Malaysia vs Thailand Pestabola Merdeka 2013
Assalamua’laikum.
Malaysia vs Thailand. Edisi Pestabola Merdeka 2013 kali ni dilihat cukup menarik terutamanya kelibat pasukan Harimau Muda A. Setakat ni, memang tak mengecewakan peminat. Malam ni, perlawanan terakhir peringkat kumpulan Malaysia vs Thailand. Malaysia dah layak ke aksi akhir, tapi Thailand perlu paling tidak untuk seri malam ni. Kalau kalah dan Myanmar menang petang ni, bye-bye Thailand!
Malaysia vs Thailand 10 September 2013
Malam ni, skuad Thailand pasti akan turun habis-habisan untuk meraih 1 mata paling tidak. Berbeza dengan skuad Harimau Muda A yang dah layak ke akhir, ambe pasti jurulatih Ong Kim Swee akan merehatkan beberapa pemain tonggak untuk beri ruang kepada pemain lain yang belum merasai bahang Pestabola Merdeka 2013 ni. Antaranya mungkin Syahrul Azwari akan dimasukkan dalam line-up first eleven.
Junior-Wan Zack-Nazmi (cramp) mungkin tak main. Kalau main pun, masuk last minute. Sungguh, kita ada variasi pemain yang boleh diharap di setiap posisi. Malam ni, pasti ada kelainannya. Itu yang menarik untuk kita perhati percaturan jurulatih Ong Kim Swee. Satu lagi, harapnya Rozaimi dapat main penuh malam ni.
Siaran langsung Malaysia vs Thailand di TV9 dan Astro Arena 801 serta live streaming di SINI.
Falsafah sukan ambe ialah kecewa dalam bola sepak perkara biasa. Cuma cara kita dikecewakan akan memberi kita rasa yang berbeza.
Steady Harimau Malaya. Malaysia Boleh!.
Thailand pun boleh tahan kuat.. kan??
semoga Harimau Muda menunjukkan prestasi yg baik malam nie
walaupun dikatakan Harimau kecil Malaya itu akan diwakili barisan bangku simpanan malam nanti, maza sudah bersiap sedia dengan sejadah di hadapan TV.
Semoga kita sukses dengan menang kesemua perlawanan!
Ameeennn..
Oppss.. Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpah Darah ku!
hehehe
mari kita semua sebut boleh makan thailand nih hehe
Tahniah rimau muda malaya..
Moga menang di final nanti..teruskan momentum
salute oks…dia memang hebat…
Mmg coach OKS bijak cungkil dan disiplinkan pemain2nya =)
nampak wajah OKS nampak menyakin kan aje..haha
dia mmg relaks jer, tp garang wooo