Setting Asas WordPress Sekat Komen Spam!

Assalamua’laikum.

Setting Asas WordPress Sekat Komen Spam! Komen spam antara asam garam bagi seorang blogger. Macam-macam istilah dan cara kotak komen kita dipenuhi oleh spam. Orang @ robot yang suka ‘menyepam’ kita kenali sebagai spammer. Namun, kita sebagai seorang blogger kenalah cukup bijak untuk menghalang link-link spam daripada terus bermaharajalela dalam komen entri kita. Memasang plugin Akismet mungkin cara paling senang dan berkesan yang kita boleh dibuat, tapi jangan lupa juga untuk setting asas yang boleh dibuat di dashboard wordpress. 

Ini memang setting asas yang ambe buat masa mula-mula blogging dulu. Kiranya entri ulangkaji untuk diri sendiri dan mungkin juga panduan untuk rakan-rakan blogger yang baru menceburi bidang blogging ni. Ambe letak satu gambar saja untuk memudahkan pemahaman.

setting asas wordpress selfhosted anti spam

Nota:

  1. Klik ‘Settings’ di sebelah kiri dashboard wordpress.
  2. Pilih ‘Discussion Settings’ dan anda akan jumpa kotak seperi gambar di atas.
  3. Mungkin juga akan ada spam yang akan terlepas, tapi kemungkinan besar ia akan melekat di ruang spam atau ‘pending’.
  4. Setting ini hanyalah untuk pengguna selfhosted hosting saja. Ambe tak pasti boleh diguna pada wordpress.com atau tidak.

Nak tips blogging yang lebih sempoi? Sila baca entri Kak Jie yang ini? “7 tips menggalakkan pelawat membaca entri lain di blog kita“.

@hafizmd – Setting Asas WordPress Sekat Komen Spam! Apa jua perkara, perkara asas mesti kena ambil tahu. Setuju?