Malaysia benam Thailand 3-0!

Siaran langsung live streaming Pestabola Merdeka

Assalamua’laikum.

Malaysia menang bergaya ke atas Pilihan Thailand. 2 gol Rozaimi dan 1 gol Nasir cukup menunjukkan pasukan Harimau Muda A dalam kelas tersendiri kali ni. Alhamdulillah. Cukup yakin ambe tengok setiap kali bola di kaki setiap pemain Harimau Muda. Memang nampak banyak peningkatan dari segi hantaran, persefahaman dan disiplin pasukan. Pendek kata, setakat ni memang puas hati!

Malaysia 3 vs Seleksi Thailand 0

  • Walaupun Thailand tak hantar pasukan utama U-23 mereka, Thailand nampak ada juga sedikit berbisa tapi boleh kata, hampir tenggelam malam ni.
  • Hampir 6 cubaan tepat yang hampir masuk gol tapi berjaya diselamatkan oleh penjaga gol. Kalau tak, memang seronok kenduri gol malam ni. Terbaik sebab banyak juga cubaan dari luar petak penalti. Best!
  • Man to man marking yang agak ketat oleh pemain Malaysia memang menyukarkan pergerakan pemain Pilihan Thailand.
  • Rozaimi. Memang ambe cukup yakin dengan kaki kiri dia yang berbisa. Tengok saja ledakan terbaik dari luar kotak penalti untuk gol ke-3. Memang kencang! Tak mustahil, gol ni bakal dipilih oleh laman Goal.com untuk menjadi antara gol terbaik di rantau Asia Tenggara (gol Irfan Fazail masa lawan Myanmar juga diiktiraf gol terbaik Aisa Tenggara).
  • Skuad Harimau Muda A ambe tengok boleh pergi jauh dengan barisan pemain yang rata-ratanya berbakat. Cukup bijak jurulatih Ong Kim Swee gilap bakat depa ni!

Akhir Pestabola Merdeka, Malaysia vs Myanmar! Sabtu 14 September

  • Myanmar kalahkan Singapura 2-0 untuk layak ke akhir. Pasti Myanmar ada misi untuk balas dendam kalah 1-2 hari tu.
  • Malaysia vs Myanmar, Sabtu ni pasti lebih sengit dan mendebarkan. Ambe harap, gandingan terkuat Malaysia dapat diturunkan Sabtu ni.
  • Izham-Fadhli-Zubir-Nik-Reuben-Junior-Irfan-Nazmi-Sivanesen-Wan Zack-Rozaimi. Ini mungkin barisan yang bakal turun Sabtu ni.
  • Ayuh penyokong Malaysia sekitar Kuantan, pakat ramai-ramai penuhkan stadium untuk beri sokongan padu kepada skuad Harimau Muda A!
  • Mungkin Rozaimi ada peluang jadi penjaring terbanyak Pestabola Merdeka 2013!

@hafizmd – Tahniah Malaysia! Moga menjadi juara untuk edisi Pestabola Merdeka 2013!