Olimpik:Memang Tiada Semangat Kesukanan!

Assalamua’laikum.

Sukan badminton, Olimpik London 2012. Inilah antara sukan yang ambe minat walaupun ambe tak pernah jadi wakil sekolah. Cuma adalah sekali, nama Hafiz tersohor satu ketika dulu bila Hafiz Hashim menjadi juara All England (ok, takde kaitan langsung…hehehe). Sukan badminton di Olimpik tahun ini nampaknya menerima tamparan hebat bilamana 4 beregu wanita disingkirkan terus dari acara badminton selepas didapati sengaja bermain sambil lewa dan tiada semangat kesukanan. Main sambil lewa?

Memang acukup mengejutkan! Ambe dah tengok salah satu perlawanan antara beregu China dan Korea. Memang menyakitkan hati. Terasa sangat mereka seolah-olah ‘menghina’ sukan ini khasnya dan peminat sukan badminton amnya. Ambe ingat sikit-sikit saja “permainan main-main” mereka, tapi bila tengok sampai habis, memang mereka sengaja main untuk kalah!

Servis tak masuk, ambil bola depan jaring tak lepas, balas pukulan tersangkut di jaring. Semuanya berulang-ulang sampailah habis perlawanan. Memang menyedihkan. Bukan calang-calang pasukan yang buat, tapi 1 beregu China, dua beregu Korea dan satu beregu Indonesia. Kalau main bola sepak, macam sumbat gol sendiri banyak-banyak! Tak sakit hati tengok?

Cerita lebih-lebih pun tak guna, lagipun mereka bukan pemain negara kita dan ambe yakin 100% yang pemain kita takkan “menjual permainan mereka semudah” ini walaupun untuk memenuhi strategi perlawanan. Anda boleh tengok video perlawanan antara beregu Korea menentang China di bawah.

Klik link ini untuk video berkenaan: Video beregu China vs Korea “takde semangat sukan”

@hafizmd – Semangat semakin membara bila single dan double Malaysia ke separuh akhir!

Published by Hafizmd

Artikel ditulis berdasarkan pengalaman peribadi dan juga melalui pembacaan. Sebarang kehilangan, kerosakan dan komen pembaca adalah tanggungjawab anda. Dapatkan bantuan pakar berkaitan jika memerlukan khidmat nasihat yang tepat. Jika entri ini bermanfaat, mohon 'Like, Tweet & G+' kepada rakan anda. Terima kasih dan selamat membaca.