Tips Rumahtangga Bahagia:Elak 5 Perkara Kalau Sayangkan Suami Isteri!

by hafizmd on 30 January 2013

Assalamua’laikum.

5 tips rumahtangga bahagia cerita suami isteri

Tips Rumahtangga Bahagia:Elak 5 Perkara Kalau Sayangkan Isteri! Atas permintaan ramai (cewah…), ambe ingin pula berkongsi tips rumahtangga bahagia yang baru saja dibaca di Majalah Wanita. Ambe olah balik supaya sesuai dan lebih santai dengan blog ni. Jangan ingat MW ni khas untuk wanita saja, ada banyak manfaatnya kalau kita para suami dan bakal suami rajin membaca. Jangan asyik baca majalah bola, motor dan kereta saja. Kena juga baca majalah Ilmiah seperti ini. Apakah 5 perkara yang suami perlu elak untuk melahirkan anak ramai-ramai rumahtangga bahagia?

5 Tips Rumahtangga Bahagia

1. Jangan diam tak bertempat. Ada yang kata diam itu baik untuk sebuah rumahtangga. Ada yang diam bila isteri/suami sedang dirasuki angin monsun. Ok. Ini ambe rasa tindakan yang wajar. Tapi, ada yang terus sengaja diam (mungkin nak suami/isteri pujuk) lebih 3 hari. Suami ni kadang-kadang (atau mungkin selalu) tak tahu apa yang isteri inginkan. Jadi tindakan diam lama-lama ni satu kerugian. Kena belajar untuk menyatakan keinginan anda. Mana tahu, suami terus beli iPhone 5 (tiba-tiba) untuk demi memujuk anda? Tips #1 Rumahtangga Bahagia: Saling percaya & berterus terang.

2. Jangan merendahkan pasangan. Maksudnya jangan memperlekeh dan merendah-rendahkan pasangan (walaupun sengaja bergurau tentang pasangan anda yang memang kurang tinggi…serius). Tengking-menengking lagilah tidak patut. Sekarang, ramai isteri yang berjawatan tinggi berbanding suami dan kadang-kadang terbawa-bawa sifat keketuaan itu balik ke rumah. Sedarlah yer, di rumah suamilah ketua dan wajar dihormati. Suami pulak, mentang-mentang ketua rumah, janganlah diabaikan pendapat si isteri. Mereka juga ada hak dalam memberi pendapat. Tips #2 Rumahtangga Bahagia: Saling menghargai perasaan pasangan.

3. Jangan suka berlakon. Ada pasangan yang kuat berlakon di depan pasangannya. Contoh 1. Suami suka tengok isterinya bertudung tapi si isteri pula suka free hair. Suami pulak rasa serba salah nak tegur dan terpaksa berlakon sukakan isteri berfree hair. Ada eloknya suami cuba menyampaikan hajat dihati dengan penuh hikmah. Belikanlah tudung. Tak tahu nak beli kat mana? Senang citer, beli saja kat Akak INI. Janji puas hati. Contoh 2. Kalau si isteri suka suami ada misai macam Abg INI, cakap terus terang. Mana tahu, suami nampak lebih hensem dan kacak. Siapa yang untung? Isteri jugak. Tips #3 Rumahtangga Bahagia: Buang sifat suka berpura-pura dan saling perbaiki diri & pasangan.

4. Jangan lupa tanggungjawab. Apa yang lebih membahagiakan ibubapa selain melihat anak-anak membesar depan mata? Takde kan? Jadi, sama-samalah pikul tanggungjawab mengurus rumahtangga secara bersama. Yang berat sama kita pikul, yang ringan biar suami pikul sorang-sorang. Ok? Biarlah kita penat sedikit, inshaaAllah kita puas hati tengok anak-anak sihat dan cemerlang. Tips #4 Rumahtangga Bahagia: Saling melengkapi urusan rumahtangga.

5. Jangan suka mengancam. Maksudnya jangan asyik cuba takutkan pasangan. Contoh 1. Bila tak sependapat, adalah adegan dialog seperti berikut, “abang buatlah lagi camtuh, kita tak nak masak kari kepala ikan jerung lagi….” Contoh 2. “Sayang kena ingat, ni semua ni abang beli pakai duit abang tau, nanti abang dah tak bagi duit baru tau…” Isteri kita bukan lagi budak kecil. Akhirnya kasih dan cinta bertukar menjadi sayang kerna terpaksa. Di mana manisnya sebuah rumahtangga kalau asyik nak ugut dan mengancam? Berhati-hati bila bercakap terutamanya para suami. Tips #5 Rumahtangga Bahagia: Jangan cakap ikut sedap mulut!

Itulah saja 5 tips melahirkan sebuah rumahtangga yang bahagia. Sesekali berselisih faham tu, biasalah. Adat rumahtangga, tapi ingatlah. Sebelum tidur, maafkan pasangan anda walaupun anda belum berjaya menyejukkan hati mereka. Maafkan semua kesalahan pasangan anda kerana jangan kita menyesal andai pasangan kita sudah tidak mampu lagi membuka matanya di esok hari.

@hafizmd – Tips Rumahtangga Bahagia:Elak 5 Perkara Kalau Sayangkan Isteri. Ambepun belum cecah 10 tahun berumahtangga. Moga kita semua dalam rahmat Allah jua. Otai-otai seperti Kak Jie, Bang Man, Bang Maza mungkin ada resepinya yang tersendiri. Mohon dikongsi bersama =)

{ 56 comments… read them below or add one }

titan January 30, 2013 at 1:29 pm

hang susah nak wat jahat..bini spy blog hang. haha..
Baca entri terkini Blogger titan´s: Teh O Ais Laici.

Reply

fiezaradzi January 30, 2013 at 2:10 pm

oitt..hang jangan ajak laki aku buat jahat na…
Baca entri terkini Blogger fiezaradzi´s: Lavabo Sifonu

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 3:34 pm

@fieza, ambe budak baik =)

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 3:34 pm

@titan,hahahaha…bukan tiap mase aku ngadap blog weh..hahahaa

Reply

Sharafie January 30, 2013 at 2:10 pm

aku tak berumah tangga lagi..tips ni diguna pakai untuk berkapel oleh ke??hehehe
Baca entri terkini Blogger Sharafie´s: 10 Blogger Terbaik Malaysia

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 3:34 pm

Kapel?keh3…

Reply

fiezaradzi January 30, 2013 at 2:11 pm

mudah-mudahan keluarga yang dibina bahagia selamanya..
tambah satu: berpegang pada ajaran agama, inshaa Allah, Allah bahagiakan keluarga itu..
Baca entri terkini Blogger fiezaradzi´s: Lavabo Sifonu

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 3:34 pm

Ameen

Reply

Denaihati January 30, 2013 at 2:37 pm

tip2 yg baik lah, tak susah rasanya nak ikut, cuma sekali2 sekali terlajak, biasalah…
Baca entri terkini Blogger Denaihati´s: Blogger Ensem Sangat #SBB2013

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 3:34 pm

Biasalah…manusia..hehe

Reply

kozumi_ro January 30, 2013 at 7:47 pm

Tips berguna dan mmg harus di ikuti oleh pasangan berkahwin…mcm aku ni msih bujang kiki
Baca entri terkini Blogger kozumi_ro´s: 10 Blogger Terbaik Malaysia – Top Blogger

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 3:32 pm

Masih bujang ek? Elok jugak simpan siap2..hehe

Reply

dik ja January 30, 2013 at 8:15 pm

terima kasih atas perkongsian ilmu yg berguna ini
Baca entri terkini Blogger dik ja´s: Email Marketing Templates

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 3:32 pm

Terima kasih kembali

Reply

kimi jamai January 30, 2013 at 9:15 pm

wah, bagus tips2 ni… boleh dibuat panduan masa dah kawen nnt.. hehe
Baca entri terkini Blogger kimi jamai´s: Pengalaman: Gigi Sakit? Cabut je laa..

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 3:32 pm

Sila simpan elok2 tips rumahtangga bahagia ni..hehe

Reply

Mama Murai January 30, 2013 at 10:13 pm

patutlah rasa macam pernah tengok jer… he he he. Kalau nak tahu, saya juga merupakan salah seorang peminat MW sejak sedekad yang lepas… :) dan topik-topik sebegini memang senantiasa dekat di hati saya.
Baca entri terkini Blogger Mama Murai´s: Jangan makan aiskrim, nanti kamu demam!

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 3:31 pm

hehehehe…biasalah..MW ni mmg kegemaran ramai

topik pilihan ni..

Reply

UmmiKami January 30, 2013 at 10:25 pm

Salam bahagia… :)

Tapi kadang kadang adau dua indentiti tu yang tak tahan tu… :D

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 3:30 pm

Yg ada dua indentiti mmg payah Kak Ummi =)

Reply

azwan January 30, 2013 at 10:36 pm

terima kasih berkongsi tips yang baik. boleh dijadikan ingatan di saat keterlupaan.. :)
Baca entri terkini Blogger azwan´s: Ray Wilkins : Lampard Sesuai ke Manchester United

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 3:30 pm

Ingatan utk diri ambe jgak

Reply

TehR January 30, 2013 at 10:55 pm

betul2
isteri kita, suami kita
bukan lagi budak kecik
Baca entri terkini Blogger TehR´s: Bulu Misai Kucing

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 3:30 pm

betul tu cikgu
kalau buat perangai budak kecik..payahlah

Reply

Hairul Hissam January 31, 2013 at 12:00 am

Mmg untung untung la cik fieza dpt suami mcm bro hafiz.. heee
dulu saya ada sorang kawan… rupa mcm bro dan baik orgnya….
Baca entri terkini Blogger Hairul Hissam´s: Ada yg Dengki kat Hairul ke? Testimonial Pembeli yg Jana RM6K Sebulan bagitaw

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 3:29 pm

eh..entah2 abg ambe? hehe

Reply

nazray January 31, 2013 at 12:40 am

jarang dapat baca pasal entry rumah tangga ni. umur dah meningkat, tapi tak terfikir lagi untuk berumah tangga, tak dapat galas tanggungjawab lagi untuk menjadi suami. takpe tengok orang lain dulu macam mana. :D
Baca entri terkini Blogger nazray´s: Persedian untuk untethered jailbreak iOS 6.1

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 3:29 pm

InshaaAllah, akan sampai jua masanya nanti bro Nazray…ameen

Reply

akubiomed January 31, 2013 at 12:50 am

Kehidupan suami isteri perlu ada tolak ansur dan menerima seadanya kekurangan pasangan.
Baca entri terkini Blogger akubiomed´s: Wordless Wednesday – Bangau Oh Bangau

Reply

suri January 31, 2013 at 12:26 pm

sy selalu diam lama2 oklah pastu bt muka sengih cam tka de buat slh.sekli buat kopi terus ckp2 cam biasa heee
Baca entri terkini Blogger suri´s: Kaki Ulat Buku Bukan Kisah Lipaslah

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 3:26 pm

@suri, pandai amik hati…bijak

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 3:29 pm

Itulah yg seeloknya

Reply

Joe January 31, 2013 at 1:51 am

Kalau dah sayang, semuanya indah.
Kalau dah benci, semuanya ……….
Rumah tangga perlu dipelihara sebaik mungkin. Bertolak ansur adalah cara terbaik untuk berkompromi…
Baca entri terkini Blogger Joe´s: Dapatkan .NET Domain Dengan Hanya Rm3.99

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 3:28 pm

Semuanya serba tak kena..

Tebaik bro Joe!

Reply

hairulafiz January 31, 2013 at 12:12 pm

teringat kata ustaz azhar idrus, buat isteri/suami macam BFF…
Baca entri terkini Blogger hairulafiz´s: Baju M7 dah sampai

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 3:28 pm

haaa..tu yg bagus tuh

Reply

suri January 31, 2013 at 12:25 pm

bukan mudah nak kekalkan bahagian sabar tak taqwa sllu heee..moga d beri kukuatan dan keberkatan dlm melayari rumahtangga.

cewah!

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 3:27 pm

Terbaik!

Reply

suri January 31, 2013 at 12:25 pm

kari kepala ikan satu heeee! :P
Baca entri terkini Blogger suri´s: Reput Fros

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 3:27 pm

hehe…kari mmg manyak sodap!

Reply

suri January 31, 2013 at 12:28 pm

ia mengingatkan sy ceta pramlee yg dudk dan tdo kandang kudo tuh heee
Baca entri terkini Blogger suri´s: Janganlah Berkecil Hati..

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 3:26 pm

hehe..sayang suami, ikut jerlah..keh3

Reply

Amirez January 31, 2013 at 3:22 pm

tips yang sangat baik ni. senang je nak follow asalkan jaga hati dengan baik.
Baca entri terkini Blogger Amirez´s: 10 Blogger Terbaik Malaysia

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 3:24 pm

Mmg senang nak follow kalau kena gayanya

Reply

zool January 31, 2013 at 7:54 pm

oo . menarik tips ni. simpan dalam nota. mana tau boleh guna satu hari nanti
Baca entri terkini Blogger zool´s: Isu Piya tidak dipilih mewakili pasukan kebangsaan

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 3:23 pm

Canteklah..sama2 kita simpan dan guna bila perlu

Reply

suri January 31, 2013 at 9:15 pm

pemandanga yg canti sy suka.tu pic ambil sendri ker?
Baca entri terkini Blogger suri´s: Ikut Kepala Dia Sahaja

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 3:23 pm

Tak, adik ipar yg tangkap

Reply

Hamdan February 1, 2013 at 10:15 am

Tips yg amat bagus utk suami isteri dan bakal-bakal suami isteri… :)

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 3:22 pm

Itulah yg cuba disampaikan..hehe

Reply

pipoq February 4, 2013 at 9:56 am

faktor #5 tu yang biasa banyak berlaku antara sebab2 penceraian..ancaman sana sini..bila masing2 saling ugut mengugut, lama2 akan hilang rasa hormat, hilang rasa kasih sayang, hilang kepercayaan..
Baca entri terkini Blogger pipoq´s: Agama hanya ibadah ?

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 2:51 pm

Itulah. Terbaik!
Ancaman hanya mengundang perkara2 camni

Reply

ajumohit February 4, 2013 at 10:47 pm

tq for sharing, nanti kongsi tips macamana nak kurangkan aktiviti suami bersama motornya tu ekk heheheh
Baca entri terkini Blogger ajumohit´s: Bila ada yang merinduiku *_*

Reply

hafizmd February 5, 2013 at 9:14 am

keh3…yg tu payah sikit tu aju..

Reply

Hafizul February 6, 2013 at 12:39 pm

Emm bab diam ni, sy tak tau nak ubah macam mana..dah memang perangai sy kot pendiam..biasa kalau atas kereta, jalan jauh pun, jarang bersembang..isteri tanya satu saya balas satu..mujur si isteri ni faham..entah la..sy macam tak ada perkara nak dibualkan..bro ada tips tak macam mana nak hilangkan perangai pendiam ni?
Baca entri terkini Blogger Hafizul´s: Wordless Wednesday #41 – Nak Ker???

Reply

hafizmd February 7, 2013 at 10:06 am

Rasanya nak kena cari citer2 yg dua2 suka. Contohnya citer pasal drama petang2..contohlah kan..

Katalah, isteri suka tgk drama Indonesia, cubalah suami carik info serba sikit pasal citer tu, pastu buat2lah sembang2 ngn isteri..mesti isteri seronok.

Lama2, hilanglah sifat pendiam…tapikan bro, bagus juga sifat pendiam ni..serius.. =)

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: