Terengganu ke Suku Akhir Piala Malaysia

 

Assalamualaikum. Perak vs Terengganu. Keputusan terkini meletakkan Terengganu dalam radar terbaik untuk layak ke suku akhir Piala Malaysia 2014.

KEPUTUSAN TERKINI: Perak vs Terengganu

Siaran langsung di Astro Arena Perak vs Terengganu akan mengubat “rindu” kami yang tak ke stadium.

keputusan terkini terengganu vs perak
Saha akan score!- Kredit gambar: SkuadPenyu

Terengganu Bertarung tanpa awang import!

Tanpa kelibat penyerang import yang dikecam peminat Penyu, sebaliknya ketajaman penyudah penyerang tempatan dalam 2 perlawanan terakhir nyata wajar diberi pujian. Manaf, Farhan dan Ashaari kini kembali menjadi igauan barisan pertahanan lawan.

Perak vs Terengganu. Tewas di Kuala Terengganu bukan penamat buat pasukan Perak. Awal saingan Piala Malaysia dengan 2 kemenangan meletakkan skuad muda Perak antara pasukan pilihan untuk melangkah jauh kali ini. Kebangkitan skuad Kejor Yeop Kejor dalam saingan Piala Malaysia memang sudah diduga sejak siri perlawanan terakhir aksi Liga Super.

Apapun ambe mengharapkan kejayaan untuk skuad Penyu di laman lawan bertemu Perak yang pasti inginkan 3 mata berharga!

11 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *