Jadual & Siaran Langsung Piala FA Pusingan Kedua 26 Februari Astro Arena 801

Assalamua’laikum.

Jadual Piala FA Pusingan Kedua & Siaran Langsung di Astro Arena 801. Piala FA pusingan kedua akan bermula esok, 26 Februari 2013. Pusingan kedua juga adalah berformat kalah mati.  Selangor telahpun layak ke suku akhir selepas tewaskan Sabah 3-0. Antara perlawanan tumpuan ialah Kedah vs Johor DT dan Kelantan vs Selangor PKNS. 

1. Siaran Langsung Piala FA di Astro Arena 801 26 Februari ialah;

  • Kedah vs Johor DT. 8.45 malam. Std. Darul Aman Kedah. Mampukah Kedah menyingkirkan pasukan yang memiliki barisan pemain bintang?
  • Penang vs Terengganu. 4.15 petang. Teruja untuk melihat kemunculan pasukan dari Liga FAM bertemu pasukan Liga Super. Apakah bakal ada kejutan?

2. Jadual lengkap Piala FA bagi perlawanan lain;

  • Terengganu T-Team vs Sime Darby. 4.15 petang.
  • Pos Malaysia vs N.Sembilan. 4.15 petang.
  • Kelantan vs Selangor PKNS. 8.45 malam.
  • Sarawak vs Pulau Pinang PBAPP FC. 8.45 malam.
  • Pahang vs Tentera Darat. 8.45 malam.

3. Lagi pemain Malaysia pulang dari Portugal! Isu terkini yang hangat ialah kemungkinan besar Fakri Shaarani akan kembali ke Liga Super menyarung jersi Kelantan. Dengar katanya, sudahpun menandatangi kontrak bersama pasukan Kelantan bagi menguatkan jentera serangan. Update: Fakri Shaari sah milik pasukan Kelantan selepas mengikat kontrak setahun.

4. Kelantan vs PKNS Selangor. Mampukah Kelantan bangkit dalam saingan Piala FA selepas berjaya menunjukkan permainan yang lebih baik semasa seri 2-2 semasa menentang Pahang? Selangor PKNS ternyata bukan lagi pasukan underdog selepas berjaya seri 0-0 dengan pasukan Selangor dalam aksi Liga Super yang lalu.

5. Penang vs Terengganu. Pastinya penyerang profilik Terengganu, Ashaari Samsudin ingin terus mencetak gol demi membawa pasukan terus ke peringkat suku akhir. Aksi ala ‘yo-yo’ pasukan Penyu pastikan membimbangkan seluruh peminat mereka termasuklah ambe. Kejutan tewaskan ATM cukup sedikit melegakan. Harap kekalkan momentum untuk terus ‘nelang’!

@hafizmd – Jadual & Siaran Langsung Piala FA Pusingan Kedua 26 Februari Astro Arena 801.  Ambe kini layan live streaming Liga Super, BPL di laman ini –> Live Streaming Bola Sepak Malaysia, BPL dan liga utama dunia.