Siaran Langsung Liga Super 22 & 23 Februari Astro Arena 801

Assalamua’laikum.

Siaran Langsung Liga Super 22 & 23 Februari Astro Arena 801. Liga Super Malaysia terus mewarnai sukan Malaysia walaupun ada beberapa isu panas seperti isu terbaru denda oleh FAM, pengadil yang ‘ringan tangan’ bermain kad merah serta kejatuhan ranking FIFA skuad Harimau Malaya. Itu semua rasanya tidak menjejaskan peminat bola sepak Malaysia untuk terus memberi semangat kepada pasukan kesayangan masing-masing. Ayuh kita perhatikan jadual siaran langsung dan jadual perlawanan lain pada 22 Februari & 23 Februari 2013.

1. Siaran Langsung Liga Super 22-23 Februari 2013 Astro Arena 801

Dua perlawanan siaran langsung Liga Super yang akan disiarkan iaitu perlawanan;

  1. N. Sembilan vs T-Team. 8.45 malam. 22 Feb 2013
  2. Pahang vs Kelantan. 8.45 malam. 23 Februari 2013.

2. Jangan lupa juga untuk memberi sokongan kepada pasukan pilihan anda dalam perlawanan-perlawanan lain;

  1. Selangor vs PKNS Selangor. 8.45 malam. 22 Feb 2013
  2. KL Felda United vs Johor Darul Takzim. 4.45 petang. 22 Februari 2013
  3. Terengganu vs ATM. 4.45 petang. 23 Feb 2013
  4. Lions XII vs Perak. 7.45 malam. 23 Feb 2013

3. Dato Seri Shahidan Kassim bakal membawa isunya yang didenda FAM ke FIFA jika tak dapat diselesaikan di peringkat negara. Apakah FAM terus akan dipalit kontroversi demi kontroversi?

4. Semakin banyak kad merah yang diterima oleh pemain. Adakah pemain yang tidak berdisiplin atau pengadil yang kurang berkredibiliti?

5. Semakin banyak isu melibatkan pemain, persatuan bola sepak dan pengadil menampakkan seolah-olah liga kita masih di peringkat amatur?

@hafizmd – Siaran Langsung Liga Super 22 & 23 Februari Astro Arena 801. Ambe macam biasa. Tetap menyokong pasukan Harimau Malaya!