Celoteh Kakak #9 Telur?

Assalamua’laikum.
Celoteh Kakak #9 Telur? Ada harinya, kami berempat sarapan pagi di kedai. Sambil makan-makan, biasalah kami bersembang. Kakak memang akan menjadi jurucakap yang paling meriah. Kalau kat sekolah, Kakak tidaklah banyak bercakap. Masih malu-malu agaknya. Tengahari semalam, Kakak ada cuba makan telur burung puyuh.

Memang jarang sekali ambe beli telur burung puyuh. Masa bujang-bujang dulu memang kerap jugalah dibelinya. Walaupun telurnya kecil, rasanya memang sedap. Kakak cuba makan, tapi terus diluahnya. Tak sedap kata Kakak. Kakak memang jarang makan telur. Ayam adalah pilihan utama.

Sarapan pagi tadi, Isteri mengadap sepinggan nasi lemak. Adik leka dengan sekeping roti canainya. Ambe pun tumpang sekaki. Berkongsi itu romantik, kan? Nasi lemak mesti ada telur, ikan bilis, kacang goreng dan sambal. Kakak yang kusyuk mengunyah roti canai tiba-tiba bertanya, “Abah, tu telur apa tu?”

“Telur ayam. Kakak nak ke?” Abah cuba mengacah Kakak. Mana tau, Kakak nak makan telur hari ni.

“Ooo…telur ayam. Kakak nak ayam!” Kakak meminta.

Kami saling berpandangan. Lepas tu kami gelak sama-sama.

“Kakak, telur ayam jer yang ada. Ayamnya takde…” Isteri menjawab sambil kami terus mengadap nasi lemak yang memang sedap!

@hafizmd – Celoteh Kakak #9 Telur? Anak-anak memang suka bertanya. Pandai-pandailah sembang dengan mereka.

37 comments

    1. memang sedap telur puyuh bro…
      sama dgn anak perempuan saya yang banyak tanya..tapi seronok selain itu dpt ajar cara dia berbual dgn adap yg betul…

  1. budak-budak memang susah nak makan benda yang dia benci, macam anak bongsu saya Irfan. Anti sangat dengan sayur. Tapi selalunya dia pasti kalah dengan kebijaksanaan saya 🙂

    Sebabnya hampir setiap hari hidangan sayur yang di’ubahsuai’ menjadi santapannya… he he he, cthnya bebola daging yang disumbat dengan sayur lumat atau daging ayam yang bersoskan sos brokoli.

  2. anak sy kalau telur rebus, yg bahagian kuning telur lansung dia tak makan..

    paling dia suka kalau telur separuh masak atau telur ‘goyang’..

  3. Best wah selalu breakfast sama-sama di kedai. Dulu2 kawe selalu gak, cuma bila family dah besar sikit ni..payah sikit sebab nak control ramai2 plus masing2 dah ada citarasa sendiri. Still once a while memang kami kuar makan di luar lah.
    Dah lama kawe tak makan telur burung puyuh. Hmmm rasanya pun dah lupa.

    1. Gitulah bro. Mase kecik2 ni semuanya depan mata. Ambe sedang menikmati saat2 paling best dalam hidup tgk anak2 membesar =)

      Sesekali jer bro makan luar, kalau acap kali, payah jugak nak train anak2 makan kat rumah sama2.

      Sedap tu, cuba try lagi..hehe

  4. anaki sy klu lapar dia akan main oder sy katanya ibu nk telor goreng. klu dia rasa sb sibuk kemas rumah atu jeguk blog dia akan kata ibu nak telur.dia akan bawa telur tu dan tunjuk pd sya.

    dia suka mkn telur gorenglah heeee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *