Setting Asas WordPress Sekat Komen Spam!

Assalamua’laikum.

Setting Asas WordPress Sekat Komen Spam! Komen spam antara asam garam bagi seorang blogger. Macam-macam istilah dan cara kotak komen kita dipenuhi oleh spam. Orang @ robot yang suka ‘menyepam’ kita kenali sebagai spammer. Namun, kita sebagai seorang blogger kenalah cukup bijak untuk menghalang link-link spam daripada terus bermaharajalela dalam komen entri kita. Memasang plugin Akismet mungkin cara paling senang dan berkesan yang kita boleh dibuat, tapi jangan lupa juga untuk setting asas yang boleh dibuat di dashboard wordpress. 

Ini memang setting asas yang ambe buat masa mula-mula blogging dulu. Kiranya entri ulangkaji untuk diri sendiri dan mungkin juga panduan untuk rakan-rakan blogger yang baru menceburi bidang blogging ni. Ambe letak satu gambar saja untuk memudahkan pemahaman.

setting asas wordpress selfhosted anti spam

Nota:

  1. Klik ‘Settings’ di sebelah kiri dashboard wordpress.
  2. Pilih ‘Discussion Settings’ dan anda akan jumpa kotak seperi gambar di atas.
  3. Mungkin juga akan ada spam yang akan terlepas, tapi kemungkinan besar ia akan melekat di ruang spam atau ‘pending’.
  4. Setting ini hanyalah untuk pengguna selfhosted hosting saja. Ambe tak pasti boleh diguna pada wordpress.com atau tidak.

Nak tips blogging yang lebih sempoi? Sila baca entri Kak Jie yang ini? “7 tips menggalakkan pelawat membaca entri lain di blog kita“.

@hafizmd – Setting Asas WordPress Sekat Komen Spam! Apa jua perkara, perkara asas mesti kena ambil tahu. Setuju?

37 comments

  1. kak jie letak jumlah link 1 je
    letak 1 link, terus msk spam
    tapi skrg ni blogger dah kurang buat mcm tu
    tapi so robot tu masih….robot pun dah makin bijak, dia komen dlm BM guna Google Translate

  2. semakin hari semakin banyak spam…hidup blogger tak kan tenang selagi spam ada. cuba sekali try disable anti-spam plugin…berduyun-duyun datang

  3. sy guna blogspot pun banjir ngan spam jugak..selalunya diorang serang pada entri2 yang lama..nak tak nak kena la rajin periksa setting komen..

  4. Emm saya kalau ada komen yang masuk dalam bakul spam, saya akan approve jer..sebabnya tak nampak pun yang pelik..nampak yang rakan blogger punya..tapi tak tau la kesan apa kalau saya buat mcm ni selalu..kadang-kadang pelik juga kenapa asyik masuk dalam kotak spam jer komen rakan blogger ni..emmm..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *