Apa Keputusan Malaysia vs Vietnam Separuh Akhir Piala Suzuki AFF?
Assalamua’laikum. Malaysia vs Vietnam separuh akhir Piala Suzuki AFF. Masanya sudah tiba!
Puas hati. Serius, memang puas hati! Kalau korang peminat sejati Harimau Malaya, aku yakin sangat yang korang mesti masih terbayang-bayang saat korang menjerit-jerit melompat-melompat masa Safee Sali score hari tu. Malah lebih kuat dan menggila masa Safiq Rahim dengan penuh bergaya sumbat penalti. Malah lebih ganas korang menjerit tanpa korang hiraukan jiran-jiran sebelah bila Indra jaringkan gol dari jarak 40 meter ke dalam gol yang takde keeper! Betul tak?
Ok. Itu cerita dah lepas. Sekarang kita tumpukan perlawanan separuh akhir Piala Suzuki AFF, Malaysia vs Vietnam. Separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam, 7 Disember. Timbal balik di Vietnam, 14 Disember 2014.
Perlawanan pertama Malaysia vs Vietnam. Terkini, coach Dollah Salleh sahkan Harimau Malaya turun tanpa tonggak terbaik Malaysia, Amri Yahyah. Shukor Adan pun takde. Ketiadaan Amri memang merisaukan aku. Shukor Adan, aku rasa ada pemain lain yang boleh ganti tempat dia.
Setuju tak kalau aku katakan sepanjang 3 perlawanan peringkat kumpulan, Amri Yahyah adalah antara pemain paling konsisten dan cemerlang dalam membantu kita mara ke separuh akhir?
Keputusan terkini Malaysia vs Vietnam. Bagaimana Malaysia boleh menang menentang Vietnam?
Aku pun tak tahu caranya bagaimana untuk Malaysia menang vs Vietnam…hahahhaa, tapi aku tahu yang Coach Dollah Salleh dah ada perancangan teliti untuk hampakan harapan Vietnam di Shah Alam dan di gelanggang mereka nanti. Takde Amri dan Shukor Adan insyaAllah bukan masalah besar untuk Harimau Malaya sebab selagi kita bermain secara berpasukan, harapan untuk menang akan kekal tinggi.
Sama-sama kita berikan semangat tak bebelah bahagi kepada skuad Harimau Malaya yang akan menentang Vietnam Sabtu ini. Aku harap serangan melalui bahagian sayap kiri dan kanan ke kubu Vietnam akan menghasilkan jaringan.
Betul tu… Saya setuju… Amri Yahya tunggak utama pasukan Harimau Malaya.. Ketiadaannya sedikit mencemaskan barisan serangan… Harap pemain-pemain Malaysia dapat bermain dengan baik dalam satu pasukan ketika menentang Vietnam nanti…
sayang…wak amri tak main malaysia vs vietnam nanti..harap2 pengganti wak am pun bagus
Harap kejayaan tahun 2010 berulang kembali.
insyaAllah…malaysia vs vietnam boleh menang…insyaAllah
Tak sempat tengok walaupun 1 game Piala AFF Suzuki tahun ni. Sibuk yang amat sangat. Tapi masih mengharapkan kemenangan 🙂
tu yg kencang tu IKR tu bro! terbaik!!!
semoga kita menang lagi kali nih.
dengan vietnam. gua rasa kita boleh makan kalau diorang main macam lawan singapura.
Setuju. Defend nampak lebih kemas malam tu. Harap2 muslim ahmad perform..fadhli shas marking kaw2
Aisehh..
Kalah plak.
Tapi vietnam memang lyak menang.
jeng..tp mmg vietnam layak menang malam tu..mahali out terus!
Kasi gegarkan semua kedai mamak 7 dan 11Dec pulak…heeee.
yeaaaaah! kita ke final bergaya! insyaAllah malaysia vs vietnam menang!
Kita tunggu percaturan Dollah Salleh untuk pertemuan Harimau Malaya dengan Vietnam.
Misi sukar hakikatnya, apatah lagi tanpa Amri Yahya. Vietnam tampak lebih tersusun berbanding Harimau Malaya. Sokong tetap sokong, cuma kali ni, serius, lebih sukar berbanding melawan Singapura.
semoga berjaya harimau malaya.
harap2 mereka main seperti masa lawan singapura
semangat juang mesti sentiasa tinggi
semoga Malaysia akan menang dengan jaringan yang besar la..nanti ada timbal balik tak sakit nanti
Moga mereka terus berusaha lebih sikit utk menang…
sekali kena 2 (vietnam) gol berbalas 1 (malaysia) daaa
dalam hati ada geram juga
tapi tak apa, ada chance Khamis nanti.. huhuhu
x sabar tunggu kemunculan wak am & shukur adan
itulah..bila takde shukor adan..baru rasa macam dia mmg patut ada dalam padang…wak am mmg terbaik!
macam mana lah nanti kalau lawan di vietnam…
Salam bro..
sentiasa mendoakan yang terbaik untuk pasukan harimau malaya…
bagi aku biasa je la..kagum sekejap je..selagi Malaysia tak layak ke Olympic, aku masih belum bangga dengan bola sepak Malaysia..:D
walahhhh
ane jarang nonton bola
hehehehe
Malaysia ada peluang cerah nak menang insyallah 😀
insyaAllah ade rezki, kite menang kalahkan thailand amin….
Berkat doa dan kesungguhan 11 pemain kita, pasti boleh.
cuba lagi harimau malaya
agak sedih juga kalah di final
Menang dengan Vietnam tetapi tewas juga akhirnya dengan Thailan, menyedihkan episod kekalahan pada perlawanan akhir tu!
Gak apalah kalah,yang penting kita harus tetap dukung dan beri semangat pada tim
Semua pemain adalah kunci,karena dalam sepak bola kerjasama tim adalah segala galanya,bukan satu dua pemain aja.