Kisah Seorang Wanita Miskin & Seekor Burung Besar

Assalamua’laikum.

Kisah Seorang Wanita Miskin & Seekor Burung Besar. Arakian bermulalah satu cerita tentang seorang wanita miskin yang tiba-tiba rasa dirinya ‘dizalimi’ oleh seekor burung besar. Burung apa, tidaklah dapat ambe pastikan. Untuk melepaskan rasa terbuku di hati, wanita tadi pergilah berjumpa dengan Nabi Allah Daud. Dengan selambanya wanita itu terus bertanya pada Nabi Daud, “Adakah Allah itu adil?”

Kisah tauladan keadilan Allah

“Ya, Allah sangat adil,” ringkas dan padat jer jawapan Nabi Daud. Nabi Daud sengaja pula bertanya, “Mengapa kamu tanya begitu?”

“Begini. Saya ni orang miskin. Kerja harian saya menyulam kain, kemudian hasilnya saya jual kat pasar. Duit untung itulah saya buat belanja saya dan anak-anak kecil saya,” jelas wanita tadi tanpa segan silu dan terus sambung lagi ceritanya.

“Pagi tadi, entah macam mana, tetiba jer ada seekor burung besar datang dan sambar sehelai kain yang dah siap saya sulam untuk dijual. Jadi, hari ni tak tahulah mana saya nak dapat rezeki sebab kain dah disambar burung,” jelas wanita kenapa dia bertanya tentang keadilan Allah.

Nabi Allah Daud diam sekejap bila dah mendengar cerita wanita tadi. Dalam tak semena-mena, tiba-tiba masuk seorang pengawal membawa 10 tetamu yang berhajat nak jumpa baginda. Salah sorang daripada mereka berkata,”Tuanku, kami nak bagi duit 100 dinar setiap sorang…”

“Apa yang buatkan kamu semua bertindak macam ni?” Soal Nabi Daud. “Begini Tuanku. Kami bersyukur sangat-sangat sebab sedang kami belayar di laut, kapal kami bocor. Kami memang cemas dan hanya mampu berdoa kepada Allah semoga kami selamat. Tetiba ada seekor burung besar terbang rendah dan jatuhkan sehelai kain kepada kami. Dengan kain tu, kami tampal tempat bocor tadi dan Alhamdulillah, kami selamat, Tuanku…” cerita wakil tetamu Nabi Daud.

Wanita miskin tadi terpegun dan tak berkata apa-apa. Lalu Nabi Daud ambil 1000 dinar daripada mereka.

“Nah, ambil 1000 dinar ini sebagai harga sehelai kain sulaman kamu. Allah telah membelinya jauh lebih mahal daripada harga yang biasa kamu jual di pasar,” kata Nabi Daud kepada wanita yang merasakan dirinya malang tadi.

“Terima kasih dan syukur kepada Allah. Sekarang, saya yakin Allah itu Maha Adil,” kata wanita miskin tadi dengan linangan air masa kegembiraan dan kesyukuran.

-Tamat-

@hafizmd – Cerita seorang wanita dan seekor burung besar. Subhanallah. Perancangan Allah jua yang terbaik! Sedarkah KITA?

Rujukan cerita asal: Masjid Al-Khairiyah Taman Seri Gombak

Published by Hafizmd

Artikel ditulis berdasarkan pengalaman peribadi dan juga melalui pembacaan. Sebarang kehilangan, kerosakan dan komen pembaca adalah tanggungjawab anda. Dapatkan bantuan pakar berkaitan jika memerlukan khidmat nasihat yang tepat. Jika entri ini bermanfaat, mohon 'Like, Tweet & G+' kepada rakan anda. Terima kasih dan selamat membaca.