Ceritera 10 Blogger Terbaik Malaysia #SBB2013

- 29 January 2013. Updated 9 February 2019Blogging

 Assalamua’laikum.

Ceritera 10 Blogger Terbaik Malaysia #SBB2013. Demam #SBB2013 belum lagi kebah. Sana-sini masih lagi bercerita tentang kemeriahan majlis ni. Mana taknya, dahlah makan percuma, ada yang dapat basikal, emas bar, mini iPad dan macam-macam lagi. Paling best dan tak ternilai bila dapat bertentang mata, jeling-menjeling dan saling mengeratkan silaturrahim dengan blogger-blogger hebat Malaysia, Indonesia, Brunei dan Kemboja. Lebih hebat lagi, antara mereka adalah “10 Blogger Terbaik Malaysia”

10 Blogger Terbaik Malaysia

Memang teruja dan masih teruja macam tak percaya. Ambe antara blogger paling lambat beredar petang tu. Jadi, sempatlah bergambar sekeping dua dengan beberapa blogger terbaik dan hebat. Inilah senarai 10 blogger terbaik Malaysia yang sempat ambe tangkap samada sengaja atau tak sengaja.

  1. Blogger Denaihati. Selepas bertemu muka dan bersembang sepatah dua kata, sememangnya beliau seorang yang amat rendah diri dan cukup baik hati. Senyum sokmo wajah berseri. Antara entri yang cukup memberi semangat untuk ambe tampil ke majlis #SBB2013 ialah entri INI. Antara mutiara kata beliau untuk menjadi blogger terbaik ialah tentang “cara kita berfikir, yakin diri, usaha secara bijak, kreatif, jadi lain daripada yang lain, belajar daripada yang berjaya dan tawakal kepada Allah.” Katanya sambil menepuk bahu ambe, “InshaaAllah akan ada lagi majlis macam ni nanti untuk blogger….” Jadi, pada blogger yang tak datang #SBB2013, jangan risau, ada peluang lain lepas ni untuk bertemu antara 10 blogger terbaik Malaysia ni.
  2. Blogger Kak Jie. Serius memang naluri keibuan Kak Jie amat kuat. Walaupun baru pertama kali jumpa, dah boleh borak-borak panjang. Nasib baik Kak Jie nak ke Kuantan petang tu, kalau tak mau kena tahan lagi dengan kami dan blogger lain kat luar dewan tuh. Mendengar suara Kak Jie yang sweet sangat memang mengujakan. Rugi sape yang terlepas tips penting Kak Jie. Jangan risau, Kak Jie ada sebut beberapa tips kat entri INI dulu. Ni entri wajib baca!
  3. Blogger Sweet KurmaRasanya semua akan setuju kalau ambe kata yang Kak Siti antara blogger yang paling ramah petang tu. Tak penat singgah setiap meja dalam dewan. Memang layak ambe calonkan beliau antara 10 blogger terbaik Malaysia. “Berkongsi Itu Indah” Tagline Kak Siti memang bukan sekadar khayalan. Buktinya, entri beliau penuh dengan motivasi untuk berjaya. Antaranya ialah entri INI. “langkah pertama adalah dengan mendidik minda agar bersedia untuk menerima kegagalan.”
  4. Blogger Ariff ShahSemeja dengan ambe. Memang pemalu orangnya, tapi petang tu kami yang duduk semeja dengan beliau terlopong beberapa kali bila ada saja kiriman salam untuk Bro Ariff Shah sedangkan ramai lagi antara kami yang lebih macho dan hensem…perasan…hahahahaha. Reaksi beliau? Dia gelak jer..hahahahha…Memang sopan santun orangnya. Antara entri beliau yang sampai sekarang ambe jenguk ialah entri INI tentang sitelinks. 
  5. Blogger Abang Ensem. Memang ensem! Lagi ensem berbanding header blog dia yang ala-ala daring tu…hehehe (ok, sila poskan sebuah buku PINK tu kat ambe…hahahha). Memang peramah dan misainya memang ada ‘sesuatu’. Walau baru jumpa kali pertama, dia tak lokek untuk diajak bersembang. Memang mesra habis. Patutlah ramai baby yang asyik cari dia petang tu. Antara entri yang paling menarik ialah entri INI, entri tentang Bro Jejai yang sempat hadir ke #SBB2013. Serius, bergenang air mata baca entri ni.
  6. Blogger Puan Bee. Antara blogger terawal yang ambe nampak. Senang nak cam sebab dia dah tampal wajahnya kat header blognya.  Mula-mula tengok, macam serius jer Puan Bee ni, tapi sebenarnya tidak. Sempat sekejap jer berbual. Sampai terlupa ambe nak tanya tentang Projek Cerpen beliau. Entri INI adalah entri wajib baca kalau kita betul-betul serius nak jadi 10 blogger terbaik Malaysia. Bukan senang nak jadi blogger terbaik tanpa dugaan macam yang Puan Bee lalui ni.
  7. Blogger Bang Nara. Top blogger Malaysia. Mana taknya, UV blognya mencecah 100k – 200k sehari. Dulu-dulupun beliau selalu refresh statistik blog, nak tengok berapa ramai yang datang ke blog. Jadi, pesan beliau…sila kaji kumpulan sasaran pembaca blog kita. Baru senang nak buat entri. Tanpa diragui, beliau memang layak dinobat antara 10 blogger terbaik Malaysia.
  8. Blogger Cikgu Naman. Inilah cikgu yang paling bertuah di #SBB2013 hari tu. Rasanya nilai hadiah yang dibawa pulang oleh beliau hampir mencecah RM5k. Memang rezeki beliau. Sempat sembang sekejap dengan beliau yang hadir dengan isterinya, Blogger Mrs.Fiza. Orangnya memang kacak berbanding avatar yang digunakan (pinjam beskal sat…hehehe). Menjadi blogger memerlukan hala tuju. Jangan malu dengan blog sendiri. Ambe kagum dengan usaha Cikgu Naman menjenamakan blog beliau. Bersungguh menyiapkan name card malam sebelum majlis #SBB2013. Entri INI menceritakan segalanya dalam misi menjadi 10 blogger terbaik Malaysia!
  9. Blogger AkuBiomed. Tinggi dan segak orangnya. Siap galas kamera DLSR beliau ke sana sini. Memang tak rugi beliau upkan satu lagi blog tentang fotografi di blog INI. Entri terkini beliau tentang majlis #SBB2013 yang INI pasti memberi kepuasan kepada blogger kerana dapat menatap deretan gambar dalam kualiti yang amat baik.
  10. Blogger Titan. Blogger bualan ramai di #SBB2013. Tampil menawan dengan seluar track dan berbaju Selangor. Sedikit serius petang tu. Walaupun tampil menawan, rasanya takde awek-awek yang berani ‘tangkap’ beliau. Hanya balak-balak yang berebut bergambar dengan beliau menyebabkan beliau semakin serius seperti yang diwar-warkan di entri INI. Beliau agaknya penat bermaraton, ataupun sebab kena marah dengan Ain Maisarah sebab tak dipelawe ikut ke #SBB2013. Entri yang ambe kenang sampai sekarang ialah entri INI pasal BuyBlogReviews. Sempat jugak ambe merasa USD! Kalau bukan sebab entri beliau, ambe tak berani nak terjah industri affiliate. Memang layak menjadi pilihan 10 blogger terbaik Malaysia walaupun hanya berseluar track!

10 Blogger Terbaik Malaysia – Blogger Terbaik #SBB2013

Layankan saja gambar yang sempat ambe tangkap menggunakan kamera Ben Q =)

Bakal 10 blogger terbaik Malaysia

10 Blogger Terbaik Malaysia

10 blogger terbaik Malaysia - Nadot dan Abg Khai

10 Blogger Terbaik Malaysia

10 Blogger Terbaik Malaysia abg ensem

10 blogger terbaik Malaysia Puan Bee

10 Blogger Terbaik Malaysia Bro Framestone

10 blogger terbaik Malaysia SweetKurma

Himpunan 10 blogger terbaik Malaysia

(Semua ceritera bergambar adalah rekaan semata. Harap maklum.)

Fuh! Habis sudah celoteh ambe pasal Ceritera 10 Blogger Terbaik Malaysia #SBB2013. Memang puas hati dan ada sedikit rasa ralat sebab tak mampu nak buang sehabisnya rasa malu untuk bertegur sapa ramai lagi blogger. Kalau ada yang terasa, harap dimaafkan silap ambe. Moga ketemu lagi di majlis lain. InshaaAllah.

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan” Contest SEO 10 Blogger Terbaik Malaysia dianjurkan oleh Ohcikgu.com. Penaja bersama adalah Fivio.com, Nadot.my, Effortlab Cik Laili, Halim RDF, LadfeAmir, AmiRini, Myadyna, My Adam, Ranggi Lifestyle, Minda Emas Network, CikTOM, Miecyber’s Blog, Hamdan’s Blog, Kain Cotton Murah, booblogs.com, Cheese Maz, Kakimedia.MY, ContengConteng.com dan Blog Hati Putera

@hafizmd – Ceritera 10 Blogger Terbaik Malaysia #SBB2013. Ada lagi beberapa gambar antaranya gambar bersama Kak Jie, Tuan Amir Denaihati.com, gambar Titan yang super kacak dan Bro Karl Shafik yang akan dikongsi oleh isteri ambe, FiezaRadzi.com nanti.

{ 85 comments… read them below or add one }

Blog Pendidikan January 29, 2013 at 3:07 pm

Ceritanya panjang….nih,.. #SBB2013 memang hebat. seluruh peserta yang ikut punya kenangan dan cerita tersendiri.

Reply

hafizmd January 30, 2013 at 9:38 am

Tahniah. Rasanya blog pendidikan ada menang satu hari tu kan?

Reply

Zarul Umbrella January 29, 2013 at 3:14 pm

serius ambe tak perasan awak bro masa awak tegur ambe..muka lain sgt dari gambar avatar ni..apa2pun nice to meet u bro

Reply

cikgu naman January 29, 2013 at 9:24 pm

hahaha..sama cam Bro Zarul..memang tak cam sebab lain dari avatar ;)

Reply

hafizmd January 30, 2013 at 9:22 am

@cikgu naman, hehe..ambe nak kena tukar avatar lepas ni…keh3

Reply

hafizmd January 30, 2013 at 9:38 am

@bro zarul,hehe..biasalah…avatar ambe tak clear…keh3…tak kisah, janji ambe kenal bro zarul =)

nice to meet u too bro

Reply

Budak Felda January 29, 2013 at 3:15 pm

terbaik la der….peluang bertemu blogger terbaik memang menerujakan :)

Reply

hafizmd January 30, 2013 at 9:37 am

Mmg teruja habis, sampai kelu lidah… =)

Reply

suri January 30, 2013 at 12:33 pm

asal kelu dah malu ker hee… ker penat nak ckp2 jer heee

Reply

azmanisma January 29, 2013 at 3:35 pm

Terbaik ulasan ni…..aku dok cari gambar ni lah…tolong email gambar ambe..nak wat simpanan peribadi jer.

Reply

hafizmd January 30, 2013 at 9:36 am

Orait bro..dah email

Reply

titan January 29, 2013 at 3:44 pm

gua memang penat petang tu. malam tu..gua ada kenduri lagi..haha
apapun, gua suka nombor 10. nombor kegemaran gua.

Reply

hafizmd January 30, 2013 at 9:36 am

Patutlah serius semacam jer…hahahaha

Gua dah tau dah..biasalah…hanya lelaki yg lebih kacak memahaminya…hahahahhaa

Reply

suri January 30, 2013 at 12:33 pm

dah dpt kata lalaun eh heee

Reply

Denaihati January 29, 2013 at 3:45 pm

semoga bro berjaya untuk contest SEO 10 Blogger Terbaik Malaysia ohcikgu.com. Billion terima kasih denaihati.com berada dalam senarai 10 terbaik dgn no.1 lagi.

Reply

hafizmd January 30, 2013 at 9:26 am

Terima kasih Tuan DH.
Mmg tuan layak utk disenaraikan dalam 10 blogger terbaik Malaysia. Moga terus sihat dan berkongsi manfaat.

Reply

Hafizul January 29, 2013 at 4:09 pm

Mana gambar en titan?hahaha..seronok nampaknya majlis ni..adoii..ooo izudin pun pergi jugak yer..hehe

Reply

hafizmd January 29, 2013 at 4:22 pm

Itu orang, bro Pk kena ke blog my wife, fiezaradzi.com…cari mamat yg pakai baju sukan ngn seluar trek =)

Reply

Hafizul February 6, 2013 at 12:40 pm

Got it..hahaha..kalau jumpa tepi jalan mesti tengur punya..haha..

Reply

hafizmd February 7, 2013 at 10:03 am

@hafizul, ko mesti tegur..tp kalau dia tak jawab…kena sebut cendol banting kuat2…hahaha

Reply

kozumi_ro January 29, 2013 at 4:40 pm

Gambar saya xde ya? hihi<– x fames pun :P

#SBB2013 ini memang sangat best, masih terbayang suasana bersama-sama blogger-blogger lain^^

Reply

hafizmd January 30, 2013 at 9:25 am

Ala…tak terjumpa ngn kozumi…nak kena jumpa lepas ni kalau ada peluang.. =)

p/s-mmg meriah…serius seronok

Reply

auc January 29, 2013 at 6:20 pm

Memang pilihan yg tepat tu,

ps: dah puas baca blog rakan2 yg menceritakan SPB ni, tapi x jumpa manalah gambar lelaki cendol tu :)

Reply

hafizmd January 30, 2013 at 9:24 am

Semuanya terbaik.
Ada gambar tu bro…sila tgk kat sini –> gambar titan. Cari mamat yg pakai baju selangor…

Reply

hazman aka species1980 January 29, 2013 at 6:53 pm

Ramai yang sonok bila dapat tengok siapakah gerangan si TITAN tu kan….hahahaha

Reply

hafizmd January 30, 2013 at 9:22 am

hahahaha…tulah pasal…ramai yg kecewa bro!keh3

Reply

Nurul January 29, 2013 at 7:33 pm

Semuanya Terbaik.. Meriah kan SBB2013.. :)

Reply

hafizmd January 30, 2013 at 9:22 am

Terbaik! Mmg terbaik!

Reply

TehR January 29, 2013 at 9:27 pm

majlis dah lepas dua tiga hari
tapi meriahnya masih terasa
aku masih senyum lagi baca kisahnya

Reply

hafizmd January 30, 2013 at 9:19 am

Itulah. Tu pun ada yg belum update lagi…hehe

Reply

cikgu naman January 29, 2013 at 9:29 pm

haha..satu-satunya blog yang menyenaraikan cikgu naman..terima kasih banyak²

kerdil sungguh rasa bila disenaraikan bersama mereka yang jauh lagi hebat..saya ni update pun jarang².

Apa²pun memang tak puas bertukar-tukar fikiran dengan semua blogger yang hadir..maghrib tu terus balik sebab masing² teringat kat anak..hehe

MOga ada rezeki kita jumpa lagi

p/s : next time cuba pakai flash bagi mengelakkan blurry ;)

Reply

hafizmd January 30, 2013 at 9:18 am

Mmg layak Cikgu Naman utk disenaraikan. Walaupun ambe baru jer mula2 jinak ngn blog bro…ternyata blog cikgu naman ada satu daya tarikan….

Itulah…lain kali mmg nak kena datang awal, takpun buat lebih santai…hehehe

InshaaAllah…moga ada peluang utk jumpa cikgu lagi…ada byk juga nak tanya…hehe

p.s. hehe…kesian kat org2..sakit mata flash kuat sangat…hahaha…thanks cikgu utk tips =)

Reply

Kujie January 29, 2013 at 9:37 pm

wahhh..entri lengkap ni
kak jie je belum buat entri, tunggu lepas orang lain….

p/s – kat pentas tu kak jie gugup..tak dpt nak cakap apa pun yg sepatutnya
ada banyak idea tapi gigil..hahaha

Reply

Sharafie January 29, 2013 at 10:23 pm

salam kak jie..kalau gigil atas pentas, luahkannya di dalam blog..tak sabar nak menimba lebih banyak ilmu ni..

Reply

hafizmd January 30, 2013 at 9:15 am

@Sharafie, hehe..Kak Jie sudahpun meluahkan byk perkara diblognya..hehe

Reply

hafizmd January 30, 2013 at 9:17 am

@Kak Jie, mmg tunggu ruang utk umumkan 10 blogger terbaik Malaysia yg byk memberi inspirasi…thanks kak jie

p.s.hehe…gigilpun, kami suka…sweet sgt dapat dgr suara kak jie kat atas pentas

Reply

munir ardi January 30, 2013 at 12:24 am

ijin nak cilok gambar yang dengan bang iwan dan bang dadan tuh saya tak punya pun nak dikongsikan di blog

Reply

hafizmd January 30, 2013 at 9:11 am

Silakan bang munir…
Gembira ketemu bang munir bertiga…

Reply

akubiomed January 30, 2013 at 1:03 am

Terima kasih bro dan selamat berjaya dengan contest SEO ini. Buat masa in hendak rehat dahulu dari penyertaan contest SEO sementara.

Reply

hafizmd January 30, 2013 at 9:10 am

Terima kasih kembali. Orait bro…hehe

Reply

maza January 30, 2013 at 1:59 am

pada hari berkenana, blogger maza dok ngorok kat Kuantan sambil mengulit bantal peluk.. hehehe

Reply

hafizmd January 30, 2013 at 9:10 am

hehe…peluk bantal best jugak =)

Reply

suri January 30, 2013 at 12:34 pm

bsntsl , isteri anak ok jgn pelok ular eh heee

Reply

Aretikz January 30, 2013 at 6:41 am

Meriahnya.. sampai saat ini pun yang hadir masih terbayang2 suasananya.. lum rezeki nak santai2 bersama blogger.. hehe..

Reply

hafizmd January 30, 2013 at 9:10 am

Alhamdulillah. Mmg meriah nak2 bila dapat tambah kenalan dan jumpa depan2 dgn blogger2 hebat =)

inshaaAllah ada peluang lepas ni

Reply

Mak Dara January 30, 2013 at 10:44 am

mmg meriah majlis SBB2013.. rasanya sampai minggu depan kemeriahannya masih tidak pudar kan kan kan…

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 3:37 pm

Sampai sekarang rasa meriah lagi..hehe

Reply

yas January 30, 2013 at 12:08 pm

Nak tengok muka si titan tu….mana cendoi ado tak? ….:D

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 3:36 pm

Silakan ke blog wife ambe..ada mamat tuh..keh3

cendol mmg ade..sedap!

Reply

suri January 30, 2013 at 12:37 pm

tahniah sb ada berjaya hadir sy balik kg tak sampai hati nk tinggalkan mjlis mkn2 bersama adik brdik,ank sedar huu… sungguh tak sampai hati..niat dh ada tpi tka kesampain hua…

Reply

suri January 30, 2013 at 12:38 pm

pada yang berjaya tahniah di ucpkan.yang dpt cabutan bertuah tu mmg terbaik hee.. yg msh pulang dg tgn kosong bgi sy perjumpaan tu dh cukup utk timba ilmu bersama2 otai hee..

syukur semua berjaln dg baik dna lancar.

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 3:35 pm

Alhamdulillah. Semuanya baik

Reply

Sop January 30, 2013 at 2:56 pm

wah…
good luck :)

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 3:33 pm

Terima kasih bang sop

Reply

donnyien January 30, 2013 at 5:39 pm

good luck untuk contest tu bro..

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 3:33 pm

Thanks bro Donny

Reply

pjaz January 30, 2013 at 6:35 pm

SBB mmg terbaik,
sampai kelu lidah nk berckp..senyum pun jadilah..hehehehe

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 3:32 pm

Senyum jer hari tu..hehe

Reply

Mama Murai January 30, 2013 at 10:07 pm

serius memang nampak meriah… sapa yang tak datang memang rugi… he he he.

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 3:31 pm

Mmg meriah MM. Harap satu hari nanti, dpt pulak jumpa MM =)

Reply

Bang Iwan January 31, 2013 at 12:02 pm

ternyata ada gambar saya disini…. ijin untuk copy. Senang rasanya bisa ketemu dengan Bro Hafiz, moga kesempatan lain bisa nesrsua kembali.

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 3:28 pm

Silakan bang iwan
InshaaAllah, moga ada ruang lain..ameen

Reply

Hamdan February 1, 2013 at 10:26 am

Bestlah dapat jumpa ramai blogger hebat. Pasti banyak tips berguna dpt dikongsi bersama…

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 3:22 pm

hehe..adalah sepapan dua..hehe

Reply

pipoq February 4, 2013 at 9:51 am

siap ada sketsa gambar lagi tu..hehehe..

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 2:51 pm

hehe..saje tambah..

Reply

boni kacak February 5, 2013 at 1:41 am

hahaha..kreatif2.. mengambil tema #sbb2013.. hehehe. good luck bro..

p/s : kalau dialog abang ensem tu, patutnya letak aku lekat misai palsu sebenarnya ni.hahahaha

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 9:11 am

kebetulan bro..hehe

kang ambe buat dialog lain…hahahaha

Reply

Blog Keperawatan February 5, 2013 at 5:48 pm

Melihat gambar-gambar di sini jadi semakin tahu akan wajah sahabat-sahabat blogger di SBB2013 tersebut. Karena ada keterangan nama juga di bawahnya.
Di entri sahabat lainnya hanya menerka-nerka saja, walaupun ada beberapa juga yang kenal wajahnya.
Tentunya senang sekali bisa bersilaturahmi di acara SBB2013 kemarin itu

Reply

hafizmd February 7, 2013 at 10:29 am

=) Akhirnya tercapai hasrat saya utk menerangkan wajah dan nama blogger.

Moga kekal selamanya…ameen

Reply

booBlogs February 7, 2013 at 9:15 pm

semua blogger dah tak asing. masing-masing ada kelebihan sendiri. rasa rugi plak tak join event ini.

Reply

sensasi2020 February 10, 2013 at 3:07 am

Wah..dah ramai yang mula mengenali blogger hebat di SBB2013, pasti tidak rugi pergi ke sana, pasti kelibat mereka ternyata hebat dgn kemahiran masing2. Semoga senarai 10 blogger terhebat tu sentiasa terbaik di sepanjang masa. Semoga berjaya buat bro…

Reply

AkmaOmar February 16, 2013 at 1:34 am

Tak sempat nk jumpa titan..mmg nak sgt jumpa mamat cendol tu hehe

Reply

hafizmd February 17, 2013 at 11:35 am

hehe…hari tu dia relaks jer kat meja…buat2 macam halimunan…hehe

Reply

auc February 16, 2013 at 8:07 pm

memang pilihan yg terbaik tu
moga berjaya bro

Reply

hafizmd February 19, 2013 at 10:51 am

Terima kasih.
selamat berjaya jugok utk bro AUC

Reply

aREE February 21, 2013 at 12:52 am

semoga anda teruskan usaha ..saya yakin anda akan menjadi best among the best

Reply

hafizmd February 21, 2013 at 1:23 pm

Terima kasih bro Aree

Reply

al-lavendari February 21, 2013 at 8:52 am

semoga berjaya !

cer singgah blog ini pulak .. kalau tak puas hati, wang anda tidak dikembalikan. hehe

http://al-lavendari.blogspot.com/

Reply

hafizmd February 21, 2013 at 1:23 pm

Terima kasih pak ngah =)

Dah singgah, cuma belum tinggal komen ajer…hehe

Reply

ProfHariz February 23, 2013 at 10:10 am

Gambar tak kacak. Hehehe
Terima Kasih Bro dan semoga berjaya

Reply

hafizmd February 25, 2013 at 9:10 am

hehe..kacak tu bro!

terima kasih kembali

Reply

yas February 24, 2013 at 1:20 pm

Dalam usaha2 terakhir untuk mendapatkan “juice”….semoga berjaya juga bro!!!!

Reply

hafizmd February 25, 2013 at 9:03 am

hehe…ambe tinggal terus entri tu..hahaha

Reply

wazy February 25, 2013 at 11:33 pm

Terbaik la bro,dapat bersua muka dengan blogger-blogger hebat tu,selamat berjaya untuk contest ni

Reply

Leave a Comment

{ 9 trackbacks }