4 Teknik Rangsang Leptin Untuk Mudah Kuruskan Badan!

- 20 February 2014. Updated 28 February 2014Kesihatan·Petua Kuruskan Badan

Assalamua’laikum.

Teknik mudah kuruskan badan? Mana ada. Semuanya nak kena usaha. Tiada perkara yang mudah tanpa usaha, tanpa penat lelah, tanpa berpeluh, tanpa dipandang pelik, tanpa perlu berkorban, tanpa perlu menahan godaan. Ini semua asam garam yang akan bertukar menjadi kenangan manis buat mereka yang berjaya turunkan berat badan walaupun hanya 1kg sebulan. Ianya tetap satu kejayaan!

Rangsang Hormon Leptin Untuk Mudah Kuruskan Badan?

Apa itu hormon leptin? Pendek cerita, hormon leptin ni dihasilkan oleh tisu-tisu lemak. Fungsi? Leptin ni mengawal aturan pengambilan makanan dan berat badan kita. Bila sebut jumlah pengambilan makanan, maknanya termasuklah  rasa kenyang dan lapar serta selera makan. Berat badan –> antaranya metabolisma badan dan kadar tenaga yang diambil untuk fungsi tubuh. (Sumber: Hormon Leptin)

Apa jadi bila hormon leptin tinggi atau rendah dalam darah? Bila leptin rendah, kita cepat rasa lapar. Bila tinggi/cukup dalam sistem, kita rasa ok jer.

Orang obes takde hormon leptin ke? Ada. Banyak, tapi oleh sebab leptin seakan “ditindas/dikunci” oleh lapisan lemak tebal menyebabkan leptin tak dapat berfungsi dengan baik. Menyebabkan mereka yang ada masalah berat badan berlebihan, akan cepat rasa lapar dan makan pun berselera.

Bagaimana nak rangsang hormon leptin dalam badan untuk bantu mudah kuruskan badan? Saya kongsikan 4 cara di bawah sebagai usaha untuk turunkan berat badan.

Asas untuk baiki tindakbalas hormon leptin dalam badan kita ialah dengan membakar lebih banyak lemak!

1. Jangan malas bergerak!

  • Buat senaman kardiovaskular. Contohnya berjalan selama 30 minit. Kenalah konsisten dan insyaAllah, kadar metabolisma badan kita juga turut meningkat!
  • Buat senaman bebanan. Senaman ni memang bakar lemak dan kalori serta kuatkan otot-otot badan. Boleh lihat mereka yang ke gym, memang boleh berjaya kuruskan badan. Semakin banyak otot yang dapat kita bina, makin bagus metabolisma badan kita. Jadi, automatik hormon leptin boleh berfungsi dengan baik. Barulah mudah kuruskan badan!

Klik SINI –> Download Panduan Bakar Lemak dengan Pantas & Berkesan Tanpa Ubat!

cara senaman mudah kuruskan badan

Rajin atau malas? Mudah nak kuruskan badan?

2. Banyakkan makan buah dan sayur dalam menu kita!

  • Bagus makan buah dan sayur sebab apa? Sebab kaya dengan phytonutrients (cth: carotenoid and flavonoid) yang boleh menjadi agen membantu kerintangan badan kita terhadap leptin. Tak faham? Takpe. Janji rajin makan buah dan sayur! hohoho….
  • Nak makan buah/sayur apa? Senang jer. Makan betik, lobak, bayam, tomato (kaya karotenoid). Geng berries (blueberry, ceri, buah citrus, bawangm coklat gelap <— kaya flavonoid) Nampak tak? Nak kuruskan badan bukan mudah, kena makan sayur dan buah. Ni culas makan sayur…hehehe

3. Tambah sumber Omega-3!

  • Ini lemak baik. Makanlah ikan, sayuran berdaun hijau, adik-beradik kekacang. Jangan gelojoh sangat. Makan sederhana jer. Nanti tak pasal-pasal, bertambah berat badan sebab makan berlebihan!

4. Ucap selamat tinggal kepada makanan segera dan makanan siap proses!

  •  Kenapa? Mudah jer. Sebab makanan siap proses (tak kisah dalam tin atau botol), biasanya dah dibubuh garam, gula, bahan pengawet, bahan pewarna dan macam-macam lagi bahan kimia. Semua benda ni boleh kacau hormon leptin punya tindak balas. Jadi, paling bagus, kita cuba masak sendiri. Kita boleh kawal berapa sudu garam dan gula nak letak. Betulkan?

Teknik lain untuk kuruskan badan? Boleh dapatkan panduan di bawah:

Klik SINI –> Download Panduan Bakar Lemak dengan Pantas & Berkesan Tanpa Ubat!

Inilah 4 teknik yang kita boleh buat dengan mudah, pantas dan tanpa perlukan kita melabur dan melebur banyak sangat kosnya. Betik baru berapa ringgit berbanding ubat kurus di pasaran. Kalau nak beli juga ubat kurus, belilah. Takde orang larangpun. Pilihan masing-masing. Omega-3 tu, kalau payah sangat, belilah supplemen yang ada di pasaran. Berlambak tinggal nak beli jer.

Kata nak mudah kuruskan badan,kan? Akhir kata, bersamalah kita menjaga nikmat kesihatan yang Allah pinjamkan kepada kita. InsyaAllah, dengan badan yang sihat, mutu ibadah kita kepada Allah lebih terbaik dan tinggi mutunya! InsyaAllah.

@hafizmd – Terima kasih membaca 4 Teknik Rangsang Leptin Untuk Mudah Kuruskan Badan!

{ 31 comments… read them below or add one }

Dulu Lain Sekarang Lain February 21, 2014 at 8:12 am

Badan kawe dah tua. Kulit dah lemah. Kalau ramping pun sure ada kulit lebih tinggal yang masih merenggang. Adehhh…

Reply

zool February 21, 2014 at 10:26 am

bagus info ni.. mungkin memberi ilmu berguna untuk kawan2

Reply

cheq eem February 21, 2014 at 11:48 am

nak turun berat badan nie 80% datang daripada kita .. kalau kita disiplin tinggi memang boleh kurus punya lah…
pastu lagi 20% datang daripada supplemen.. contoh macam omega-3 tuu… kalau nak omega yang bagus pilih lah omega guard shaklee.. ops, ter’promote’ pula… hahaha… :D

Reply

azwan February 21, 2014 at 4:18 pm

disiplin. itu yang penting. kalau takda disiplin…ermmm..gemuk lah..

Reply

Hazmin Hamudin February 21, 2014 at 4:25 pm

Kena diet dan rajin bersenam je. Mana ada jalan mudah nak kurus ni. Hehe

Reply

Farid Laham February 21, 2014 at 7:54 pm

macam boleh guna aje teknik ni kat aku hehe

Reply

khairul asrol February 21, 2014 at 9:05 pm

ingatkan kena banyak supplement tadi. hehe. aku main futsal je. asal berpeluh sudah.

Reply

ohcikgu February 21, 2014 at 9:25 pm

fuhh..kalau tak kurus jugak..tak tahu la..

Reply

Amran February 21, 2014 at 10:44 pm

Owh patut la bila kita aktif, rasa nak makan tu agak kurang berbanding kalau kita asik melengkar atas sofa jer.

Reply

Cik Nad February 21, 2014 at 11:10 pm

ouhh nice! ;) aktif2 metabolisme pn naik :)

Reply

TehR February 22, 2014 at 4:41 pm

makanan segera tu sangat taak bagus
aku memang elak makanan macam ni

Reply

amirulfaiz February 23, 2014 at 7:27 am

Oo.. patutlah lepas senaman saya tak rasa nak makan sangat. Hormon ini punya peranan rupanya.

Reply

ajumohit February 23, 2014 at 7:34 am

kawal pemakanan dan maintain dengan diet sihat, insha allah boleh kurus ;)

Reply

Fizon February 23, 2014 at 4:55 pm

Selalu bila bersemangat nak work-out ,pastu jd lapar balik 2 kali ganda. Apa pun tips terbaik bro

Reply

papa mifz February 23, 2014 at 6:36 pm

azam kene kuat nak kuruskan badan nih , den sampai sekarang masih gagal…huhu

Reply

zik February 23, 2014 at 7:29 pm

kotmitmen sangat penting… kalau kita punya mind set dah mahu buat.. mesti boleh punya, insyallah…

Reply

suri February 24, 2014 at 8:36 am

selalu untuk permulaan lepas itu dha hilang matlamat hii

Reply

Denaihati February 23, 2014 at 10:22 pm

nak mulakan no.1 tu memang mencabar, tapi bila dah bergerak, memang bestlah, sedap satu badan.

Reply

Hafizul February 23, 2014 at 11:20 pm

Betul tu…pilihan di tangan kita..kita yang memilih dan pastikan pilihan yang dibuat itu tepat dan tidak membawa kemudaratan kepada diri..nak pilih, kena ada ilmu gak..kurang2 tanya mereka yang lebih tahu..kan??hehe..

Reply

suri February 24, 2014 at 8:32 am

oh tak selamat tinggal makanan segara!

Reply

suri February 24, 2014 at 8:42 am

makan banyak tak boleh makan sedikit tak boleh wajib seimbang lepas itu mesti rajin bergerak kalau pemalas memeh tak akan turun berat badan akan naik adalah aduh…

Reply

Irfan February 24, 2014 at 11:38 am

Tuan tanah mesti dah amal ini. last time jumpa tuan tanah last month..semalam jumpa sudah tuan tanah sudah jelas berbeza!
tahniah tuan tanah. Good Job!

Reply

encikarman February 24, 2014 at 12:14 pm

adeyyy…kalau umur dah naik, bersenam ikut kemampuan, jgn sampai mencederakan diri sendiri.

Reply

Myra Jay February 26, 2014 at 1:58 pm

Kot mana pun nak kurus kena konsisten buat seperti senaman kan, pasti hasilnya pun memberangsangkan :D

Reply

hafizmd February 26, 2014 at 3:13 pm

Betul tu. Senaman mmg nak kena buat walaupun bukan setiap hati =)

Reply

shah February 27, 2014 at 9:21 pm

bermacam ubat,pil, diet yang keluar, tapi kalau makan segunung pun tak senam tetap tak kurus.

Reply

Cikgu Bola February 27, 2014 at 9:40 pm

aku dah memulakan operasi ni hehehe….harap2 dapat bertahan

Reply

hafizmd February 28, 2014 at 4:05 pm

Ambe doakan moga bertahan dan sukses. Nak bertahan tu mmg bukan senang..hoho

Reply

zara March 28, 2014 at 12:14 pm

bagus info ni..bese orang diet main taram je..berlapar..tapi kesannye..laparrr hehe..

Reply

akmal rusydi November 12, 2014 at 11:38 pm

pengambilan oemga-3 sememengnya sangat membantu meningkatkan hormon leptin. Pengambilan Ikan sangat penting untuk turunkan berat badan

Reply

niza yusof December 19, 2014 at 7:20 pm

Betul tu… nak kurus takde jalan mudah..bersenam dan jaga makan..suplemen membantu cepatkan lagi proses untuk kurus..

Reply

Leave a Comment