Pengalaman Beli Belah di Zalora!
Assalamua’alaikum.
Ini antara pengalaman indah ambe membeli secara online. Ambe godek-godek laman Zalora. Memang biasa sangat lepak-lepak menjamu mata kat sini. Deretan baju dan kasut sukan antara bahagian yang ambe selalu tengok. Akhirnya, setelah puas menjamu mata, maka berlakulah pengalaman pertama berurusan shopping di Zalora!
Oh! Zalora memang buat hati bergelora
Ambe memang belum pernah beli barang fizikal secara atas talian. Ni kali pertama. Jadi, keterujaan tu memang lain macam. Berdebor juga tunggu barang-barang yang ambe order tu sampai.
- Hanya 1 hari diperlukan untuk pengesahan penghantaran barang
- Hari ke-3, ambe dah dapat barang yang ditempah.
- Pilih, bayar dan terima barang dalam masa 3 hari (ambe tak perlu bayar, sebabnya….)
Ini pengalaman yang cukup menarik. Isteri ambe semacam dah mula belek-belek beberapa item yang ada. Ada yang kena harganya dan nampak cantik, bolehlah cuba beli lagi. Apa yang ambe order?
Baju blouse dan beg Line 7 tu untuk isteri. Beg katanya nak isi kasut badminton dia. Bolehlah ambe tumpang nanti…hehe. Seluar 3 suku (Kappa) dan baju sukan (Groos) setakat ni belum lagi ambe sempat cuba digelanggang badminton. Mungkin minggu depan. Memang best! Sekali pakai baju ni, memang rasa ringan dan pasti ambe smash lebih tajam dan berkuasa kuda nanti…hehe…
Ini pengalaman indah ambe membeli-belah di Zalora buat kali pertama. Pengalaman anda, ambe tak tahulah. ‘Rezeki’ masing-masing, kan?
Terima kasih Zalora! Rupanya seronok juga beli belah secara online ni. Alhamdulillah.
@hafizmd – Oh! Indahnya berblogging. Trafik bukan segala-galanya tapi kalau tinggi, bagus juga =)
Perghhhhh memang rezeki nih…cantik baju dan seluarnya..tahniah bro untuk pengalaman hebat ni..hehe..wahh minggu depan main badminton penuh semangat lahh..habis lah orang lain..haha
Alhamdulillah. Rezeki bulan 9 =)
hahahaha…takdelah, ambe main badminton ngn isteri ambe jer..hehehe
den jarang beli barang online…huhu
sbb bro PM selalu di AEON Big…senang nak beli apa2kan? hehe
assalammualaykum, salam kenal Bang…
belanja secara on-line memang sangat asyik, apalagi kalau beruntung dapat diskon atau potongan harga yang besar. biasanya menjelang hari raya, toko-toko online banyak bikin sale besar-besaran…
Waa’laikumussalam.
Memang asyik, tapi kena juga berhati-hati, takut tertipu juga kita
Hahaha, baru order selipar kat zalora semalam -_-
cantiklah…nak pakai sabtu ni ke bro?
wahh..mesti dapat banyak voucher nih..
adalah sikit =)
dah percaya dengan beli barang online , lepas ni mesti lebih meriah…
hehe….wife ambe yg dah start suka…hohoho
Peratusan rakyat Malaysa yang membeli belah secara online semakin meningkat. Tetapi peratusan yang kena tipu meningkat juga. Saya ada membeli secara online. Kena tanam rasa yakin untuk membeli. Bagaimana tidak mahu beli secara online sedangkan saya mahu orang membeli barang yang saya jual melalui online?
Betul juga tu. Jika kita sendiri ragu2, bagaimana nak yakinkan mereka? ermmm
aku pernah shopping kat zalora ni, bolehlah cepat juga penghantarannya
Setakat ni, bagus =)
membeli belah secara online dapat jimat minyak..
Betul tu.siap dapat diskaun lagi…tu yg best tu
cuma perlu berhati-hati takut ada syarikat yang tidak bertanggungjawab..
@KB, itu sudah pasti..kena hati2 kat mana2pun
Pernah berurusan dengan Zalora. Tak sangka pesanan sampai kurang dari 24jam.
tak sampai 24 jam? pantas benor tu
aku nak beli tapi confius mana satu aku nak beli..hahaha, banyak sangat pilihan.
hehe…mmg boleh kelabu mata jadinya
tak try lagi ni..hehe
dapat voucher ke?
kena try ni cikgu…hehe
yup… =)
wahh ni puji zalora lebih, kipass ke ni.. hahahaha.. rezeki tu bro, aku sekali dulu.. belum ada nak beli barang lagi.. hoho..
Takat ni belum pernah lagi shopping dr Zalora ni…
BTW, kalau macam tu lah gayanya memang reiable diorang punya servis.
Harap zalora terus bagus =)
blom pernah cuba beli di zalora 🙂
Abg sop bolehlah cuba…mana tau ada yg berkenan
Saya belum pernah shopping secara online, pengen juga soalnya tidak perlu membuang tenaga untuk pergi ke mall secara langsung tu..
Nice share
Betul jugak tu Rina. Kena harganya, bolehlah cuba
Selalu jugak beli barang online tapi belum pernah cuba dengan Zalora..
Bolehlah cuba lepas ni
pernah seklai shopping dkt zalora..belikan kasut untuk isteri
wah…seronoklah isteri…terbaiklah bro!
dulu ada kes, pasal zalora, customer tak dapat barang yang dipesan, tapi mungkin sekarang dah update servis, terbaik la, trusted
harapnya camtulah…
Macam dah semakin baik je servis daripada zalora ni. Senang la lepas ni nak beli barngkan,
Nampak camtula..puas hati setakat ni
jerit macam dalam iklan tu tak… huhu
huhu..takde org, takpe…hee