Jadual Kelayakan Piala Asia 2015:Harimau Malaya Tempang?

Assalamua’laikum.
Jadual Kelayakan Piala Asia 2015:Harimau Malaya Tempang? 
Skuad Harimau Malaya bakal mengadakan perlawanan persahabatan menentang Iraq (89 dunia, 7 Asia) sebagai bekal ‘eksperimen’ untuk Kejohanan Kelayakan Piala Asia 2015.

Senarai Pemain Harimau Malaya Kelayakan Piala Asia 2015

Penjaga gol: Khairul Fahmi Che Mat, Farizal Marlias, Norazlan Razali.

Pertahanan: Aidil Zafuan Abd Radzak, Fadhli Shas, Amirizdwan Taj Tajudin, Faizal Muhammad, Nik Shahrul Azim Ab Halim, Mahalli Jasuli, K Reuben, Asraruddin Putra Omar, Azmi Muslim.

Tengah: Shakir Shaari, Shukur Jusoh, Helmi Remeli, Affize Faisal Mamat, Yong Kuong Yong, Azammuddin Akil, Nor Farhan Muhammad, Ashari Samsudin.

Penyerang: Khyril Muhymeen Zambri, Amri Yahyah, Abdul Hadi Yahaya, Fauzi Roslan

Harimau Malaya Tempang?

1. Jujur ambe rasa ada hikmah disebalik ketempangan ni. 11 pemain yang cedera ialah Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha, Amar Rohidan, S Kunalan, Wan Zack Haikal Wan Nor, Gary Steven Robbat, K Gurusamy, Bunyamin Umar, Zubir Azmi, Fitri Omar dan Shahrizal Saad.

2. Antara banyak nama ni, ketiadaan Wan Zack, Gary dan Norshahrul Idlan ambe rasa memang bakal mengundang banyak masalah pada skuad Harimau Malaya. Mujurlah bintang baru Pahang, Fauzi Roslan mula menyinar tepat waktunya. Bukan ambe menidakkan beberapa pemain lain, tapi anda boleh nilaikan sendiri prestasi mereka dalam kempen Piala Suzuki.

3. Mohd Badhri Radzi @ Piya yang masih ‘gagal’ memikat hati Coach Rajagobal untuk bersama skuad Harimau Malaya memang amat pelik. Tonggak tengah pasukan Kelantan (Piya membantu Kelantan menang treble tahun lepas) ini terus disisihkan. Coach Raja siap minta media bertanya pada bekas jurulatih Kelantan, Dato M.Karathu dan B.Sathianthan. Apa kaitan mereka berdua dengan pemilihan pemain? Apakah Piya tak berbakat? Apakah Piya ada masalah disiplin? Apakah Piya sudah tua untuk bermain 90minit? Persoalan ni hanya Coach Rajagobal saja yang boleh jawab!

4. Malaysia (158, 26 Asia) diundi dalam Kumpulan D bersama Qatar 106, 11 Asia), Bahrain (117, 13 Asia) dan Yemen (165, 30 Asia). Kalau ikut kedudukan terkini FIFA, nampaknya hanya Yemen yang berada sedikit ke bawah berbanding Malaysia. Takpe, “ranking tak pentingkan?” Kami doakan skuad Harimau Malaya memberi tentangan yang sengit untuk kempen Kelayakan Piala Asia 2015.

5. Jadual perlawanan Kelayakan Piala Asia 2015 Harimau Malaya.

Perlawanan adalah format timbal balik.

  • Malaysia vs Qatar, 6 Februari 2013, Std. Al-Sadd Doha. 11.30 malam – waktu Malaysia
  • Malaysia vs Yemen, 22 Mac 2013, Std. Shah Alam, Malaysia. 8.45 malam

@hafizmd – Jadual Kelayakan Piala Asia 2015:Harimau Malaya Tempang? Walaupun kecewa dengan beberapa insiden dalam bolasepak Malaysia (contohnya pergaduhan pemain Selangor vs ATM & kesilapan pengadil yang pelik), sokongan tetap buat Harimau Malaya dan Harimau Muda (menang kali kedua dalam aksi persahabatan di Australia).