Malaysia vs Thailand Pestabola Merdeka 2013

Malaysia vs Thailand

Assalamua’laikum.

Malaysia vs Thailand. Edisi Pestabola Merdeka 2013 kali ni dilihat cukup menarik terutamanya kelibat pasukan Harimau Muda A. Setakat ni, memang tak mengecewakan peminat. Malam ni, perlawanan terakhir peringkat kumpulan Malaysia vs Thailand. Malaysia dah layak ke aksi akhir, tapi Thailand perlu paling tidak untuk seri malam ni. Kalau kalah dan Myanmar menang petang ni, bye-bye Thailand!

Malaysia vs Thailand 10 September 2013

Malam ni, skuad Thailand pasti akan turun habis-habisan untuk meraih 1 mata paling tidak. Berbeza dengan skuad Harimau Muda A yang dah layak ke akhir, ambe pasti jurulatih Ong Kim Swee akan merehatkan beberapa pemain tonggak untuk beri ruang kepada pemain lain yang belum merasai bahang Pestabola Merdeka 2013 ni. Antaranya mungkin Syahrul Azwari akan dimasukkan dalam line-up first eleven.

Junior-Wan Zack-Nazmi (cramp) mungkin tak main. Kalau main pun, masuk last minute. Sungguh, kita ada variasi pemain yang boleh diharap di setiap posisi. Malam ni, pasti ada kelainannya. Itu yang menarik untuk kita perhati percaturan jurulatih Ong Kim Swee. Satu lagi, harapnya Rozaimi dapat main penuh malam ni.

Siaran langsung Malaysia vs Thailand di TV9 dan Astro Arena 801 serta live streaming di SINI.

Live streaming Malaysia vs thailand 10 september pestabola merdeka 2013

Falsafah sukan ambe ialah kecewa dalam bola sepak perkara biasa. Cuma cara kita dikecewakan akan memberi kita rasa yang berbeza.

@hafizmd – Nantikan keputusan terkini & penuh Malaysia vs Thailand. Akhirnya, moga Malaysia terus cemerlang malam ni.