Coretan I’dul Adha 1432H
Assalamua’laikum.
Lama sungguh merehatkan tangan, namun tidak sesekali melepaskan ruang dan peluang untuk menjengah teratak rakan-rakan blogger bila berkelapangan. Alhamdulillah, I’dul Adha dahpun berlalu. Bagi rakan-rakan yang melakukan ibadah korban, moga mendapat rahmat Allah jua. Walau aku tidak melakukan ibadah korban tahun ni, tak beerti tiada apa yang boleh ‘dikorbankan’.
Sesungguhnya, intipati kepatuhan Nabi Ibrahim, ketaatan anaknya Nabi Ismail dan kesetiaan zaujah tercinta Siti Hajar boleh kita jadikan panduan dan dorongan untuk sentiasa bersedia berkorban apa saja demi Ar-Rahman.
Tahniah N.Sembilan!
Assalamua’laikum.
Akhirnya impian untuk melihat pasukan kesayangan merangkul Piala Malaysia berkecai hanya dalam masa 10 minit terakhir.
Sudah termaktub agaknya, malam penuh tragedi terutamanya buat penjaga gol Terengganu, Sarbinee Alawee. Mula-mula, memang rasa geram habis dengan kesilapannya, tapi bila tengok balik, kesian pula. Takde tuah untuk dia malam tadi dan dia wajib lebih fokus tahun depan!
Takpelah, paling tidak puqs hati dengan permainan menarik N.9 & Terengganu. Tahniah juga pada penyokong. Ketemu lagi musim depan dengan kehadiran pemain import!
@hafizmd-luka terubat juga dengan kemenangan Manu & Dato Lee Chong Wei ke atas Chen Long malam tadi. Terbaik!
Banyak lagi jawatan kosong untuk diisi!
Assalamua’laikum.
Sekadar berkongsi satu sisipan yang dikongsikan oleh rakan di mukabuku.
Apa yang penting, kekosongan ni tak perlu tunggu apa-apa peruntukan bajet mahupun projek.
Ianya sentiasa ada, yang tiada hanyalah kita.
Ayuh hayati sisipan ini…
Blog hafizmohd.com kena hacked?
As salam,
Entah kenapa blog aku ni kena hacked!
Tapi, kalau tak silap aku, bukan blog aku saja yang kena, tapi blog yang dibawah satu server yang sama dengan aku juga mungkin turut kena!
Contohnya blog wanmus.com. Hacker yang sama!
Jadi, untuk sementara waktu yang aku tak tahu sampai bila, muka depan blog aku memang tak dapat diakses.
Moga sembuh cepat dan aku perlukan doa kalian untuk menyembuhkan blog aku ni cepat-cepat. Ameen.
Cabaran Blogger | Satu Hari di Hari Raya
“Apih, tolong Nenek boleh tak?” Suara Nenek tak segagah biasa.
“Boleh Nek, Nenek nak apa?” Balas aku cepat, tak mahu Nenek tertunggu-tunggu.
“Kang petang nanti, Apih tolong ambil pucuk kemangi, Nenek nak makan buat buka puasa nanti…”
“Baik Nek, nanti Apih ambil banyak-banyak untuk Nenek ek, boleh Apih makan sekali, cicah belacan….” Beria benar aku kali ni. Aku tahu yang Nenek cukup cintakan ulam pucuk kemangi dan pegaga. Kalau sehari Nenek tak makan ulam, selera Nenek pasti kurang.
3 Blogger Sensasi
5 Entri Terkini
5 Ulasan Terkini
- tehr: Wah, dapat tempat ketiga la
Tahniah kepada semua dan kepada tuan... - akubiomed: Top terdiri 2 lelaki kacak dan 1 wanita jelita. Tanniah kepada...
- Azman: Tahniah kepada pemgomen terbanyak.
- anif:
Yey! Kali ini Saya berada dalam senarai! - HAFIZMOHD.COM: avatar di sidebar kanan. Menyusul kemudian review blog di...






