Assalamua’laikum.

Siaran langsung & live streaming Liga Super 6 Julai. Malam esok, last game untuk Liga Super musim 2013. Juaranya semua dah tahu, milik pasukan Lions XII. Mungkin ada yang rasa perlawanan malam esok dah takde makna, tapi tidak bagi ambe. Ambe masih lagi berapi dan membara untuk tengok beberapa perlawanan pilihan. Ada satu game yang ambe nak sangat tengok!

Kelantan vs Lions XII

Ambe akui, Kelantan agak terlambat untuk bangkit dalam aksi Liga Super tahun ni. Dah nak habis musim, baru nampak sengat dan semangat Pahlawan Merah. Ambe harap, malam esok Kelantan mampu kalahkan Lions XII dengan jaringan besar. Tak kisah Lions XII turunkan pemain utama atau tak. Untuk rekod, sepanjang Liga Super 2013;

  • Lions XII dapat 31 mata beraksi di gelanggang sendiri
  • Hanya 2 kali menang di tempat lawan
  • 3 jurulatih pasukan negeri mengakui betapa pemain mereka amat tidak selesa beraksi atas padang tiruan. Bukan sekadar cari alasan, tapi pengurusan Lions XII MELARANG pasukan kita untuk berlatih guna padang mereka sehari sebelum perlawanan.
  • Harap andai tahun depan Lions XII masih ada dalam Liga Super, pasukan kita diberi hak untuk berlatih atas padang mereka sebelum perlawanan. Kalau tak, ambe rasa memang takde pasukan yang boleh ‘rembat’ balik itu piala!
  • Paling penting, pemain Malaysia tingkatkan usaha untuk perbaiki mutu kawalan bola. Setuju yop?

Johor DT vs Selangor

Saksikan siaran langsung di Astro Arena 801, 8.45 malam esok. Sah, salah satu pasukan ni akan jadi wakil Malaysia untuk ke Piala AFC tahun depan. Ambe sejak awal lagi yakin dengan kebolehan Selangor untuk beraksi cemerlang atas sebab kebolehan jurulatihnya, Irfan Bakti. Kena pulak ada pemain kental seperti Amri.

Pembelian pemain terbaik ke Liga Malaysia musim 2014?

Antara pemain yang dikaitkan akan ke Liga Malaysia tahun depan ialah;

  1. Pablo Aimar (Agentina) – Johor DT
  2. Ronaldinho (Brazil) – Johor DT
  3. Park Ji Sung (Korea) –  Sarawak
  4. Shahril Ishak (Singapura) – Selangor
  5. Baihaqi Khaizan (Singapura) – Selangor

*Ini khabar angin, menarik tu kalau betul-betul Ronaldinho main dalam Liga Malaysia!

@hafizmd – Selamat Tinggal Liga Super 2013. Layan futsal SUKMA 2013  & tengah cari link live streaming Harimau Muda A vs Itali (Sukan Antara Universiti Dunia).

Published by Hafizmd

Artikel ditulis berdasarkan pengalaman peribadi dan juga melalui pembacaan. Sebarang kehilangan, kerosakan dan komen pembaca adalah tanggungjawab anda. Dapatkan bantuan pakar berkaitan jika memerlukan khidmat nasihat yang tepat. Jika entri ini bermanfaat, mohon 'Like, Tweet & G+' kepada rakan anda. Terima kasih dan selamat membaca.