tak kemana pulak katanya nanti…hohoho
p.s-wah…bahaya jugak ni…sengaja tak pakai ke bro?hahahaha
tips mudah tapi kebanyakkan orang masih melekat dengan suami orang jgk..
Katanya sudah jodoh =)
Sekarang ni ramai perempuan suka “lelaki orang” sebab ada yang kata lelaki orang ni lebih penyabar. Betul ke?
Lebih penyabar tu mungkin jugaklah…tp lebih tepat mungkin tahu “asam garam taktik” utk tackle hati wanita..hoho
Gitew ke lelaki hidung belang? he he π Bagi kawe, kalau pompuan tu nak juga suami org, apa leh buat. Apalagi sang isteri rela bermadu. Cuma buat betul2 lah. Kawin jer mcm ustaz popular tu adehh.
Masalahnya ramai lelaki yg dah kawin ni mau hiburan je. Tu yg bahayanya cik adik oiii… Kena lagi dia pakar ayat. Aduhhh siap lah. Harap semua awek2 lebih kan penggunaan akal dari perasaan. Then again, sonang cakap dari buat. Just be careful girls ya.
Bab ayat power tu kot ramai gadis yg tertewas. Kena pulak caring dan stabil incomenye…